Friday, February 25, 2011

SUMPAH SERAMMMMMM ....... grrrrrrrrr

Aku jumpa cerita nih kat Blog Serius ... yang dia jumpa dari Blog Lowyat. Aku copy and paste jer. Terima kasih lah penulis asal cerita ini. Aku tahu pasal cerita nih sejak 20 tahun yang dulu lagi. Masa adik aku study kat Uitm Shah Alam dan every week aku kena hambik dia kat Kolej Kenanga. Tapi aku tak tahu detail. Bila baca cerita ni, baru aku tahu apa sebenarnya ada kat rumah ni. Ini untuk anak-anak omak yang suka cerita hantu, macam berani ... tapi penakut Ya! Rabbi. Korang baca lah cerita nih ... agak panjang tapi berbaloi dan best sangat. Tak tipu dan aku sure ramai pun yang penah lalu dan nampak rumah ni. Especially student student ITM dan penduduk Shah Alam khususnya. Aku pun penah lalu gak depan rumah ni. So ..... layanzzzzzzzzzz .....





TRUE STORY?



Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.




Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

Thead asal LOWYAT

NURKASIH ... lagu Tema by Tizz Zaqyah




Serius cakap ... meremang bulu kat badan masa dengar suara Tizz Zaqyah nyanyi untuk pertama kali. Memang sedap suara dia. Tapi dalam lagu ni tak berapa nak kena lak bila part blend dengan suara Yassin yang lebih arabic. Dia lebih sedap kalau nyanyi solo dengan suaranya yang husky gitu ... ini pendapat aku lah. Orang lain punya pendapat sendiri. Lagi satu nak cerita nih, aku suka video clip nih, cantik sangat ... hijau jer. Sinematografi amat cantik, pandai lah kameraman dia bermain dengan alam. Tapi Sabak Bernam, lokasi filem ni diambil memang cantik dan tenang pun. Masih tak tercemar ... harap kekal begitu. Jadik kengkawan ... sesapa yang suker giler dengan cerita NurKasih ni ... sila lah jenguk di pawagam yang berhampiran anda sebab ia akan menemui anda pada 19 May 2011. Fuhhh!!! lambat lagi tu :D

p/s : PETRA Jordon ... I will come to you. Insya ALLAH, kebetulan dalam video clip kat atas ada tempat ni. Kebetulan jugak adik kesayangan aku Cik Ayang baru balik dari tempat ni. Jelez nyerrrr tengok gambo dia.

Thursday, February 24, 2011

'KOKO' UNTUK KO-KORIKULAM

Aku rasa mereka yang ada anak, tak kiralah sekolah rendah ker, menengah ker akan sibuk jugak dengan anak-anak untuk sediakan peralatan dan uniform "KOKO" kat sekolah. Bergantung pada pasukan beruniform apa yang dia orang join. Ada Kadet Polis, Putri Islam, Pandu Putri, Kadet Tentera, Pengakap dan bla bla bla. Aku pun sibuk jugak, sebab tahun ni tahun pertama Aran join pasukan beruniform. Dan Aran telah pilih untuk join Pengakap, sama macam abang Hilman dia. Biasalah adik adik ni selalu terikut dengan pilihan abang. Sebab tu orang yang lebih dewasa kena jadi baik sebagai contoh untuk yang kecik. Hari Selasa malam Rabu yang lepas aku sibuk ler duk me'round' Sg. Buloh carik Topi pengakapnyer. Jumpa topi tapi tak ada lencana, terpaksalah jugak panjat The Store nak carik lain. Nasib baik ada banyak stok. Balik umah, sibuk lak menjahit lencana kat Topi ... aku pakai mesin jer, senang beb!



Bagus gak dia masuk pengakap, sebab aku tak yah beli uniform dia. Hanya beli skarf dengan topi jer. Baju pakai abang punya ... baju abang masa Tahun 3 hari tu. Dah siap abahnyer jahit semua lencana kat baju 3 tahun yang dulu. Aku memang lemah sikit bab menjahit lencana pakai tangan nih. Nasib baik elok lagi bajunyer. Walaupun ada besar sikit kat badan Aran, biasa lah abang dia kan debab. Abang Hilman lak untuk tahun ni tak yah pakai baju seragam ni lagi, sebab dia dah boleh pakai T-Shirt pengakap dengan skarf dan topi. Selamat lagi aku, tak yah beli baju baru dan jahit lencana baru ... heheheh suker sangat sangat. Teruja sungguh Aran dapat pakai uniform ni, siap lompat-lompat gumbira dan teruja. So Aran .... selamat berKOKO ;D



