Thursday, December 26, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ... MAK DAN ABAH

25 Disember 2013

Alhamdullilah syukur ... 
Hari ini genap 50 tahun usia perkahwinan Mak dan Abah aku. 
Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. 
AMIN ....








Dengan dikelilingi hanya anak-anak dan cucu sahaja dah cukup meriuhkan Seri Jamifa semalam. Sangat seronok tengok Mak Tok dan Tok Abah sporting sangat hari ini hehehe ... terima kasih mak dan abah. Tanpa mak dan abah memang tiada lah kami semua kat dunia ni. Kami berbangga ada mak dan abah seperti ini. Yang sentiasa menyokong anak-anak dan cucu-cucu walau apa pun keadaan nya. Aku cukup bertuah kerana dapat menyaksikan semua ini, dan menjadi sebahagian dari keluarga ini. Alhamdullilah...

Tuesday, December 10, 2013

BERKELAH @ SUNGAI ULU YAM

Cuti sekolah datang lagi ...

Marilah kita berkumpul beramai-ramai dan mengikat tali tali persaudaraan yang ada. Seawal cuti sekolah bermula, semua sepupu lelaki anak-anak ku (anak sedara aku) turun ke Kuang dari Klang. Ini kali kedua dia orang datang. Kali pertama pada cuti penggal kedua di pertengahan tahun. Alhamdullilah, semuanya seronok dan tak sabar nak datang Kuang, siap menghitung hari lagik. Anak-anak aku lagi lah seronok, sebab dapat main PS3 yang dibawa oleh Hazman dari rumah. Hehehehe... 

Selain dari main PS3, boleh tengok cerita hantu sama-sama (penakut semua nih, takut nak tengok sorang sorang), boleh main masak-masak sama-sama, boleh main bola sama-sama, boleh pi shopping sama-sama. Dia orang sempat lah pergi The CURVE, kebetulan tempat kerja aku agak dekat jugak lah dengan CURVE, so sebelum ke tempat kerja aku pergi hantar dulu dia orang ke situ. Bila nak balik petang pulak, aku just pergi pick up dia orang jer. Punyalah suka giler dapat jalan ke The CURVE. Ialah selama ni kalau keluar mesti dengan mak pak, kali ni dia orang kena pandai-pandai bawak diri sendiri dan menjaga antara satu sama lain. Sempatlah pergi tengok wayang, main boling, merayau kat IKEA dan main games kat kedai SONY. Hehehehe ... Insya ALLAH aku percaya kan budak-budak ni, sebab dia orang jenis yang bukan Havoc dan low profile semua. Alhamdullilah.



Dia orang datang hari Isnin dan selain dari CURVE aku sempat bawak pergi mandi sungai. Itu pun dia orang kena tunggu hari Sabtu. Hari cuti aku kebetulannya. So aku dah janji dengan anak-anak ini nak bawak pergi mandi sungai. Dan sungai yang menjadi pilihan aku seperti biasa adalah Ulu Yam. Air dia masih bersih dan sejuk sekali. Perjalanan tak jauh sangat dari rumah dan kereta kesini pun tak lah banyak dan sesak. Rasa nya aku sendiri pun dah 2 tahun tak datang sini. 


Laluan pejalan kaki ke sungai disini sangat-sangat bersih ... tak jumpa sampah langsung. Ialah pulak, tempat ni dijaga oleh Jabatan Perhutanan. Dan nak masuk area sungai ni kena bayar RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Tapi sangat puas hati lah sebab kawasan ini memang bersih. Tak percaya ... jom tengok gambar-gambar lagi ;-)



Jambatan Gantung yang sangat menyeronokkan
Merintangi sungai ke kawasan perkelahan
Tak yah pergi 'Jambatan di Tamparuli' hehehehe
Menjerit-jerit budak-budak ni bila ada yang nakal melompat-lompat kat tengah jambatan.


Anak-anak saudara aku Haris (tahun depan SPM) dan Alif (tengah tunggu result PMR)
Dia orang ni semua big-big size macam orang dewasa
Walhal umur muda lagi ... Genetik orang Klang memang tinggi-tinggi



Ada juga peringatan mengenai Fenomena 'Kepala Air'
Nak tahu apa itu yang dipanggil Fenomena Kepala Air ? 
Sila baca sambil buntangkan mata ... Hehehehe
Yang ini aku suruh anak-anak membaca, jangan asyik nak seronok jer kan.
Keselamatan kena juga ambil tahu.



Pemandangan sungai dari atas Jambatan Gantung 
Tak nampak sampah pun kat tepi-tepi sungai tu




Ini lah kawasan perkhemahan tu ... Bersihkan kawasan ni :-)
Kami pilih duduk kat Gazebo
Takut hujan ... maklumlah memang musim hujan kan
Tapi kami bernasih baik sebab masa sampai tu tak hujan pun
Tapi cuaca agak redup.



