Saturday, November 28, 2009

HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 HIJRAH/2009

JUMAAT, 28 NOVEMBER 2009



Hari ni aku terlebih rajin, 2 post dalam satu malam. Kat rumah jer lah dapat nak update blog pun. Kat opis tak der masa dek non. Alhamdullilah, berkesempatan lagi menyambut Aidil Adha kali ni. Bila la nak sambut Aidil Adha kat Mekah pulak. InsyaAllah ...


Pepagi seperti biasa ke Masjid Al-Hikmah, Batu 20 Kuang. Solat Sunat Aidil Adha. Penuh keta aku dengan empat orang anak aku, di tambah dengan 2 orang bestie Aran dan Hilman. Tak ramai sangat orang kat Masjid compare to masa Aidil Fitri. Waktu ni baru lepas abis solat. Tengok ler Aran, masih lagi nak menjaga jambul nyer. Tetiba teringat dialog Aran dua tiga hari sebelum raya "Mak ... Raya Haji orang kasi duit tak?" Bila aku kata tak ada "Terus mood raya dia hilang... cit apa daaaa.


Hilman pulak duk 'ushar' lembu yang bakal dikorbankan kat tempat Parking masjid. Tahu pun busuk yer, tapi daging lembu tu lah favourite dia. Difahamkan lembu-lembu tidak dikorbankan hari ini, memandangkan masa terlalu singkat sebab ada Solat Jumaat lagi. Hari Sabtu baru dikorbankan. Balik rumah, masak lebih kurang main campak campak seperti biasa. Bawak turun rumah Mak Tok untuk dikerjakan secara beramai-ramai.


Ini ler muka budak yang sentiasa lapar ditemani sebotol besar air kosong. Hilman kalau bab minum amat senang, sebab dia hanya minum air kosong jer. Pergi kenduri kawin atau makan kat restoran pun mintak air kosong jer. Kekadang sangat minum air manis. Punyer lah banyak makanan yang mak tok masak, makanan mak juga jadi pilihan Hilman. Bangga gak mak :)

Aran makan sambil melayan kawan kawan yang datang. Sampai berpeluh peluh tu. Sedap yer Aran mak masak. Betul ler kata orang, kalau mak masak, walau tak sedap pun tapi anak anak mesti rasa mak dia lah yang masak paling sedap. Sampai tak pandang jugak masakan mak tok. Aku pun sama, kalau mak aku hanya masak nasi dengan ikan goreng, ada pulak kicap dengan sambal belacan jer ... aku boleh makan bertambah-tambah. Aku ingat lagi masa sekolah dulu dulu, sambal belacan mak aku boleh aku buat jem jer, makan dengan roti. Perghhh ... sedap giler ;)


Antara juadah Mak Tok di pagi raya. My favourite nasi dagang. Mak Tok buatkan sebab anak dia yang sorang ni, ngidam nak makan. Terima kasih mak. Then ada rendang ayam kampung yang sedap sangat tak macam ayam beli kat kedai. Agar-agar merah dengan fruit cocktail tu aku yang buat sebelum pergi solat raya pagi tadi. Nasib baik sempat keras untuk dihidangkan :)



Antara orang terawal sampai rumah Mak Tok. This is my Kak Long dan anak-anak nyer, Jaf Iris dan Jaf Iskandar. Sorang lagi Jaf Iessa tengah makan. Comel giler anak sedara aku, aku rasa ler.. maafkan lah aku yang selalu perasan. Bak kata pepatah Inggeris 'Beauty is in the eye of the beholder'. Orang lain tengok biasa jer.


Yang ni pulak Jaf Fariz adik lelaki bongsu aku. Berposing dengan anak-anak sedaranya yang dah kekenyangan. Comel ler kunun. Aran punya muka macam tengah menahan kentut ... hehehehehe atau dah sudah kut. Sehingga Hilman bermuka macam nak pengsan gitu.


Baru perasan, sebelum ini Kak Long dan Iqa tak pernah ambik gambar dengan Ayah Su. Iqa la ter'excited' seronok, sebab dia kata Ayah Su macam muka 'Sein' yang kat sehati berdansa tu. Perasan jer Ayah Su dia dengar.