p/s : Sori sayang ... sebab sudi pakai baju second hand ;D

Tuesday, February 22, 2011

TEPPANYAKI FOR BIRTHDAY BOY

AHAD, 20 Februari 2011

Baru hari ni berpeluang nak celebrate Ber-sedih-Boy (sebutan Aran untuk Birthday Boy). Semalam aku kerja, dia pulak ada kelas tambahan. Petang lak dia Tuition ... malam aku dah 'collapse' kepenatan kehulu ke hilir ... tak sempat. Sorry sayang, nasib baik dia mengerti. Bila akak akak nyer tanya aku nak celebrate makan-makan Birthday Hilman kat mana, aku jawap "Entah, tanya ler Birthday Boy". Dua orang akak dia ni tak abis-abis nak pergi makan Ayam Penyet lagi... sampai aku kata, "Kak Long, nanti kau kawin jer lah dengan Tokeh Restoran Ayam Penyet tu, hari hari pun kau leh makan Ayam Penyet", giler aaaa minah ni, asyik nak makan ayam penyet jer, aku lak rasa nak muntah bila dengar ... hehehehe.




Bukan .... bukan makan kat Library nih. Tapi betul tempat kat atas ni bukan Library, tapi tempat makan yang aku pun tak pasti ada buku ker kat dalam tu. Tak berani lah aku nak masuk tempat Elit nih, mahai for sure kan ... sekadar hambik gambar kat entrance masuk jer. Sebab cantik sangat deko deko kat luar restoran nih. Opppsss lupa nak cerita kami ker The Curve . Hilman dah pilih nak makan Teppanyaki kat satu Restoran yang dia pernah pergi dengan Best Friend dia Riduan. Mak Riduan yang bawak dia satu hari tu kat e@Curve. Tapi waktu tu dia tak makan Teppanyaki. Tak berjaya jugak pujuk rayu domba akak dia kat 'Birthday Boy' nak pergi Ayam Penyet.







Kedai biasa biasa jer. Ini first time anak-anak makan Teppanyaki. Aku dah biasa makan masa kerja dengan syarikat Jepun masa lepas Grad dulu. Pengalaman baru, seronok tengok orang memasak depan kita. Walaupun tukang masak adalah Mat Bangla dan bukan orang Jepun. Hentam lah labu ... asalkan Halal dan sodap. Aran jer minta 'Bento' yang lain makan Teppanyaki ayam dan daging. Kak Long tak selera, mungkin sebab tak biasa kut @ sebab tak dapat ayam penyet ... Iqa bolah tahan lagi sebab dia suka taugeh dan Teppanyaki ni banyak sayur taugeh. Aku dan Hilman ... licin. Hehehehe ... kami berdua ni memang suka makan. Kalau batu dengan kayu tu boleh makan, harus kita orang makan jugak kut. Siap aku dan Hilman kutip kutip lagi lauk kat pinggan Kak Long yang tak abis tu :D Sayang tak di makan, membazir tu amalan Syaitan ... hehehe





Birthday Boy nak main boling memula tu. Kita orang dah siap naik atas sekali kat e@Curve, malang nya dia orang ada Tournament. Tak ada satu pun Lane yang free, tak ada rezeki nak main, lain kali yer Man. Sebab tak dapat main boling, terus ajak ke Aked Main Game kat tingkat 3. Abis semua game dia main. Layan jer lah ... Birthday Boy kan. Kasik happy happy sikit :D


Last sekali lepak kat MPH di The Curve ... dan sebelum beredar balik sempat singgah lagi beli Ice Blend kat tempat favourite. Best in Town, dah cuba kat tempat lain, tak ada yang sesedap ini. Tapi harga dia mahal sikitlah dari tempat lain tu. Kami terpaksa balik awal sebab Tuition Hilman start pukul 5.15 petang. Kalau tidak harus sampai malam pun tak reti-reti nak balik lagi. Dan sekarang ni Iqa lak tengah menghitung hari Birthday dia 1st March ni. Dia tengah set set tempat nak makan kat mana. Berderet-deret Birthday kita orang sejak bulan January (Aran), February (Kak Long & Hilman), March (Iqa). Poning lalat mak, nasib baik 1 March tu dah dapat gaji ... hehehehe. Rezeki korang .... Syukur Alhamdullilah.

