Friday, March 11, 2011

TSUNAMI HITS JAPAN




Innalillahiwainnailaihirojiun. Tak terkata aku melihatkan rakaman Youtube kat atas ni. Tak dapat aku bayangkan kalau aku kat situ masa kejadian. Sangat menakutkan. Kuasa Allah, tak ada siapa dapat menghalang. Dan syukur aku berada di bumi Malaysia yang terlindung dari segala mara bahaya setakat ni. Bak kata cikgu ilmu alam kat sekolah dulu, "Malaysia terkeluar dari lingkaran gunung berapi dan gempa bumi". Alhamdullilah, Syukur sangat-sangat kita dilindungi. Tapi aku sangat sedih...sedih lagi. Bila mengenangkan nasib mereka yang malang di Jepun sana. Walaupun aku tak kenal dia orang walaupun seorang. Dan Tsunami ini adalah yang terburuk melanda Jepun sejak 300 tahun yang dulu. Semoga tak ramai yang terkorban.

Masa tengah kerja kat opis tadi aku terima sms dari Iqa ...

Iqa : Mak tahu pasal tsunami tu?
Mak: Tahu
Iqa : Takutnyaaaaaaaaa, cepatlah balik

Gara-gara kat Twitter kata - 2 Jam lepas Tsunami melanda Jepun ... Tsunami tu akan melarat kat Malaysia pulak. Biasalah anak aku yang sorang ni, sangat-sangat trauma pasal benda ni walaupun tak pernah melalui.

Thursday, March 10, 2011

SAYA SANGAT SEDIH ...


Bila lampu belakang kereta telah pecah sebab dilanggar oleh penunggang motosikal yang tergopoh-gapah di jalanraya. Itu lah nak cerita ... bila kita berhati-hati, adalah pulak orang yang tidak berhati-hati dan mengganggu kelancaran hidup kita. Pecah lampu ni tak adalah besar sangat, adalah sebesar tapak tangan aku. Tapi still buat aku berdukacita. Nanti hujan mesti masuk air dalam lampu ni. Nak kena cepat pergi betulkan lah pulak.

Dah lah masa dia langgar tu, aku siap suruh dia ketepi sebab aku pun tak tahu dia dah langgar apa kat belakang kereta tu. Aku siap berhenti parking kat tempat tak ganggu orang ramai. Tahu-tahu dia tak berhenti, entah lari kemana. Hish!!! menambahkan kesedihan aku. Biarlah Allah jer yang balas.

Tak tahu nak tulis apa ... nak sambung sedih balik. Sob sob sob :(
Kesian Cik Kiah aku ... terluka lagi dia hari ni.


Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA 2011

Selasa, 08 Mac 2011

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita di luar sana. Berbanggalah menjadi wanita. Chewah! tetiba semangat giler aku nih. Tak penah-penah nak sambut pun. Tapi tengok kalendar kuda tahun ni ada pulak tulis hari ni Hari Wanita. Sebelum ni tak ambik pot pun sangat pasal hari wanita nih. Takat Hari Ibu jer aku tahu lah. Masa sekolah dulu Hari Guru. Masa kecik kenot dulu Hari Kanak-Kanak. Paling ingat pun Hari Jadi sendiri. Paling tunggu dan suka, sudah tentu lah Hari Raya ;) Tapi semenjak dah makin nak expired nih makin banyak hari lak disambut yer. Seronok gak bila siaran radio duk sibuk wish every wanita hari ni, Acik terasa dihargai gitu ... hehehe.

Khas untuk wanita wanita istimewa di luar sana, saya perdengarkan pada anda semua Video Clip ini. Asal feeling macam DJ radio lak nih :P Video Clip ni tak ada benda pun, tapi lagu dan lirik nyer sangat bermakna. Sila-sila jangan malu dengar yer.