Sessi bergambar anak anak dara dengan Mak Tok. Tersenget senget Kak Long dengan Iqa posing ala ala gaya Kak AA, jangan marah kak...hahahahaha. Mak Tok lak macam Cikgu Besar gitu...



Nak jugak enterframe tuan punya Blog nih. Psssttt ... itu ler baju raya haji aku, yang aku dah hantar 2 bulan sebelum raya posa hari tu. Baru dua tiga hari lepas siap. Itu pun lepas aku 'stress'kan penjahitnya. Adalah jugak baju raya. Yang sepatutnya siap waktu raya posa hari tu.



Upacara 'camwhore' by Mak Su dan Kak Long ... menjadi pengakhir gambar yang banyak kat sini. Harap korang tak termuntah melayan gambar gambar ni. Aku tak reti lah nak bercerita kalau tak ada gambar, tak ada idea langsung. Dah jadi macam mini album jer Blog aku ni ha.
Sekali lagi, rasanya masih tak lewat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA untuk semua.
p/s : aku tak boleh tido malam ni (dah masuk pagi pun), sebab petang tadi minum nescafe huk huk huk

AKTIVITI MALAM RAYA AIDIL ADHA

KHAMIS, 26 NOVEMBER 2009
Hari ni balik awal, tapi tak ler awal sangat. Pukul 7 malam jer sampai rumah :) Lepas Solat Maghrib, keluar rumah dengan anak-anak tercinta + Mak Su. Destinasi yang pertama ke Kedai Gunting Rambut Mamak kat Bandar Baru Sg. Buloh, tujuan utama sudah semesti nyer lah nak potong rambut 2 orang jejaka ni, yang rambut dah serupa Hutan Simpan FRIM, kalau semut tersesat pun sure tak jumpa jalan pulang. Tengok tu, muka seronok giler nak potong rambut sebab nak sambut raya.


Hilman 'potong' dulu, dia siap nak chop potong dengan bro yang tak berapa nak 'Macho' ni, tapi mempunyai jambul yang sangat cantik. Nak tahu kenapa? Ini adalah sebab ... dia pun nak buat rambut dia berjambul macam bro tu. Punyer lah lama Bro tu servis rambut dia. Aran yang gunting kemudian pun dah abis, tapi rambut Hilman tak abis lagi dikerjakan Bro tu.


Aran on the location ... tengah control cun sebab tahu mak dia nak 'snap' gambar dia. Mak dia pulak, punyer lah muka tak malu. Dengan selamba badak jer snap gambar gambar, macam ler ini first time anak dia pergi gunting rambut. Hahahaha ... sampai terperasan lak 'macha macha' si pengunting rambut tu macam aku nak ambik gambar dia orang.



Kat kedai mamak ni jer lah mak mampu bawak korang pergi gunting rambut. Tak mampu la nak bawak pergi Shopping Complex. Nasib baik korang suka dengan hasil kerja tangan thambi kat kedai tu. Siap kata lepas ni tak nak potong kat tempat lain, sebab nyer thambi tu dah buat jambul kat rambut dia orang sehinggakan mereka terperasan dia orang ler yang paling handsome di malam raya ni ;)



Destinasi seterusnya adalah Tesco Extra Batu Caves. Sebab Pasaraya ni tutup pukul 12.oo malam, kita orang sampai pun dah dekat pukul 10 malam. Kalau tempat lain dah tutup dah. Kejap jer kat sini, beli belah untuk cari bahan nak masak di pagi raya. Nasib tak ramai orang, semua dah balik kampung kut. Tak lah banyak sangat hasil rembatan. Beli barang makanan jer.



Dan hasil rembatan yang paling best malam ni adalah beg ni. Ini lah nak ditunjukkan sebeno nyer. Hehehehe ... memperkenalkan 'My First Designer Bag' by Rizalman Ibrahim. Murah jer nyah ... RM4.99 jer. Asalkan 'Designer Bag' ... nak beli yang lain tak mampu, ni jer lah yang aku mampu. Berbangga sungguh aku, tapi tak ler sampai riak kan... hahahahaha. Tapi sumpah cantik beg ni, tak tipu ;)

Thursday, November 26, 2009

BENGANG



Aku tengah Bengang, diulangi Bengang ... bukan bangang yer. Ya bangang tu untuk mereka mereka yang tak prihatin langsung pada kerja. Kerja hanya buat syarat, masuk pukul 9 pagi keluar pukul 5 petang. Tapi kerja yang diberikan tak jugak siap-siap. Kalau siap pun hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Jangan tanyalah mereka buat apa, asyik lah duduk depan PC chatting. Nasib ler bukan aku yang bagi gaji.