Tengah memasang khemah di Gazebo ... 








Dah ada Shelter pun nak pasang khemah lagi kan
Hehehehe ... khemah untuk tukar baju, tak adalah malu kat orang keliling
Khemah ni jugak untuk simpan beg dan barang-barang, tak adalah bersepah.
Memasing memang handal, kejap jer khemah dah terpasang.



Lepas khemas siap dipasang ... Kita makan dulu ...
nak mandi nanti tak adalah lapooooooo
makan ramai-ramai memang seronok


Kawasan perkelahan dari pandangan dalam sungai
Ku lihat hijau ... sejuk mata memandang
Sesejuk kaki yang terendam ke dalam sungai



Tengah warm-up dulu
Survey tempat best ... sambil usik air sikit sikit






Antara pemandangan indah dan mendamaikan yang sempat di 'capture' oleh lensa kamera



Aku tak mandi ... jadi sempatlah menggoreng karipap dan nugget segera
Dia orang keluar dari sungai jer lapo, abih sekejapan semua nugget dan karipap
Paling best, boleh pulak main asap makanan panas tu
Feeling ala ala kat oberseas... alahai korang nih
Kelakar betul lah ... hahahahaha




Antara juadah yang sempat di sediakan
Kek Red Velvet - Kak Long sempat buat sebelum balik Puncak Alam
Mempelam yang diberikan oleh Nenek Klang
Karipap dan Nugget
Serta Nasi Lemak dan Mee yang dibeli ditepi jalan ... senang kerja aku
Air pun beli kat stesyen minyak jer hehehehe


Sambil-sambil sediakan makanan
 Sambil-sambil memerhati anak-anak mandi 
Seronok sangat bila tengok dia orang happy sangat dapat mandi sungai
Bukan kah kebahagiaan hakiki itu ialah bila kita dapat membahagiakan yang tersayang :-)



Hazman tengah lompat ... Free style
Yang lain tengah tunggu turn



Chewah ! Aran pun nak jugak 
Freestyle Aran comel jer



Azri punya lompatan paling COOL
Yeah !!! X style gitu



Okay! jom lompat secara berjemaah pulak ...
.
.
.
.
.
.


On Your Mark ! Sambil pegang pegang tangan ... oh so sweet hehehe

.
.
.
.
.
.
.



Get Setttttt !!!!!
.
.
.
.
.
.
.


Gooooooo !!!! Hambik kau berterabur korang jatuh heheheh



Jom sambung lagik Freestyle
Hilman punya... control macho



Haris ... style melompat sambil baring
Tapi kat sini aku lebih teruja tengok kat Aran
sempat lagi enterframe 
dengan senyum buat peace buat lek (relax) dia
Serta Alip dan Man yang control macho



This is us ... Blood Brothers keturunan Atuk kami Cikgu Abdullah dan Nenek Hafsah
Ikatan persaudaraan kami sangat kuat, Ayah kami adalah adik beradik 
Dari kiri Alif (baju hitam) and Azri (baju putih) ayah kami  Allahyarham Amir Hamzah Abdullah
Then Haris (baju biru) dan Hazman (baju oren) ayah kami Husin Abdullah
Dan Hilman (baju kelabu) dan Farhan (baju oren) ayah kami Hashim Abdullah
Semoga ikatan persaudaraan korang kekal kukuh dan utuh biar apa pun yang berlaku
Sebab korang lah semualah penyambung zuriat Haji Abdullah. 
Jaga nama naik baik atuk dan ayah masing-masing okay.


Gelagat Hilman dan Haris ...
Boleh lah pulak ber'filming' action movie kat tepi sungai tu yer


Okay ... kami nak balik dah, sangat-sangat seronok
Tengok 2 orang budak kat belakang tu sengih sambil ber'thumbs up'. Hehehe
Jom buka khemah dan simpan balik
Sampah-sampah buang di tong sampah yang disediakan
Pastikan kawasan yang ditinggalkan bersih
Dan pastikan tiada barang yang tinggal
Insya ALLAH panjang umur nanti kita datang ramai-ramai lagi yer.

Nota Kaki : Ditakdirkan kalau korang dah beso nanti dan terjumpa Blog Auntie Fairos, auntie nak sampaikan amanat ... sangat-sangat seronok dengan korang nih, sebab korang sangat sangat baik dan mendengar kata. Auntie bangga dengan korang okay :-) Senang sangat nak jaga korang nih. psstttt ... termasuk anak-anak mak juga.