Saturday, February 19, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-12 MUHAMMAD HILMAN

SABTU, 19 Februari 2011



Hari ni anak lelaki sulung aku genap 12 tahun usianya. Dah besar anak mak, tapi tetap manja seperti dulu ... seperti waktu kecil dulu. Tak ada satu pun berubah. Banyak cakap dan banyak makan, itu lah trademark Hilman. Satu yang buat aku bangga, dia suka dengan tanggungjawab dan akan menunaikan nya walau dalam keadaan yang sukar. Dia jenis yang tak malu. Suruh lah buat apa sahaja, dia pasti akan buat yang semampunya. Sebab tu dia kesayangan cikgu disekolah kut. Dan sudah pasti kesayangan aku dan adik serta kakak di rumah.







Dia ada banyak persamaan dengan aku. Citarasa kami serupa. Perangai dan keinginan pun lebih kurang sama. Senang nak tidur, letak kepala kat bantal tak sampai seminit boleh berdengkur ... erk macam mak dia juga. Dia pun peminat Biru ... tak leh hidup kalau tak dapat makan nasi. Tak minum air berkarbornat dan gula gula berangin macam mak dia jugak. Tak minum kopi, dan sangat suka air kosong. Sangat ' adventurous', aku harapkan dia dan Aran jer lah teman aku kalau nak pergi air terjun, panjat bukit, naik basikal keliling taman. Kakak dia memang tak der lah nak temankan aku. Kami juga suka lagu yang sama. Malam tadi kita orang berdua duk menggodek nak carik lagu yang dia dan aku minat dalam kereta, sampai adik dia tertidur tak sedar diri kat seat belakang. Dia minat lagu slow rock tahun 90an ... sama macam mak dia jugak. Tapi dia lagi minat lagu omputeh ... hat ni ikut kakak kakak dia.





Yang tak sama dengan aku ... dia tak suka membaca. Suka baca komik jer. Yang tu buat aku bimbang sangat. Buku pelajaran bukan suka nak bukak kalau tak disuruh. Tapi Alhamdullilah, Tuhan anugerah kan otak yang baik untuk dia. Dia cepat tangkap dan hafal, sekali dengar jer dia boleh ingat. Sebab tu aku selalu suruh dia jadi Co-Pilot aku kalau pergi mana-mana. Dia suka baca peta dan hafal jalan walau sekali lalu jer. Mamat ni giler main internet. Gila main Habbo Hotel dengan Dead Frontier. Siap carik kod-kod permainan tu lagi. Budak lelaki semua gitu kut. Sanggup bangun pukul 12 malam sebab nak main internet tanpa diganggu. Sampai kena marah dengan aku.



Hilman memang 'SPECIAL' untuk mak ... sentiasa istimewa. Anak yang mendengar kata, tak pernah melawan kata-kata mak dan senang nak jaga. Sejak dari keluar perut sampai lah hari ini. Pandai bawak diri. Dan jarang sakit dan demam. Harapnya berkekalan lah hendaknya. Selalu banggakan mak, bila dapat jadi wakil sekolah untuk pelbagai event dan yang paling membanggakan dan mak kira hadiah yang paling besar untuk mak setakat ini bila Hilman berjaya dilantik jadi Ketua Pengawas di sekolah.




Semoga anakku ... Muhammad Hilman Bin Hashim menjadi anak yang soleh dan berjasa pada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Berjaya mendapat 5A dalam UPSR akhir tahun ni. Dan masuk sekolah yang Man idam-idamkan. Semoga sayang mak sentiasa didalam Rahmat, Perlindungan dan Kasih Sayang NYA selalu. Sentiasa berada di landasan ALLAH yang betul, tidak tersasar dan alpa dengan mainan duniawi. Mak sayang Man sangat sangat.

p/s : Malam tadi dia suruh aku cium dan wish dia bila tepat pukul 12.oo malam. Terpaksalah aku yang kuat tido ni bersengkang mata. Demi anak mak ... apa saja sayang :)

Friday, February 18, 2011

DAPAT JUGA AKHIRNYA ...