Dan pada mereka yang tak ada 'Teamwork' langsung. Tak tahu 'How Important' lah assignment yang diserahkan, tapi duk buat main-main. Yang penat nyer aku jugak. Sebab bila kerja aku dah siap, tapi terpaksa tunggu orang lain yang buat kerja macam siput. Tapi selalu kata "aku lah yang terbaik" "Akulah yang terhebat" "kat ofis ni aku lah yang paling pandai buat kerja" - HAMPEHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!!! ...


Aku tak kata aku bagus lah sangat, tapi aku sanggup 'stay' kat ofis sampai malam malam buta (rasa bersalah kat anak aku yang selalu kena tinggal) sebab nak kasi siap kerja, tak nak menyusahkan orang lain. Kita penat stayback, kehulu kehilir nak siapkan kerja, tapi dia boleh duk relax jer, macam tak ada benda. Bila dah terdesak, baru lah terhegeh-hegeh menggelabah tanya aku itu ini. Mana aku tak bengang. Dah serupa macam nak salahkan aku lak sebab tak tolong dia. Walhal kerja aku 2 KALI GANDA dari kerja dia pun boleh siap.


Esok raya, aku serupa tak raya, dahlah aku korbankan cuti sabtu minggu lepas sebab nak siapkan kerja. Inilah erti raya korban untuk aku. Berkorban masa kerja yang sepatutnyer adalah untuk anak-anak. Untuk korang semua, anak anak aku yang sporting dan anak-anak auntie yang tersayang...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ... SELAMAT BERCUTI.

Monday, November 23, 2009

ANTARA WAKTU DAN MASA

SABTU, 21 NOVEMBER 2009



Hujan turun tak berirama, mentari pudar cahayanya. Ecewah ... macam puitis ler sangat. Tapi itu lah gambaran cuaca di Bulan November ni. Bukak pintu dapur rumah aku, inilah pemandangannya. Ku lihat hijau ... hijau yang mendamaikan dan menenangkan.



Rumput yang di potong rapi, daun-daun kering yang di sapu bersih. Terima kasih pada orang sebelah yang rajin amat. Aku suka tengok rimbunan buloh tu, macam cantik jer. Tapi orang keliling kata tempat tu keras Entah ler, aku pun tak tahu sebab tak pernah ler ada apa apa insiden. Walaupun senja-senja aku selalu kat situ, bakar sampah dan sapu daun kering daun-daun buloh yang gugur tu.


Kekadang rasa macam duk kat Cameron Highlands jer. Ececeh...bila ada kabus yang meliputi persekitaran, terutama di musim hujan nih. Kekadang jer lah ... selalu nyer tak pun. Hehehehehe. Biasalah suasana kampung, tak banyak enap cemar lagi kat udara. Saya suker kampung saya, walau selalu diejek oleh Cik Yang Sepiah ... Kuang Kuang Kuang ... dah memang nama kampung aku KUANG pun kan, kampung kau ado ? Hahahahaha ... tak kan nak sebut Tepen Tepen Tepen ... hmmm memang tak sedap langsung bunyik nyer.



Ahhhh.... best nyer ... tenang jer. Korang nampak tak buah manggis bergayut tuh. Memang musim pun sekarang. Sesapa rasa nak jadi tarzan tuh, meh ler datang panjat sendiri ek. Ni kat belakang dapur aku jer.



Okay, masa untuk ber'medetasi' dah habih. Masa untuk masak. Sabtu ini aku kerja lagi. Bangun pagi masak spaghetti untuk sarapan dan ditinggalkan untuk anak-anak tercinta. Makanan feberet anak anak aku nih. Kuahnyer sedang mendidih dan dimasukkan dalam 'Rice Cooker' supaya panas sampai ke petang.




Yang ni pulak sedang rebus spagehetti. Macam korang tak tahu. Tak kira, nak tunjuk jugak.




