Wednesday, July 24, 2013

OUR NEW FAMILY MEMBER : BARNEY THE CAT

Tanggal 25 Disember 2012, kami sekeluarga sah menjadi pemilik seekor kucing bewarna putih dan bertanda hitam di dahi (macam Harry Potter lak). Terima kasih pada Tajul Azlan (Yan) dan Zia sebab sudi memberi kami kucing ini. Seawal Ogos 2012 kami ternanti nanti kehadiran kucing ni, tapi masa tu dia kecik sangat lagi, tak abih menyusu mak dia lagik. Bila dah besar sikit, dah boleh makan dan berdikari barulah Yan dan Zia lepaskan kucing comel ni pada kami sekeluarga. 

Aku memang suka kucing, cuma aku kengkadang alergik dengan bulu sebab senang jer dapat selsema, dan lagi satu aku tak tahan kalau kucing aku mati. Mahu 3 hari 3 malam aku menangis kot. Masa kecik kecik dulu, Mak Tok (Mak aku) memang minat sangat kat kucing, ada lah 2-3 ekor dia bela, dan tiap kali kucing tu mati, aku akan menangis macam orang gila. Tu yang tak tahan tu. Tapi kali ni, kehendak anak-anak tak dapat aku tolak, seawal tahun 2012 dia orang merengek-rengek nak bela kucing. Aku tahan jer letak shield kat telinga buat tak reti, beberapa bulan jugak lah kalis telinga aku dengar rengekan dia orang ni. Sehingga satu hari pergi rumah Zia dan Yan hantar kek ... tengok anak-anak kucing comel belaan dia orang. Memang tak leh tahan, lagi pulak Yan offer seekor anak kucing betina, kasi kita orang bela. Suka giler anak-anak macam nak melompat. Okay ... mak surrender. Kita kena prepare diri dan rumah sebelum kucing tiba.



Muka kucing yang cuak ... ditangan tuan dia. 

Macam tahu jer kan dia nak kena tinggal oleh tuan dia. Dua tiga hari sebelum dia tiba, Zia dah inform masa gathering nak bawak sekali kucing. Kami dah siap-siap pergi shopping kat Pet Lovers (Ikano, tingkat 3 sebelah Popular Book Store) beli sangkar dan apa-apa yang patut. Excited giler, biar pun kucing tak datang lagik.  Lepas kucing selamat dihantar oleh tuannya,Zia bercerita, selepas balik dari rumah Acik lepas hantar kucing, anak-anak dia monyok jer teringatkan kucing. Si Faisal (No. 3) siap nangis-nangis lagi. Alahai, terasa bersalah pulak. Tak per yer korang, kat rumah banyak kucing lagi kan. Anyway, terima kasih lah pada Yan dan Zia keluarga sebab memberi kepercayaan pada kami membela kucing ini. Dan Acik berjanji akan jaga macam anak sendiri (sambil angkat sebelah tangan kanan) "Awak saya berjanji dengan sebelah tangan saya ni (sambil tunjuk tunjuk tapak tangan) awak nampak tak ni, nampak kan, bahawa saya akan menjaga kucing ini dengan sepenuh hati saya, jiwa dan raga saya" ... hahahaha macam dialog cinta seminggu pulak dah.



Kad klinik 'Barney' ... macam baby baby punya kad klinik
Jangan main main - lagi lawa dari kad klinik Kak Long dan Iqa


Nak jugak lah satu malam tu kami berkumpul sambil mencari-cari nama apa nak kasik kat kucing ni. Iqa siap google bagai nama kucing betina. Dah gaduh gaduh pulak. Kak Long nak letak nama 'W', Angah nak nama 'X'. Hilman nak nama 'Y' Aran nak nama 'Z' .... mak tukang jadi Hakim jer. Lastly lepas sepakat, kami pun bersetuju lah letak nama kucing tu 'BARNEY'. Hamboi bukan main lagi nama omputeh jadi pilihan. Ada orang persoalkan kenapa tak letak nama melayu, comel ker, putih ker. Anak anak kata dah 'cliche' ... pandai ler korang.



