Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT HARI WILAYAH 2011


Hari ini aku cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan. Memang terasa sangat bercuti setelah berhempas pulas kerja. Hari Sabtu dan Ahad pun kerja sampai ke malam nak siapkan assignment. Jadi bila ada cuti rasa sangat sangat lah dihargai cuti ini. Nak bercerita pasal Kuala Lumpur ... yang memang dah sebati dengan aku.

Mak aku orang Kelantan, Abah aku orang Selangor ... tapi aku membesar di Kuala Lumpur. Seawal tahun 1975, aku masuk Tadika Kanak-Kanak Nirmala di Batu 3 Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Di tahun ni ler aku macam start ingat segala-gala, sebab dah pandai membaca dan tahu tahun. Lepas tu aku ke S.R.K. (1) Batu 4, Jalan Ipoh Kuala Lumpur, sampai Darjah 6 ... kehidupan masa kecik aku memang banyak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tempat ni macam dah jadi Kampung untuk aku. Pekan dan Pasar Batu 5 Jalan Ipoh tu tok sah ceritalah, memang tempat mainan aku ... selalu jer mak suruh ulang alik pergi kedai beli barang.


Masa kecik ini lah satu-satunyer Shopping Centre yang ada kat Kuala Lumpur.
Abah selalu bawak kami sekeluarga di sini.
Best giler masa tu, sebab kat atas ni ada amusement park yang tak ada kat tempat lain.


Abah aku kan askar dan kerja kat Batu Kentomen masa tu. Lagi pun sedara mara abah ramai jer yang duduk kat muka pintu nak masuk Batu Kentomen tu. Ada satu perkampungan melayu di situ. Sekarang ni masih ada lagi, tapi tak sebanyak dulu. Dah banyak tanah dijual dan dibuat kedai kedai besar. Nilai tanah disini sangat sangat mahal. Abah ada lagi sekeping tanah disini yang belum dibuat apa-apa pun.

Masa Form 1 hingga Form 3 jer aku terpisah dari Kuala Lumpur, sebab ikut abah posting ke Kota Kinabalu. Tapi balik semula masa Tingkatan 4 dan 5. Masa ni dah duduk Kuang, tapi bersekolah di Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Bayangkan aku berulang-alik dari Kuang ke Kuala Lumpur setiap hari, naik bas dengan orang dewasa yang nak pi kerja, belum kira berebut dengan Mak Cik yang jual Lemang kat Chow Kit lagi tu. Naik bas seawal pukul 5.30 pagi ... sampai Kuala Lumpur pukul 6.30 pagi. KL masa tu gelap pekat lagi, lampu jalan pun tak padam. Tapi suasana masa tu sangat tenang dan indah. Masa tu aku turun kat Wilayah Shopping Kompleks ... menapak jalan kaki ke Jalan Ampang. Nak ke sekolah aku naik melalui Bangunan AIA ... sebab masa tu pintu masuk sekolah dari Jalan Ampang yang serupa tangga Batu Caves pun tak bukak lagi. Balik pulak ... menapak lagi dari Bukit Nanas ke Pudu Raya. Hari hari masa tu aku lalu kat Menara Maybank yang masih dalam pembinaan. Tak siap pun lagi waktu tu. Entah mana datang keberanian aku masa tu aku pun tak tahu. Sorang-sorang jalan pagi pagi buta dan petang-petang setiap hari di tengah tengah Kuala Lumpur tu. Agaknyer masa tu tak ramai orang jahat dan orang giler kot.


Rasa selamat jer dulu dulu ... itu lah bezanyer Kuala Lumpur dulu dan sekarang. Kuala Lumpur yang memang nostalgik untuk aku. Aku membesar seiring dengan kemajuan di Kuala Lumpur. Sehingga sekarang aku masih mencari rezeki di Kuala Lumpur. Iya ... aku sangat berbangga. Berbangga sebab berpeluang melihat semua kemajuan ini.

p/s : belum masuk kisah kerja dan bercinta masa di Kuala Lumpur lagi tu, mahu sampai esok pun tak abis cerita ... hehehehe

14 comments:

  1. Huii bestnye kalu ingat dan dengar org cerita pasal dulu2 ni...walaupun tak tinggal di kuala lumpur, banyak gak habiskan masa kat KL.....apa2 pun selamat bercuti dan menikmatinya dgn hati yg gembira..!!!!

    ReplyDelete
  2. Selamat Bercuti!! Noorul pun cuti jugak hari ni.. Walauponnn keje kat PJ hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya pun cuti jugak aunty..
    hahaha
    Maklum la sama tempat..
    huhu

    ReplyDelete
  4. kak,

    ampang park tu dekat sangat dengan rumah saya dulu. Kitorang pergi jalan kaki.. Jauh jugak sebenarnya dari Ampang Boys School tu.

    Teringat semua tu..Bestnya ! Paling suka main lompat-lompat dalam belon besar tu ! Akak main tak ?

    ReplyDelete
  5. agreed!KL memang Best!saya pernah bekerja di JB for 2 years, kg halaman sendiri tu, tapi tak boleh lahh..tak ada jiwa, sudahnya patah balik ke KL:D

    ReplyDelete
  6. melihat kepada jalan ipoh mengingatkan saya tentang bas mini

    ReplyDelete
  7. Lirik Lagu Sesat di Kuala Lumpur - Kembara

    Sesat di Kuala Lumpur
    Dosa dan pahala bercampur
    Tapi kita perlu hidup
    Kita perlu terus hidup

    Terima kasih tuan dan nyonya
    Doa sejahtera kami pohonkan
    Pada Tuhan Maha Kuasa
    Tuhan Maha Kuasa

    Mungkin kita kan temui kebahagiaan
    Di Kuala Lumpur
    Dan mungkin kita akan kecewa
    Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
    Mungkin kita akan terpedaya

    Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
    Jalan bahagia
    Mungkin kita akan kecewa
    Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
    Dan Mungkin kita kan terpedaya
    Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
    Mungkin kita lupa pada asalnya

    lagu dari penyanyi febret achik...

    ReplyDelete
  8. Fadzli Amir - Akak masih ingat kisah FA pergi Menara Maybank carik tanah untuk samak tangan ... hehehe. Kenangan terindah di KL jugak kan tu ;D

    ReplyDelete
  9. Noorul Wawan - Selamat Bercuti jugak untuk Noorul ... dah abih cuti pun kan ... hehehehe

    ReplyDelete
  10. Amri - Kita sama-sama cuti Amri ;D Next time leh tumpang aunty okay

    ReplyDelete
  11. azrina03.07 - Reen orang Ampang yer. Betul tu ... akak kalau pi Ampang Park naik atas tu mesti lompat-lompat dalam belon beso tu. Hehehe ... agaknyer kita penah lompat sama-sama tak. Tergolek sama-sama ... hahahaha

    ReplyDelete
  12. IXORAROXI - Yes! Betul KL memang best ... macam macam ada :D

    ReplyDelete
  13. Panglima Muda - Salam Kenal. Jalan Ipoh bukan hanya ada Bas Mini ... Bas Selangor, Bas Len Seng, Bas Sekolah pun ada ... hikhikhik

    ReplyDelete
  14. taz - Terharunyerrrrr ... ingat kat lagu feberet dan penyanyi feberet acik ... hukhukhuk. Terima kasih.

    ReplyDelete