Dah siap pun dan sedia untuk dimakan.



Yang ni Hilman punya pinggan. Teringat pulak kat Aran kalau makan, dia tak akan sentuh pun 'meatball' tu awal-awal, bila semua makanan tu dah abis baru lah dia makan 'meatball' tu. Sebab bagi dia, makanan yang sedap kena simpan dulu dan makan last last. Sama ler masa aku kecik dulu, kalau makan ayam seketul, sanggup sorok tu bawah nasik. Bila abang-abang dah abis makan lauk ayam dia orang baru keluarkan, konon nak eksyen ler, aku punya lauk best ada lagi. Buruk nyer perangai kan...




Hilman sanggup mandi pagi pagi sebab tak sabar nak makan spaghetti. Kalau tidak memang lambat ler mandi mamat sorang nih. Dulu dulu tak suker makan spaghetii kunun. Tapi sekarang nih dia ler 'hantu' sebab suker makan kuah dia yang banyak daging tu.




Budak ni memang suker sangat-sangat makan benda nih. Hari hari makan pun tak per kata dia. Agak nyer ada darah 'Italy' kut ... hahahaha. Tang mana tu Aran? Then pukul 8.30 off ke pejabat dengan Kak Long. Alih alih nak ikut lak minah ni. Bagus jugak, boleh dia tolong isikan Tender sekali. Ringgan kerja aku. Konon hari ni nak balik Kelang, tapi disebabkan pukul 6.oo petang baru sampai rumah terus tak jadi. Abang Ngah and famili balik Kuang hari ni. So aku masak mee goreng jer. Jemput mak tok dan tok abah sekali.




Ni jer lah yang sempat di masak. Mee goreng tak ada sayur. Sebab anak anak aku dan anak sedara aku tak suka makan sayur. Ada dua hidangan, sebab mak tok tak makan daging lembu, jadi kena masak asing. Yang satu lagi tu ayam. Puashati ler, sebab mee aku licin. Senang nak mengemas. Lepas makan ramai-ramai terconggok depan TV tengok "Sehati Berdansa'. Kak Long kata nanti dia besar nak masuk 'Sehati Berdansa'. Aku pulak kata "Kau kena kawin dengan artis atau selebriti ler besar nanti, baru layak, ada ker yang nak kat kau, cuba bayangkan" Hahahaha ... kita orang sama sama gelak besar.

Thursday, November 19, 2009

KEDUDUKAN DALAM KELAS

Hari ni result UPSR keluar. Aku tumpang seronok bila tahu ramai lah jugak anak kawan-kawan yang dapat result cemerlang. Aku tahu perasaan itu, sebab aku pun pernah melalui nyer. Tersenyum sampai ke telinga sepanjang hari ... happy giler, baru UPSR tu. Tahun ni tak ada anak anak aku yang periksa besar. Tunggu ler tahun depan, lepas tu tahun tahun berikut nyer, memang berderet deret tahun ler ada jer yang periksa besar. So tahun ni tak der lah rasa suspen sangat, macam tahun sebelumnya. Tapi tahun depan harus aku kecut perut, gedebak gedebuk jantung, paru-paru, limpa, hati .... Next year, Kak Long PMR ... dah besar anak aku. Macam baru je rasa semalam melahirkan dia, cepat jer dah 15 tahun umurnya.



This year keputusan Miss Shopaholic aku ni dapat 7A 1B. Frust gak sebab aku dan Kak Long target 8A. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki. Yang B tu pun 2 markah jer nak dapat A. Sebelumnyer dah janji, kalau dia dapat 8A nanti mak nak tukar cadar dan langsir baru untuk bilik dia. Save duit mak ... hahahaha ... Placing in class no. 4. Semedang jer dari tahun lepas sampai tahun ni, dia dah sign tempat no. 4 tak berubah ubah. Apa-apa pun Alhamdullilah. Dia dah berusaha ... aku nampak itu.