Isi dalam Kad Klinik - tarikh cucuk vaksin

Kami terjumpa klinik ni masa pusing-pusing Bukit Rahman Putra Sg. Buloh. Mak Tok kata jangan pergi klinik XYZ tak elok.  Ada satu klinik yang Mak Tok suggest tu jauh lah pulak kat Taman Tun 2, Shah Alam. Klinik tu pulak tutup dan buka ikut office hour. Tu yang terpaksa carik klinik alternative. Tak sangka jumpa klinik BRP Animal Clinic & Surgery. Cantik dan bersih, Veterinary dia pun peramah dan baik. Alhamdullilah. Dekat pun dekat dengan rumah jer.




Gambar Barney di ambil waktu baru lepas mandi

Masa mula-mula nak mandi kan dia, kita orang suruh orang klinik mandikan. Sebab kita orang memang tak reti nak mandi kan kucing. Mak Tok kata, jangan mandikan kepala dia. So kita orang ikut sekali masa Vet tu masuk bilik mandi. Hehehehe .... then masa first time mandi kan dia, punyalah kuat dia men'giow'. Masa memula tu aku sorang mandikan dia. Ada masa tu, aku tak ada kat rumah ... anak anak aku keempat-empat nyer masuk bilik air nak mandikan Barney. Sorang pegang paip air panas, sorang tukang sabun, lagi 2 orang jadi pemerhati PBB. Hahahaha .... lawak ler pulak. Paling susah nak kasik keringkan bulu dia. Bulu dia dalam kategori panjang, jadi nyer aku kena guna 2 helai towel dan satu hair dryer. Dia paling tak suka ... selalu terlepas dari pegangan, jenuh kita orang semua nak kejar tangkap balik ... berlari-lari satu rumah. Bila kenangkan memang kelakar. Nampak mudah ... tapi susah sebenonyer nak tangkap dia. Dalam bilik air dia tak lari sebab dah tutup pintu, tapi nak memanjat semua yang ada.



Bermuka monyok ... mana tak nyer asik kena uli lepas sorang sorang dengan kita orang


Cara lepak favourite Barney

Memula heran gak, kenapa lah kucing aku ni tak bersopan langsung, selalu nampak kucing bersimpuh jer kan. Tapi kucing aku ni kalau melepak suka bebeno terkangkang kaki dan tangan. Than masa berchit chat dengan kawan ITMCT dia Whatsapp, baru ler tahu, ghuper-ghupernyer kucing kalau bulu dia panjang dia memang suka duk gini. Sebab dia panas, nak kasik cool badan. Gitu ler ceritanyer.




Kengkadang kalau berjalan-jalan saja yang jenis tak keluar kereta, contohnyer hantar Aran pergi latihan tenis, atau jemput Iqa kat KL Sentral balik dari JB kami suka bawak Barney naik kereta. Dan dia sangat suka naik kereta. Tak payah suruh kengkadang, nampak jer pintu kereta terbuka, dia mesti lompat masuk, eventhough kami tak pergi mana-mana pun sebenonyer. Ini lagi satu, dia suka masuk keta sebab ada aircond. Jadi dia rasa selesa. Masuk keta jer mesti tido, macam baby dan kanak-kanak pulak, masuk keta mesti tido.




Tengah tido atas pangkuan masa tunggu Iqa kat KL Sentral.
Syok jer dia duk antara perut aku dan stereng... hehehehe



Paling suka duk kat sini, kalau dia tak tido dalam kereta
Mungkin luas pemandangan kut dalam perjalanan

Ada kucing kat rumah memang best giler ... macam ada baby kat rumah. Kalau balik tension dan stress kat tempat kerja, balik tengok kucing rasa feeling best jer. Apalagi Barney dah anak sekarang, kami sekeluarga boleh leka tengok gelagat kucing mengalahkan tengok TV. Hehehehe ... Tapi yang tak best nyer, biasalah kan, anak-anak sibuk nak membela tapi bila sampai kat 'Dirty Job' mak jugak lah yang kena. Huhuhuhu... tak per lah anak-anak ku, asalkan korang bahagia :)

p/s : nanti cerita pasal anak anak Barney lenkali ek

Tuesday, July 23, 2013

22 JULAI 2013

Assalamualaikum,

Sangat-sangat lama meninggalkan ruang ini. Adakala nyer menjenguk jugak. Rindu ... pasti. Cerita nak tulis sangat banyak, sampai tak tertulis, sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dan lastly terus tak tercerita. Hahahahaha beri lah beribu alasan tapi main point nyer adalah PENULIS BLOG SANGAT MALAS. @ sumpah aku tak punya banyak masa