Dah lama aku carik benda ni, baru sekarang dapat. Carik kat kedai lampu tak ada. Puas melilau ke merata tempat aku carik. Semua kedai buku dan kedai lampu kat Sg. Buloh aku carik. Masih gak tak jumpa ... sehingga aku ke MPH Bookstore. Ha! melambak ada ghupernyer, macam-macam jenis ada. Yang beso, yang kecik yang panjang yang berat yang bulat.



Yang ini pilihan aku ... semestinyer biru, feberet kaler aku. Tak der benda pun sebenonyer. Yang ni lampu untuk digunakan bagi membaca buku diwaktu tak cukup cahaya. Salah satu ke'obses'an aku adalah membaca. Tak kira kat mana pun aku suka sangat membaca. Paling teruk ... aku boleh membaca masa drive waktu tengah tunggu traffic light atau Jam yang jalan macam siput. Aku tak suka menunggu, so 'to kill time' aku akan membaca ... biasanyer novel, yang semestinya ada stok baru sentiasa. Sebab aku akan gelisah kalau tak ada novel baru :D Jadinyer bila drive balik kerja memalam, aku selalu tak dapat membaca, kengkadang terpaksa bukak lampu kecik dalam kereta. Yang tak bagusnyer membaca dalam kereta nih, bila aku tak sedar lampu dah hijau, sampai kena tin tin pon pon. Jangan ler ikut perangai aku. Bior ler aku sorang jer yang buat kerja giler ni.

Sekarang ianya tidak menjadi masalah lagi. Dimana-mana pun aku boleh membaca. Dalam keadaan apa pun aku boleh membaca. Alhamdullilah, settle masalah. Orang pun tak terganggu kalau aku nak membaca sebelum tidur, tak yah bukak lampu beso yang menyilaukan.

Thursday, February 17, 2011

JALAN JALAN DAN MAKAN MAKAN

SELASA, 15 Februari 2011

Hari ini cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Aku dah janji dengan Kak Long ... dia ajak pergi shopping since Ahad lepas lagi, tapi aku malas nak keluar sebab nak kemas rumah. Janji kenalah dikotakan, walaupun dengan anak sendiri. Jadi hari ni mak kotakan janji yer anakku. Kami tiba awal di Sungai Wang Plaza Bukit Bintang, seawal pukul 11.30 pagi. Awal ker tu, boleh ler consider awal kan sebab banyak lagi parking yang kosong. Canggih sekarang parking kat Sungai Wang, siap ada lampu-lampu merah/hijau, tanda ada kereta ker tak ada. Sama macam kat parking Sunway Pyramid. Tapi tetap lah panas parking kat sini. Macam duk dalam oven ...



Lama sungguh tak sampai ke sini. Kalau sebab Kak Long tak ajak, memang tak sampai pun. Malas nak tempoh jem dan orang yang sesak kat sini. Tapi kalau keluar awal pagi tak per lagi. Masa anak dara dulu, ini salah satu tempat favourite aku, datang sensorang pun dah biasa sangat. Berani semacam jer dulu aku ... hish. Anak pompuan aku tu memang Shopaholic. Pantang ada duit dalam tangan, memang menggatal jer lah nak carik baju. Aku tak berani laa nak lepaskan anak dara aku tu shopping sensorang kat tempat yang tak biasa datang macam ni. Takat kat OU dengan kawan-kawan tu tak per lagi. Aku masuk semua kedai yang ada kat situ ... hambik kau, nak sangat kan. Sampai lastly aku lak yang lenguh melayan... mana lagi penat duk dengar pot pet pot pet mulut Hilman buat ulasan selari yang tak berhenti-henti mengadu lapar. Siap dia keluar statement "Mak! kalau Hilman tak makan 5 minit lagi Hilman boleh pengsan kat sini" ... hehehehe melampau sungguh mamat ni. Dia memang ler kuat makan. Baru keluar rumah tak sampai 5 minit dah merengek lapar dan dahaga. Sebelum pergi makan sempat lah Kak Long rembat Jeans dengan tudung.