Model amatur ni pulak dapat 2A 6B. Geram jugak mak dibuat nyer. Susah benar nak study. Sebab tu last year aku terkejut beruk bila dia dapat 5A. Kalau suruh study tu , setakat pukul 9 jer dah tido. Tapi kalau duk mengadap Internet ker, TV ker pukul 12.00 pagi pun tak tido lagi. Tak leh nak buat apa. Placing in class no. 15 ... banyak nyer nombor dia kan. Okay ler, ada peningkatan dari sebelum ni no. 18. Huk huk huk. Iqa tahu tak, awak mempunyai otak yang pandai tapi cuma malas nak asah jer. Kalau asah mesti boleh pukul Kak Long yang memang kaki study.





Anak aku yang paling sihat (tengok ler perut dia tu maju ke depan), paling banyak cakap, kekadang tak ada perasaan, tapi sensitif amat. Hilman pun sama ler macam Iqa, malas gak nak study, Kalau tak suruh memang jangan harap ler nak bukak buku. Tapi dia mudah tangkap dan mudah ingat serta cepat menghafal. Tak heran ler, sebab kepala dia bersaiz XXL. Memang besar kepala dia, tiap tahun raya kena tukar songkok baru, agak nyer saiz otak dia pun besar jugak kot. Wekekekekke. Placing in class no. 4, sama macam Kak Long. Memang perangai pun ada banyak persamaan dengan Kak Long, selalu wakil sekolah untuk macam macam acara. Suka explore entah hapa hapa tah. Lagi 2 tahun ambik UPSR, harap dapat kekalkan tradisi kakak kakak nyer untuk dapatkan 5A. Amin






Farhan anak paling manja. Hmmm baru darjah satu, pun sama ler dgn spesis Iqa dan Hilman, nak kena ketuk dulu baru nak bukak buku. Placing in class no. 8. Sedih ler jugak, sebab masa peperiksaan tengah tahun dapat no. 4. Dia pun sedih jugak sebab aku bersedih dengan keputusan dia. Walaupun semua matapelajaran Straight A's dan kekal di kelas yang pertama. Masa dia tahu Kak Long dapat no. 4, dia siap cakap "Eiiii teruk nyer Aran", sedar pun dia punya placing tak se'best' Kak Long. Tapi tak perlah, still Top 10 in class (ini statement nak sedapkan hati aku sendiri jer nih). Abang dan kakak kakak dia kata, "Kau baru darjah satu, senang kacang, nanti dah naik tahun lagi tinggi lagi susah tau", sajer jer nak perlekehkan adik dia yang macho ni... hehehehe. Semoga Aran dapat baiki kedudukan yang lebih baik lagi. Amin.


Entah lah kan, harapan aku pada anak-anak amatlah tinggi. Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu, especially sekolah rendah. Aku tak kisah pun pasal periksa periksa nih. Tak ambik pot langsung. Asalkan naik kelas udah. Tapi berbeza sekarang, semua mak bapak (termasuk ler aku) dah tekankan anak-anak "Awak kena dapat keputusan yang bagus", walhal aku dulu pun teruk jugak. Terasa macam tak adil pulak untuk anak anak aku. Tapi aku tak nak lah anak anak aku macam aku. Kalau boleh kena lagi bagus berganda-ganda dari aku. Sebab aku nak hidup masa depan mereka terjamin. Sebab aku tak ada harta lain nak bagi, pelajaran jer lah yang dapat merubah hidup seseorang tu. Aku bukan ada otak yang bagus, tapi aku kuat berusaha untuk berjaya. Usaha tangga Kejayaan ... macam tema hari Merdeka lak :)

Wednesday, November 18, 2009

GAMBAR KELAS

Buzyyyyyyyy ... tapi tetap aku nak update. Hari Ahad yang lepas, memang tak kemana-mana. Duk rumah diam diam. Cuaca pun tak menentu, asyik lah hujan jer, sampai kain di jemuran tak lah kering-kering lantaran mentari terlalu kurang bersinar dan memancarkan cahaya nya. Lastly bertimbun kain kotor aku, tak tahu nak adjust sangkut kat mana. Rasa nyer kalau macam ni berterusan mahu aku jemur jer dalam rumah, then pasang kipas kuat-kuat. Lepas tu baju kena spray minyak wangi supaya tak hapak. Aku dah start meraban .... sori


Minggu ni minggu terakhir persekolahan untuk tahun ni. So nak lah aku tempekkan gambar kelas anak anak tercinta. Buat simpanan diri sendiri sebenarnya, so nanti kalau hilang ker hapa ker gambar ni, boleh gak aku bukak blog. Kat atas ni gambo Hilman. Kat barisan atas sekali, no. 7 dari kanan. Kalau selama ni kat rumah aku rasa dia lah anak aku yang paling besar, tapi silap. Rupanyer kat kelas dia ada orang yang lagi besar dan lagi tinggi dari dia. Kira anak aku ni umpama belum cukup makan ler lagi kan. Tapi okay lah, tetap aku pandang hensem ... hahahaha.




