Monday, October 20, 2008

SYAWAL 1429 HIJRAH

Salam .... Syawal 1429 Hijrah, masih dalam bulan Syawal lagi kan... So belum ler basi lagi kalau nak cerita kisah raya ni. Walhal memang aku amat ler lambat nak up-date, tak nak ngaku lak tu. Muahahaha .... So.... Layan gambar je lah yer

Wednesday, October 8, 2008

AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Lamanya la ai tak up-date Blog. Buzy amat, bermula dari awal Ramadhan sampai sekarang, Ni curik curik up-date kat opis (kalau bos tau = mati ler). Nak up-date kat rumah, nak kena rebut rebut PC dengan anak-anak. Tak jadi kerja bila ditanya "Mak, lama lagi ker", itu belum time anak-anak duk mengadu 'kak long, guna lama sangat', 'asyik Iqa jer main dari tadi', 'Hilman main kejap jer' dan 'Aran tak dapat main pun lagi, asyik orang besar jer main'...Bingit telinga gue, last sekali bila hati dah membara "DAH TUTUP PC, TAK PAYAH MAIN SEMUA, BILA MAK KATA BOLEH BUKAK BARU BUKAK SEMULA". Almaklumlah. PC nyer satu, nak gunanya ramai, bila rules telah dinodai, gitu ler jadinya. Opppsss, lama pulak iklan ku ini. Ini ler masalah nyer, kalau tak tulis blog memang tak tulis langsung, kalau dah tulis tak tahu nak stop. Hehehehe.....


Bulan posa, best ... yang paling best dapat Solat Terawih, for this year ponteng 4 kali (Balik Klang, Buka posa dgn anak pompuan, Buka posa dengan opis mate dan Buka posa dengan semua anak-anak) tak termasuk uzur 8 hari. Best jugak sebab dapat balik awal dari kerja, pukul 4.15 sebab tak ada lunch hour. Best sebab dapat oder buat kek cekelat bebanyak. Best sebab dapat bukak posa beramai-ramai (kecoh dan riuh). Best sebab dapat makan macam-macam bila ber'Pot Luck' kat umah mak. Itu yang best nyer....Sedih bila Ramadhan dah abis. Sebenarnya aku lagi suka Ramadhan dari Syawal...Rasa syahdu je Ramadhan ni.....


Seronok, bila Aran dapat posa more than 1/2 bulan. Tak sangka ... nampak jer kecik, tapi bersemangat. Dan dia serta Abang Hilman selalu jugak temankan aku Solat Terawih. Teringat pulak insiden lepas Solat Terawih ada moreh, mereka dan kawan-kawan buat muka seposen kat side pompuan mintak moreh, sebab sering tak dapat moreh kat side lelaki. Kesiannya. Dan mak dia yang buat muka seposen jugak, dengan selambanya menghulurkan makanan pada anak tercinta (nasib makanan banyak). Kak Long pun sering jugak temankan mak dia solat terawih. Yang best nyer, waktu orang sedang Tazkirah Ramadhan, Kak Long pulak sibuk dengan Tazkirah dia kat telinga mak dia, up-date kejadian di sekolah. Kelakar ler Kak Long ni. Sampai mak rasa suara Kak Long lagi kuat dari mikrofon pak nazir yang bagi Tazkirah tu. Muahahaha.... Belum masuk every time rakaat ker 4 atau 6, aku pergi basuh muka, sebab ngantuk. Memang ler time tido aku selalu kul 9 - 10. Dah terbiasa. Kak Long pulak rasa suara Iman Muda (Tahfiz dan berumur 19 tahun), yang mengetuai Solat Terawih tu amat merdu sekali, mak pun rasa gitu jugak. Rasa syahdu jer bila dia baca surah. Ada ker Kak Long kata, 'Ala dah abis Ramadhan, tak dapat dengan suara Imam Muda lagi'. Haiya Kak Long ni, ada pulak itu yang dia fikirkan. Kak Long suker, sebab dia tinggal posa 2 hari jer. Iqa tinggal posa 10 hari. Hilman tak tinggal langsung.


Ada sekali tu di pertengahan bulan posa, boleh kita orang pergi tengok wayang cerita Batman kat GSC... ini ler gara-gara selalu tak dapat tiket, ramai sangat nak tengok Batman. Bulan posa tak yah beli air & pop corn (save budget mak). Best giler cerita ni, patut ler waktu kita orang gi tengok tu , panggung penuh.


Gitu ler overall cerita Bulan Ramadhan yang telah ditinggalkan. Sedih amat nak ditinggalkan...semoga berpeluang melalui Ramadhan di tahun hadapan.... Jap lagi gue up-date cerita Syawal lak yer. Kerja tengah berlambak ni, tutup sebelah mata jer.