Wanita


Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu

Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan

Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu



Thursday, March 3, 2011

HANTU KAK LIMAH MASUK RUMAH

Aku nak buat entry ni dah lama dah, sejak tengok wayang Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah hujung bulan Disember 2010 lagi. Tapi tak sempat.Aku dah lama tak tengok cerita melayu yang best macam ni. Sebab tu kalau ke panggung wayang asyik nak tengok cerita omputeh jer, sebab takut frust tengok cerita yang tak menepati piawaian Sirim seisi rumah aku. Hari tu gamble jer pergi tengok, sebab kawan anak-anak aku ada yang tengok sampai 3 kali kat wayang. So, nak ler tengok ... best sangat ker. Memang besttttt sesangat :D Rasa macam nak tengok lagi kat wayang, tapi biasa lah "masa amat mencemburui aku" Cheh!!!! PM pun tak sibuk macam aku.



Beberapa minggu lepas masa temankan Kak Long shopping kat OU, tengok-tengok cerita HKLBR dah keluar dalam bentuk DVD. Apa lagi anak anak 'jantan' aku sibuk suruh aku beli. Aku pulak entah kenapa murah hati pulak hari tu boleh hangkut sekali DVD cerita NGANKUNG. Bukanyer apa, cerita Ngangkung ni kan kutipan dia 8 Juta kat panggung. Lagi banyak kutipan dia dari cerita Kak Limah. So nak tahu ler, best sangat ker cerita nih. Balik rumah tengok Ngangkung dulu ... hmmmm, tak menarik langsung. Sorry ler Ahmad Idham ... aku tak suka langsung cerita Ngankung hasil kerja kau. Aku tengok sekali tu jer ... macam cerita-cerita biasa. Tak ada benda yang best. Skrip biasa, lakunan biasa, pendek kata kalau aku tengok kat wayang memang tak ada kepuasan langsung. Patut ler harga DVD dia murah dari cerita Kak Limah.



Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah jugak yang best. Anak anak aku kat rumah, hari-hari duk pasang cerita ni. Sampai dah hafal dialognyer. Siap praktik kat rumah lak tu guna ayat-ayat dalam cerita ni ... 'Cer citer cer citer', 'Nampak sangat menipu ', 'kita bako kita bako'. Itu antara ayat feberet dia orang. Banyak lagi dialog selamba dan lucu cerita ni. Cerita ni boleh lah kira setara dengan cerita lawak P.Ramlee dolu dolu, sebab orang akan ingat hampir semua dialog dia. Watak Usin, Ucop, Abi Hurairah, Cik Nin, Wak Jawa, Bomoh Siam, Tok Penghulu ... memang tinggalkan kesan betullah. Dia orang memang pelakun yang best. Aku bawak DVD ni kasi pinjam kat member opis aku Fiza, dah pulak anak dia kata "Mak, jangan pulangkan dulu kat Aunty Fairos yer, nak tengok lagi. Tak per Aunty Fairos tak marah punyer" ... hikhikhik. DVD ni belum balik rumah aku lagi ni, dan Hilman tengah tak keruan duk tanya aku hari-hari bila Kak Limah nak balik. Tahu dia rindu nak tengok lagi lah tu... hehehe. Aku pun rindu gak nak tengok lagi ;D

Tuesday, March 1, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-15 NUR HAZIQAH

Selasa, 01 Mac 2011



Selamat Hari Lahir Sayanggggggggggggggggg ... dah besar anak mak. 15 tahun yang berlalu sejak 01 Mac 1996 rasa macam kejap jer. Wah! pandai nyer mak jaga anak mak nih. Dari kecik macam kat atas tuh sampai dah masuk usia remaja. Dari mak dan abah kena mandikan, pakaikan baju erkkk ... pampers juga, suapkan makan, kasik susu sampai la sekarang dah pandai buat sendiri. Siap pandai memilih lagi nak beli baju apa. Dan sekarang ni dah boleh jadi 'Fashion Consultant' untuk Mak, Kak Long dan Hilman pulak. Dan lately nak ajar Aran berfashion lah pulak. Mata Iqa memang pandai memilih. Walaupun Iqa tak suka menghabiskan duit untuk membeli baju, sebab dia selalu cilok baju Kak Long ... hehehehe. Baju Kak Long kan berlambak-lambak. Dia pakai sekali dua jer dah bosan, apa lagi semua lepas tu jadi hak mutlak Iqa. Bijak bijak ;D