Yang ni pulak gambar anak Kelas Aran. Kat barisan atas sekali jugak, No. 5 dari kiri. Nampak macam besor lah pulak dalam gambar, selama ini aku rasa dia kecik jer tak tinggi tinggi. Sampai kalau nak tutup suis lampu kat rumah pun kena lompat-lompat atau tarik kerusi. Aku selalu kata "Cepat lah tinggi Aran, nanti senang mak nak suruh tolong tutup suis lampu ker, suis kipas ker atau tolong kunci kan pintu ker". Dia mesti balas balik "Aran selalu lompat lompat nak kasi tinggi, sebab nanti Aran nak naik Roller Coaster kat Genting Highland". Terus aku teringat, ada masa tu kami ke Genting Higlands dan nak naik satu jenis Roller Coaster tu. Tapi Aran tak lepas naik sebab dia tak cukup tinggi untuk beberapa sentimeter jer. Ala cian anak mak. Hehehehehe ....


Dua-dua dalam kelas Aman, iaitu kelas pertama kat Sekolah. Alhamdullilah, tahun depan pun masih kekal kat Kelas Aman. Setakat ni Aran dapat tempat ker 8 dalam kelas, still Top 10 in Class. Hilman .... hmmm tak tahu lagi. Ker dia takut nak kasi tahu mak dia... will up date later. Ingat nak jugak letak gambar kelas IQA, tapi entah kat mana tah dia pergi campak gambo dia... also will up date later kalau jumpa. Okay... back to work.

Monday, November 16, 2009

BAHASA 1 MALAYSIA


Sampai jer opis pagi ni, terus check email. Aku terima email ni dari Group UITM-CT, geng masa study dulu. Tak tahu lah nak gelak ker nak nangis. Gelak sebab ada jugak orang kat Malaysia yang indah permai dengan pelbagai kaum ni yang tak reti bahasa. Nak nangis pulak sebab, kenapa ler Bahasa Jiwa Bangsa ku di jadikan bahan kelucahan untuk dipaparkan kat Billboard sebesar alam nih.
p/s : ada ler tangan tangan dajal yang memotong ekor huruf 'j' dan hilangkan kepala titik kepala 'j' tu. Memang banyak sungguh orang kreatif kat kota raya ni kan :)

Saturday, November 14, 2009

CUP CAKES & SATAY NUGET

Beberapa hari yang lalu, budak ni sanggup ponteng sekolah datang rumah aku, sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Hai, nasib ler periksa dah abis...
Ini ler anak sedara aku ... Inas. Kecik jer tapi cili api, terer masak jugak teror bercakap tak henti henti macam aku. Umur sebaya jer dengan Kak Long, 14 Tahun - beza sebulan jer tarikh lahir. Tapi saiz macam Hilman. Hehehehe.... Sanggup dia datang rumah Mak Lang sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Kebetulan pulak, Kak Long tak tahu nak bawak apa untuk Surprise Birthday Party Mak Susu. Apalagi ... Inas ler jadi mangsa. Tapi Mak Lang tak sempat nak jumpa Inas hari tu sebab balik rumah lambat, dia dah balik ke rumah kat Tasik Puteri Rawang.



Ini ler hasilnyer. Abis ler bahan-bahan buat kek aku kat dapur dikerjakan Inas dan Kak Long sebab nak siapkan kek nih ha. Dah lah 'Piping Beg' pun dah abis, pewarna pun tak cukup. Kau main punggah jer apa yang boleh digunakan kat dapur Mak Lang yer Inas. Tapi ... hmmm... not bad, cantik jugak kek ni.