Banyak nyer nak cerita ... tentang aktiviti Kak Long masa tunggu result SPM, tentang Kak Long dapat result SPM, tentang Kak Long pergi PLKN, tentang Kak Long (lagi ... hahahaha macam aku tak ada anak lain) sambung study. Tentang hantar Iqa ke MRSM JB ... tentang dipaksa IQA (sumpah mak rela sebenonyer) melawat dia selalu, tentang IQA yang nak ambik SPM tahun ini. Okay now we go to Hilman pulak, tentang Hilman yang makin hensem (Hahahahahaha, boleh gitu ... kau jangan kembang Man, nanti meletup letup jerawat kat muka), tentang Hilman berjaya dapat jawatan Ketua Pengawas Sessi Petang. Dan cerita tentang Farhan yang sibuk dengan Tournament Tenis di sana sini, seminggu berkampung di UPM untuk mewakil Gombak bagi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor, tentang Aran yang dah makin berisi sebab selalu bersukan, tentang Aran yang bermalam di Sek Men Sains Kuala Selangor untuk acara Catur antara sekolah sekolah di Malaysia (peserta sejauh datang dari Lahad Datu Sabah) .  Hei! tanpa sedar aku dah cerita kat sini semuanyer. Tak yah cerita lagik. Hahahahaha.

Ada lagik ... tentang our new family member iaitu 'Barney the Cat' featuring with 'The Kitten'. Dan tentang reward yang company kasik sebab dah kerja 20 tahun di sini. Alhamdullilah. Nanti kita cerita lagik yer ;)

Jom layan gambor

Hadiah Birthday Kak Long



'Barney the cat' - baru lepas 'Graduation'



Persiapan Barang Kak Long masa nak bertolak ke PLKN Gambang



Sebulan lepas Kak Long di Gambang, buat lawatan rindu-rinduan
Baru sebulan dah gelap muka kau Kak Long, biar pun pakai Sunblock mahal



Anak lelaki aku bergambar dengan tema ' Mari Berkasih Sayang Sesama Kita'  hahahaha






Pondok Pelawat, Astaka dan Padang Kawad di PLKN Gambang





Tiap kali hantar atau jemput Iqa balik, tak sah kalau tak singgah JPO
Buat lawatan antara tingkap ke tingkap
Bukan membeli sangat pun, sesaja membuang masa dan tenaga huhuhu






Ini bukan kat Arena Bowling atau Shopping Centre
Ini adalah Hotel Le Grandeur kat Senai, kami bermalam satu malam di sini
Transit sebelum hantar Iqa, sebab dia kena daftar sebelum pukul 10 cam gitu
Anak anak sangat suka duk sini, sebab ada macam-macam aktiviti



Dan setiap kali menjenguk Iqa di MRSM Johor Bahru, tak sah kalau tak singgah TESCO
beli stationary dan jajan dengan jumlah macam orang nak berniaga.
Yang budak lelaki sorang tu pun ikut beli sekali, kat KL tak ada jual macam ni kan Man



Hari mendaftar Iqa kat dewan sekolah. Mak bapak yang hadir jadi pemerhati
Anak anak sila buat sendiri




Hari mengundi ; menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia




Sijil Pencapaian : Farhan untuk Naib Johan Individu dan Bergu bagi Kejohanan Tenis MSSD




Tengah melepak di KLIA sambil menunggu flight Tok Abah, Mak Tok dan Mak Su ke Paris & London

p/s : Insya ALLAH kalau berkesempatan aku akan cerita detail lagi yer ;)