Saturday, November 30, 2013

LAGU KEGEMARAN AKU DAN HILMAN

Hari ini anak-anak semua datang opis aku ... sebab petang ni kami nak pergi celebrate Birthday Iris, sepupu dia orang , anak Abang Long aku. Sebab malas nak balik rumah lepas kerja jadi korang ikut jer lah mak datang opis hari ini, tak larat mak nak berulang dua tiga kali. Lagi pun rumah Ayah Long kat Menjalara tu tak lah jauh sangat dari opis aku kat Segambut ni.

Tengah-tengah bersiap nak solat Zohor, balik PC kat meja ada lagu ni kat YOUTUBE .... rupa-rupanya Muhammad Hilman dan pergi carik lagu ni. Sempat lagi tu. Dia kata' "mak start lah lagu tu ..... 




"Hilman dah carik untuk mak" ... errr lagu apa pulak? Hehehehe ..."Ha'ah la Man, mak suka sangat lagu ni." dan disambut, "Hilman pun suka lagu ni, rasa macam suara Faizal Tahir sedap sangat masa nyanyi lagu ni". Okay lah Man ... Jom kita dengar sambil Karok bersama-sama (dia memang selalu berduet dengan aku dalam kereta bila ada lagu yang kami suka). Dia paling banyak persamaan dengan aku ... ishhhh anak mak lah pulak kan ;)



Friday, November 29, 2013

# MUSIM MENGANGKUT BARANG

Bermulanya Sessi untuk Semester ke 2 Asasi Sains di UiTM Puncak Alam (PALAM) bagi Kak Long pada 25 November 2013. Start ler proses mengangkut kembali segala barang ke Asrama. Dari Karpet, alas kaki, tong sampah, baldi, laundry basket, botol air, sterika, hanger, toiletries, makanan kain baju (dicampak kan sahaja dalam Beg Biru IKEA yang beso tanpa beg yang cantik macam orang lain). Penuh satu bonet keta barang dia sesaja. TAPI itu pun ada jugak benda yang tertinggal. Telekong tinggal, seluar tinggal dan paling teruk ... towel pun boleh tinggal. Hish anak aku nih ... 



Nasib baik lah Puncak Alam tu dekat dan sebelah jer dengan Sungai Buloh ... tak ler jauh sangat. Kalau kau duk jauh Kak Long ... memang kirim salam jer lah. Tak adalah mak nak menghantar barang barang tu. Manja-manja lah anak aku ni. Semua nak suruh mak check-out. Tak larat ler mak yang oiiii.

Yang itu menghantar ... 4 hari lepas tu mengambil bawak balik Iqa (My No. 2) pulak. Iqa selesai SPM Paper Biologi pada 27 November 2013. Last paper ! Last Paper ! (Bunyik suara Johan Raja Lawak). Memula tu cadang nak ambil dia on 27 November tu juga. Tapi aku tanya balik ... betul ker nak balik on the same date, tak mahu ker share tima dulu malam-malam dengan kawan-kawan for the last time. Memula dia kata tak mahu, sebab takut nanti dia sorang sorang. But last minute tukar rancangan kata nak balik on 28 November pulak, sebab malam 27 tu ada makan-makan. Kan mak dah kata .... bermula lah perjalanan dari rumah seawal pukul 8.30 pagi. Dan sampai di Johor Bahru dalam pukul 12 tengahari. Kami banyak menyinggah. Singgah makan, singgah isi minyak, singgah beli air/jajan dan singgah buang air. Hehehehe



Haaaa ... lagi teruk dari Kak Long .... memang dah tak ada space kosong langsung kat Bonet. 
Nasib baik bawak Camry ... kalau bawak Persona, mahu balance barang kena letak kat set belakang.
Tak pun letak ler kat atas ribu sikit sorang... hehehe



Gambar kat atas nak kena susun atur balik barang
Sebab tetiba last minute Iqa kata terpaksa bawak balik barang kawan dia
Coz kawan dia balik mak pak tak datang .So tumpang kereta orang.
Nasib baik muat semuanya ... phew



Iqa antara orang yang last balik
So segala mak nenek yang ditinggalkan oleh kawan-kawan
Samada lupa atau sengaja ... semua kami angkut



Terjumpa catatan rakan sebilik Iqa 
Semuanya akan merasakan begini agaknya
Tak sabar nak habis periksa dan tak sabar nak balik rumah



Selamat Tinggal MRSM Johor Bahru
Terima Kasih MRSM JB kerana menumpangkan anakku disini
Terima Kasih kerana menjadikan dia Perintis disini
Menimba Ilmu dan mencari erti kehidupan
Kita jumpa semula March 2014 ... masa nak ambil result SPM nanti.

NOTA KAKI : Sangat seronok sebab anak-anak dah lengkap dapat berkumpul semula especially bila Kak Long akan balik setiap hujung minggu. Hoye Hoye Hoye. Mesti kecoh riuh dah heboh.
.... Will enjoy every moment sebelum Iqa akan ke PLKN pulak lepas ni. 