Macam macam rupa ada, walaupun tak cukup utensil nak mencantikkannya. Nanti cuti sekolah ni, datang lagi rumah Mak Lang yer, ajar Mak Lang pulak. Kali ni kita buat lawa-lawa. Mana tahu ada orang teringin boleh buat jual. Hahahaha... Aku dah bermimpi di siang hari.

Dan di pagi yang sama Kak Long nak hangkut cup cakes ke sekolah, aku lak prepare nugget dan small sausage ni, sebab Hilman ada majlis makan-makan untuk Pengawas kat sekolah dia. Sibuk betul pagi tu. Kesian lak kat Hilman kalau tak sediakan apa-apa untuk dia, sedangkan dia dah siap-siap ingatkan aku dari minggu lepas lagi dia nak bawak 'something'untuk majlis tu.

Nak bagi menarik lagi, aku pun cucuk ler kat lidi buat macam satay. Macam ler menarik sangat, rupa dah nak jual kat pasar malam jer. Aku rasa bebudak mesti suker makan macam ni, dan senang sikit nak makan. TAPI ... balik tu aku tanya Hilman laku tak satay nugget yang dibawak ke sekolah tu. Dia kata "Cikgu ambik, bawak makan untuk cikgu2 jer". Hish, aku banyak kali kena macam ni. Ada beberapa kali aku bekalkan Kak Long dan Iqa kek coklat ke sekolah masa ada makan-makan, PUN cikgu dia orang bawak bilik guru, tak agih agih pun kasi anak murid makan ....huk huk huk :( Ingat nak kasi anak aku makan sesama kawan, tapi cikgu pulak ambik makan sesama kawan. Hmmmm... agak nyer menarik sangat ker makanan aku tuh ... hahahaha...harus korang baling batu kat aku lepas ni. Ampun ;)

Friday, November 13, 2009

RAMBUT !


Aik! .... tetiba Aran dah tukar imej jadi Ronaldinho pemain bola AC Milan yang femes seantero dunia tu, cuma dia tak pakai 'headband' jer. Macam anak orang Brazil pun ada gak. Hehehehe....Ini lah kisah nyer kalau pergi shopping masuk kedai aksesori orang pompuan. Budak lelaki pun sibuk nak ikut juga. Saje jer ... nasib baik tak kena marah dengan SA kat situ. Dah SA pun sibuk berborak sakan dengan 'geng' kan, sampai apa yang kita orang buat pun dia buat derk jer. Ini Abang Hilman punya kerja ler ni, sajer jer letak rambut palsu kat kepala adik dia, dan adik dia pun dengan rela hati jer sua kepala. Tapi kan.... emmmm comel jugak kalau Aran rambut macam ni :)

Tuesday, November 10, 2009

CERITA HARI MINGGU

AHAD, 08 NOVEMBER 2009
Lagi 'post' yang dah basi untuk kali ini. Basi basi pun belasah ajer lah ... sebab tak ada masa nak 'up-date' di himpit kerja yang banyak. Ahad pagi ni aku bawak anak-anak berkampung kat opis sebab nak siapkan kerja aku yang membusut (belum bukit lagi) tu. Sebelum ke pejabat, perut anak-anak haruslah di isi, penting ni untuk mengelak dari rengekan yang pelbagai bunyi dan nada menerjah gegendang telinga aku nanti. So macam biasa Aran setia dengan roti canai kosong dia, makan sampai 2 keping lagi. Konon nak share dengan mak, tapi last last dia makan sorang. Iqa makan Maggi goreng jer. Aku, Kak Long dan Hilman lak tak sah kalau tak dapat nasi. Sebab tu ler kita orang membesar bagai Johan, cuma Kak Long jer kurus macam tak makan. Tak tahu ler mana pergi makanan dia.

Dia orang ni suker datang opis aku yang diibaratkan rumah No. 2 kami. Mana tak nyer kan, ada internet di 2 komputer lagi. Dah tu ber'air-cond' pulak tu. 'Compare' kat luar yang panas giler. Pendek cerita tak boring ler kat sini, lagi pulak ada banyak makanan kat 'Pantry'. Ni ha, Aran tengah mengasah 'skill' melukis dia. Anak aku yang sorang ni jer lah yang tangan berseni sikit, yang lain tu ... hampeh. Aran siap melabur lagi beli buku melukis ni pakai duit raya dia kat MPH. Yang kelakar nyer, waktu periksa akhir baru baru ni, Iqa dan Hilman lak buat buku ni 'as reference' untuk 'preparation' ujian Seni kat sekolah. Kak Long lagi best, dia suruh Aran yang umur 7 tahun ni ajar dan bagi idea kat dia yang berumur 14 tahun tu, macam mana nak lukis masa periksa final nanti. (Semalam dia tunjuk result Seni - 1st time dapat 'A' :) hehehehe... kena bagi 'credit' kat Aran kan Kak Long.