Kami singgah makan di Nasi Ayam Bukit Bintang. Lokasi kat hujung BB Plaza. Memang dah lama berhajat nak bawak anak-anak kesini, sebelumnya selalu dengar kawan-kawan opis kata Nasi Ayam kat sini best. Sebab kita orang ni asyik jer lah makan kat Chicken Rice Shop, tukar tukar lah selera sikit. Boleh tahan lah sedapnyer, yang bestnyer ayam sepinggan untuk sorang. Tak yah share-share. Puas makan, sampai Aran tak abis makan ayam sepinggan tu. Nanti nak datang lagi lah sini. Sapa nak ikut angkat tangan ... hehehehe




ABC tu pencuci mulut kita orang. Tapi belinyer satu jer, share ramai-ramai ... hehehe, bukan apa takut tak abis kalau order banyak. Memang pun, lastly mak dia jugak kasik abis, sebab anak-anak ni tak suka makan seradak ABC yang ada kacang merah, cincau dan segala jelly pelbagai warna. Dia orang makan air batu dengan ais krim tu jer. Tapi syiok ooo makan share share ni, rasa rapat jer ikatan kasih sayang. Tolong suap menyuap lagi antara satu sama lain, sebab sudu tak cukup ... hehehehe


Lepas makan Aran sempat ajak singgah kedai AL-Ikhsan. Dia nak carik bola. Ikut suka lah sayang mak ... Tapi jalan-jalan kami tak setakat ni jer. Kak Long tak puas ati, dia nak gak pergi One Utama. Mak ikutkan jugak lah. Sekali jalan, kasik puas ati. Lagi pun mak ni memang suka jalan-jalan nih ;D cuma kederat tak cukup kuat macam dulu jer. Tapi kita kena carik masjid untuk solat zuhur dulu. Tak lalu ler mak nak solat kat Bukit Bintang yang sempit nih.


Masa nak balik dari BB jumpa ler tanglung tanglung cantik kat depan Cycle & Carriage. Sempat lagi tu hambik gambor. Kami singgah Masjid Bukit Aman jer, on the way to One Utama Damansara. Suka masjid ni sebab tempat nak ambik wudhuk dan tempat solat tak jauh sangat. Lagi tak sesak dan tempat parking dekat jer dengan masjid. Tak yah menapak jauh-jauh.

Lastly sampai gak OU ... aku kalau ke sini mesti parking kat One World Hotel. Sebab aku malas nak buang masa melilau pusing-pusing carik parking. Kalau kat One World parking berlambak, cuma kena masuk lobi hotel dulu sebelum nak ke OU. Tapi tak ler jauh sangat, sebab dia dekat dengan OU Old Wing nak ke New Wing jer. Bayar parking pun standard jer, kalau hari minggu atau public holiday, tetaplah sehinggit jer. Budak lelaki dah malas nak keluar masuk kedai carik baju melayan nafsu serakah kakak dia dua orang ni, awal-awal lagi dah larik pergi CC dekat GSC ... okay lah satu jam pakai internet RM4 hengget jer. Aku memula tu layankan lah jugak budak pompuan ni masuk Forever 21, Cotton-On ... bla bla bla. Lastly aku pun surrender ... terus join carik budak lelaki kat CC. Dengan aku-aku sekali main internet ... hehehehe.


Kak Long sempat beli hadiah Doodolls di Memory Lane dengan baju kat Dorothy Perkins. Iqa lak beli topi di FOS. Aran dengan Hilman share beli 'Pen Karen' nak kenakan orang kat kedai trick depan FOS. Kami akhiri ronda-ronda hari ini di Kebab King ... dah lapo balik anak-anak aku nih. Duk Kebab King beli kebab nyer 2 jer, lepas tu pergi beli ayam goreng kedai sebelah ... pun makan kat Kebab King buat muka tak bersalah dengan selamba jer kita orang nih. Hehehehe. Lantak lah, bukan tak beli apa-apa kan ada gak beli kebab dengan mineral water. Sampai rumah pukul 7 pm dengan senang ati sebab anak-anak dah dapat barang yang dihajati, perut pun dah kenyang. Sekian, terima kasih ... Eh! laporan apakah ini ???

p/s: Zia ... Tolong!!! anak anak pompuan aku dah ikut jejak langkah kau. Hukhukhuk. Masa acik serupa umur dia orang, acik tak kenal pun Forever 21, Dorothy Perkins, Top Shop, Zara, Roxy ... ikut perangai sapa lah ni. Acik shopping kat Petaling Street jer dulu ...