Ratu Camwhore kat rumah ... ini ler kerja dia kalau bosan. Tukar baju yang rasa lawa-lawa, ambik kamera, snap gambar sendiri banyak-banyak. Lokasi 'studio' selalunyer bilik mak, sebab bilik mak banyak tingkap, jadi banyak cahaya semulajadi. Lepas tu edit muka sendiri kat depan komputer. Yang edit mengedit gambar ni, semua orang kat rumah tabik lah dengan Iqa. Dia memang teror bab bab ni, semua orang akan carik dia kalau nak kasik cantik gambar. Dia memang hebat bab gadjet-gadjet baru kat pasaran, tahu jer apa kegunaan dan keluaran yang terbaru. Yang ni perangai sebijik ikut abah. Sebab tu kat rumah sesapa guna phone baru akan jadikan Iqa sebagai tempat rujukan. Sebab yang lain tu malas nak belajar, tapi Iqa rajin nak explore benda benda ni.





Memang banyak gambar dia kat komputer, tak ada masalah nak carik macam anak anak yang lain. Sampai komputer kat opis aku pun berlambak gambar dia. Bila tanya,"Cita-cita kau nak jadi model ker Iqa?". Dia kata tak moh ... dia minat bulan dan bintang. Kalau boleh nak jadi Astronomi. Hehehehe ... lain betul cita-cita kau ek. Tapi yang mak tahu kat rumah, Iqa jadi Security Guard. Sebelum tidur, dialah orang yang akan 'check-out' semua pintu dan tingkap samada berkunci atau tidak. Kalau aku tertidur awal, dia lah yang akan pasangkan 'alarm system' kat rumah. Satu lagi perangai Abah dia. Adik beradik yang lain ... hampeh, tak akan buat punyer. Terima kasih Sayang Mak, sebab sentiasa nak pastikan rumah selamat. Sampaikan ke dalam kereta pun dia akan pastikan pintu di lock setiap kali dalam perjalanan."Mak kunci pintu kereta" itu favourite phrase Iqa masa dalam kereta.


Satu-satunyer anak aku yang paling kurang bercakap (sama macam abah jugak), sampai kalau ada cerita melibatkan diri dia, aku lebih rela dengar dari mulut Kak Long yang penuh dengan drama dan mimik muka ... hahahaha. Aku 'sekepala' dengan Kak Long bila kami berdua sama-sama suruh Iqa masuk kelas 'Public Relation' suruh polish seni bercakap dia. Dan satu lagi yang menambahkan lagi LIST persamaan perangai abah kat Iqa, dia sangat-sangat pemurah.Kau ni 'Anak Abah' sebenarnya Iqa, walaupun muka macam mak. Kalau ada duit memang sangat suka belanja dan belikan hadiah untuk orang. Duit kat tangan cepat jer abis, lepas tu dia tak ingat beli apa ... Iqa memang tak kedekut dan tak berkira langsung. Ada duit sama-sama happy, tak ada duit duk diam-diam. Tak pandai nak mintak kat mak ... kan, kecuali terpaksa :D

Selamat Hari Lahir Sayang ... semoga sayang mak sentiasa didalam Rahmat, Perlindungan dan Kasih Sayang NYA. Menjadi anak yang solehah dan berjasa pada ibu bapa kelak. Semoga Iqa cemerlang dalam peperiksaan PMR akhir tahun nanti. AMIN. Mak tahu Iqa boleh. Mak sayang Iqa sangat-sangat ... dunia dan akhirat. Mak pun tahu Iqa sayang mak sangat sangat ... sobsobsob