Haa ... ini ler part yang paling dia orang suker sekali. Bila dah penat ber'tenet', melukis ... pergi Pantry cari makan. Dapat Maggi ker, biskut ker, roti bakar ker ... senyap ler mulut dari merengek lapar. Tu yang kekadang sebelum datang opis kena singgah 7E dulu, beli makanan buat stok kat opis. 'So stay' kat opis dari pukul 12.30 tengahari sampai ler lepas solat Asar pukul 6.00 petang. Lega ... siap jugak kerja aku setelah dibantu oleh Kak Long. Terima Kasih Kak Long... Muah. Then dia orang dah merengek lapar lagi. Hmmm .... fikir punya fikir, ingat dah berkurun aku tak pergi Selayang Mall. Anak anak pun 'agree', sebab kat situ ada Parkson dan Mydin. Syiok nyer dapat jejak tempat nih, dulu dulu waktu opis kat Selayang dan masa anak-anak baby, boleh katakan 'every week' sampai sini.

Haaa ... korang belek jer lah mainan tu yek. Mak tak ada budget nak beli untuk korang. Kalau korang beli pakai duit sendiri, mak hokey jer. Alah, kalau beli pun korang main ler barang dua tiga hari, lepas tu entah kemana pergi nya. Lastly boleh berkecai semua.. membazir jer (ayat standard aku ler tu kalau tak nak belikan...hehehehe)





Haaa ... ini ler 'Miss Shopaholic' aku. Kak Long pulak la hai, dah nak cuti sekolah baru ler terhegeh-hegeh nak beli botol air baru. Tak tahu ler motif apa kan, 'no objection' pun dari aku sebab pakai duit dia. Sebab apa aku kata Kak Long ni 'Miss Shopaholic' , dia pantang ler nampak baju lawa ker, kasut lawa ker, handbag lawa ker semua dia nak beli. Aku tak tahu ler Zia ... anak aku yang sorang ni memang dah terkena virus kau. Petang ni, dia jer lah yang 'shopping'. Beli botol Air 'Bros', beli 'Teddy Bear' untuk hadiah kat BFF dia, beli 'Tops', beli skaf ler. Kalau aku tak suruh 'stop' nafsu serakah dia, mahu dia lupa diri kut.


Kita orang singgah makan kat "Johnny's" - tempat makan feberet kita orang nih. Salah satu sebab suker makan kat sini sebab dia ada 'Playground'. Tengok ler tu, kita orang minum air kosong jer, nak save budget :( huk huk huk. Janji konyang kan anak-anak.



Sementara tunggu makanan sampai, budak lelaki 2 orang ni sempat lah pulak mengimbau kenangan silam kat tempat main dia orang dulu dulu. Masih elok lagi. Kat sini ler dulu masa dia orang 'baby', dia orang merangkak rangkak naik/turun slide. Dah besar dah anak aku, sampai kaki Hilman pun dah sampai dari atas ke bawah slide tu. Dulu dulu masa baby aku terpaksa tunggu hujung slide nak sambut dia. I miss my oldies, masa anak anak baby dulu. Hmmmmm....



Yang ni jer gambar makanan yang sempat aku 'Snap'. Nasi goreng kepunyaan Kak Long yang sedap banget. Yang lain tak sempat nak 'snap', sebab dia orang dengan rakus nyer dah sambar dulu makan. Hish lapar sangat ler tuh.


Tak ambik gambar makan tak sah. Sungguh berselera sekali anak-anak macam seminggu tak makan. Gelap ler pulak gambar nih, sebab kat dalam Restoran ni pun memang ala-ala romantik de' amour gitu. Cahaya yang suram dan kelam, yang boleh buat aku tertido sambil makan atau makan sambil tido kut :)