Monday, February 14, 2011

ANTARA MAKHLUK TUHAN YANG PALING COMEL

AHAD, 13 Februari 2011

Pagi tadi lepas hantar Iqa dan kawannya Fatin ke Perfection Kepong singgah makan nasi lemak di Desa Jaya. Singgah jugak basuk kereta dan beli nasi kerabu untuk orang kat rumah. Bukan tu sebenonyer nak cerita, kat atas ni selingan jer. Yang nak cerita nih ... jeng jeng jeng. Masa balik dari selingan kat atas tu, sebelum masuk pintu dapur rumah aku ... terjumpa lah benda ni. Terus mencecit aku larik masuk rumah. Iyer ! diusia 42 tahun ini larian aku masih pantas yer tuan puan :) Kak Long ingat aku sakit perut nak carik toilet. Walhal! aku berlari nak carik kamera. Sayangnya kalau tak ambik gambar Mahkluk Comel nih. Gambar apa??? Saksikanlah ... (tolong bunyi dengan nada dangdut yer) ... hikhikhik


Ek! Eleh .... apa lah sangat serangga yang macam lipas ni.
Tapi tunggu dulu, aku tengok dengan mata hati bukan sekali imbas jer makhluk Allah ni.
Check It Out !!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dah lama tak buat dot dot dot nih :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


SubhanAllah ... Weih! korang nampak tak apa yang aku nampak. Comel kan comel kan ... Sungguh! aku tak lukis pun kat serangga nih. Ini semua ciptaan Allah yang Maha Esa. Serangga ni tak ubah macam pakai Tuksedo siap ada Bow merah lagi. Lepas tu mata dia bundar dan dia sedang tersenyum. Aku rasa aku antara manusia paling bertuah sebab jumpa serangga nih, selain dari orang kat Sarawak tu yang jumpa Rama-rama beso macam Ular kepala Dua. Tapi yang ni lebih best, sebab tak menakutkan dan buat hati aku ceria bila tengok dia tersenyum ... hehehehe. Lebih lebih lak aku ni kan, entah-entah orang lain dah biasa jumpa serangga gini. Lantak ler, yang aku tahu aku baru jumpa :D Kalau ini lah cara serangga ni buat penyamaran untuk menakutkan makhluk lain, sumpak aku tak takut pun sebab dia sangat cute ...

Eh! tetiba aku teringat lak lagu nih .... lagu feberet aku nih masa berambut rock serupa opsss hampir serupa Joey BPR masa study kat ITM dulu ... hahahaha... sungguh nostalgia.



Saturday, February 12, 2011

Ayam Penyet

JUMAAT, 11 Februari 2011

Eh! baru perasan Birthday Kak Long tahun ni nombor dia cantik 110211 :) Hari ni lepas balik kerja kami ke Kota Damansara. Apa lagi pi serang Restoran Ayam Penyet Ajo Lali. Ni ler restoran feberet anak anak aku. Dah penat dah telinga aku hari hari dengar rayuan domba anak-anak kat Caller Ring-Tone Handset aku. Korang tahu sejak aku dapat phone baru, adaler satu hari tu masa jenjalan dalam keta, dia orang nak makan ayam penyet tapi aku tak moh bawak. Datang idea giler Iqa ... "Weih! jom kita rekod kat phone mak nak, nanti biar hari-hari mak dengar suara kita mintak nak pergi makan kat Ayam Penyet". Maka terjeritlah mereka secara duet kat dalam kereta tu "MAK!!! NAK AYAM PENYET!!!". Iqa jadikan jeritan tu sebagai Caller Ring Tone phone aku, dia kata "Selagi mak tak belanja kita ayam penyet, jangan tukar bunyi caller ringtone tu". Okay ler, aku tak kisah. Yang aku kisah tu, adalah satu hari tu aku pergi kaunter CIDB ... punyaler ramai orang beratur sebelah menyebelah aku tetiba terdengar jeritan "Mak! Nak ayam penyet!!!" Aduh, mengelabah giler aku sebab nak mengorek phone dari beg dan tutup bunyik tu. Malu pun iyer gak ... hehehehe

So mak dah belanja makan ayam penyet yer anak-anak ku, opppssssss... sori bukan mak, abah yang belanja sepatutnyer mak yang belanja. Terima kasih yer abah ;) Saksikan lah aksi-aksi terlampau kami makan ayam penyet sempena Birthday Kak Long tahun ini ;)