Wednesday, November 27, 2013

RAKYAT MALAYSIA MENJADI HAMBA SELAMA 30 TAHUN DI UK

Hari ni dikejutkan dengan berita di radio berkenaan seorang rakyat Malaysia antara 3 orang yang diselamatkan menjadi Hamba Abdi selama 30 Tahun di United Kingdom. Aku hanya dapat tangkap nama dia Siti Aishah jer. Dalam hati fikir, macam menarik jer cerita ini. Tapi pagi-pagi buta memang la tak sempat nak dapat info lebih-lebih. Nasib baik ada En. Google yang boleh memberi khabar berita yang hampir tepat.

Sangat mengejutkan bila seorang yang cerdik dan pandai boleh terjerumus kedalam keadaan yang sedemikian rupa. Jom baca kisah dia yang aku copy dari http://waazin.blogspot.com/2013/11/cerita-dari-keluarga-siti-aishah-yang.html , terima kasih En. Waazin.


Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist disana. Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahan (gambar) berkata beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Moa sejak 30 tahun lalu

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya. Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor the Daily Telegraph. "Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya. Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa" katanya kepada akhbar British itu.



Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK. Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Jurukur Bahan di London. Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.


Comrade Bala

Dia Terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan (gambar di atas) dan isterinya, Chanda yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaanya melebihi tiga dekad di London. The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang dari 3 wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.



Dipercayai Siti Aishah - gambar diambil pada tahun 1997


Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dalam kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britain pada ketika itu. "Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang, kerana kami berasal dari daerah yang sama iaitu Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada Siti Aishah adalah guru saya di sekolah menengah. Saya juga menetap di Brixton, London, dimana lokasi wanita itu ditemui" kata bekas aktivis mahasiswa itu. Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC) Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Jurukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan"

Chanda 67 tahun di kerusi roda


Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aracindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai 'Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania. "Comrade Bala" juga turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura. Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970an tetapi tidak menyatakan sebabnya. Polis enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Januari  2014 tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.


Officers stand outside flats in Brixton where police are conducting house-to-house inquires (PA)
Pegawai polis sedang berkawal di rumah ketiga tiga wanita itu ditemui

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaa yang sangat trauma dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi dimana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan. Ketiga-tiga mangsa bebas daripada 'Perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati"

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


Nota Kaki : Dah macam X Files yang bukan alien pulak aku rasa. Bila baca kisah di atas teringat Novel by Ramli Awang Murshid dengan jodol AKU BERCERITA .... pasal parti yang berhaluan kiri yang bertebaran di bumi Malaysia sejak zaman perang dunia kedua. Apakah mungkin di kalangan kita terdapat orang-orang sebegini. Memang suspen giler lah. Dan tak sabar menunggu kisah selanjutnya tentang kisah Aishah ini.

Monday, November 18, 2013

LANDSKAP PILIHAN

Satu hari yang agak huru-hara ... kerana telah tersalah alamat untuk menghantar tender. Yang aku pergi hantar ke IOI Boulevard Puchong rupa-rupanyer harus dihantar ke Cyberjaya. Nasib baik lah keluar hantar awal dan ada masa untuk ke Cyberjaya. Dan nasib baik juga lah ianya satu laluan sahaja.Tak pernah sampai tempat ini. Kali pertama kesini dan ingatkan Resort. Rupa-rupanya ofis untuk Setia Haruman Sdn. Bhd. (Developer for Cyberjaya). Sangat-sangat cantik. Jatuh cinta dengan landskap dan laluan berjubin yang menghubungkan di antara jabatan ke jabatan yang lain.

Jom skodeng gambar landskap yang cantik ni ... letak sini senang sikit buat rujukan :)
















.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Buat rujukan untuk rumah sendiri yang kering jer 


Mak aku selalu bising, "Engkau ni, tanam ler pokok pokok bunga sekeliling rumah ni. Aku tengok rumah kau ni kering jer" ... mana lah anakmu ini ada masa untuk bercucuk tanaman dan bunga-bungaan mak ku yang tersayang. Daripada pokok yang ditanam tu terus kering sebab terbiar, baiklah tak payah tanam langsung. Kalau nak ikutkan Nurseri Sungai Buloh dekat sesangat dengan rumah aku. Hari-hari duk lalu depan dia, pakat jeling-jeling jer kat pokok yang indah indah itu. Huhuhuhu ... tunggulah waktu pencen sikit lagi, waktu dah banyak masa duk rumah. Boleh gak aku me'nery' idea-idea landskap kat atas tu. Hehehehe. Takat ni mampu berangan jer lah. Kerana berangan-angan bisa mencetuskan Impian. Insya ALLAH