Monday, February 27, 2012

MAT'AM IKHWAN

Kita orang kat opis dah ada 'port' baru untuk makan tengahari sekarang ni. Sebelum ni kalau nak lunch cukuplah terseksa ...... ada tak ada pun kedai mamak kat seberang jalan depan opis yang jadi pujaan. Nak tak nak pun masa lunch kena men'drive' kan diri ke Taman SPPK Segambut, sebab kat situ jer berderet warung yang boleh tahan sedap dan murah. Standard aku takat makan kat warung atau restoran murah jer lah, sebab rasa bersalah kalau makan kat restoran mewah, jap lagi teringatlah kat anak anak. Anak-anak aku makan apa lah waktu aku tengah sedap makan di restoran mewah. Tapi kalau orang belanja aku on jer . Hehehehe ... lepas tu try jugak sebolehnyer bawak anak-anak di kemudian hari.




Sejak kedai makan di bukak dalam 2 minggu ni, baru 3 kali jer aku pergi. Itu pun aku tak penah keluar belanja ... hehehe. Semua orang belanja. Nampak sangat aku ni suka bebeno makan free ... Ngeeeeeee. Tak dapat nak bayangkan masa memula bebudak opis kata best makan kat sini. Sebab aku membayangkan macam kedai makan mamak jer. Tapi bayangan aku tak leh pakai langsung. Totally out. 






Masa memula masuk tu ... nak tahu apa tindakbalas luar kawal aku buat. WAH!!! ... cantik nyer kedai makan nih. Macam ala-ala hotel gitu.  Bersih bukan main lagi. Ada poster-poster beso macam ala-ala kat Secret Recipe tu. Dan orang penanggah penanggah yang ada tersangatlah berbudi bahasa dan mesra alam. Patutlah bebudak opis pakat makan ramai-ramai kat sini. Dengar kata harga yang dikenakan pun tak mahal. Aku tak berani komen lagi pasal harga, sebab semedang jer orang belanja ... hikhikhik. Tapi kalau 3 orang makan pun baru tujuh hengget lebih kurang gitu, tak ker murah.



Sangat suka dengan 'Tagline' kedai ni  HATI YANG BERSIH DITEMPA DARI MAKANAN YANG BERSIH ... aku nak tambah boleh :) dan dari rezeki yang halal. Barulah berkat kehidupan. AMIN. Selalu kalau pergi kedai makan pun kan, kita dihidang dengan pinggan mellamine dan gelas plastik. Tapi tidak kat sini. Dia punyer pinggan makan adalah kaca standard hotel. Sama lah jugak dengan minuman yang dihidang dengan gelas kaca gitu. Sangat-sangat puashati. Bab makanan pun sedap, macam masakan kat rumah. Eh! aku ni promo lebih-lebih lak. Kalau ler tuan kedai ni baca, agak-agak ada tak dia nak kasik aku makan percuma selama seminggu. Hahahaha.... dan harap ianya berkekalan ler, jangan lah waktu baru bukak jer Tip Top kan. Semoga berkekalan prestasi yang baik ni.



Last sekali barulah nak tayang muka penaja yang baik ati. Terima kasih Tuan Haji Mokhtar, kerana tak penah lah penat nak belanja saya ni hah. Juga kepada Ayang Sepiah, sebab belanja makan last week, my turn akan menyusul. Korang jangan pandai-pandai sibuk nak bayo kan lepas ni yer. Especially Tuan Haji yang selalu buat muka tak puas ati kalau orang nak belanja dia. Sekian, cerita makan makan untuk hari ini. Aku posa untuk satu minggu ni, sempena kejayaan IQA masa PMR hari tu. Harap aku dapat abiskan direct tanpa tinggal sehari pun. AMIN :)


Friday, February 24, 2012

SELINGAN ...


Sangat sangat benar :)

Wednesday, February 22, 2012

TOY MUSEUM, PULAU PINANG

Okay, hari ni mari kita kembali ke Pulau Pinang semula, menghabiskan report tentang perjalanan yang belum selesai. Sehabisnyer kami melawat War Museum , dengan hanya berpandukan GPS free ... maka perjalanan ke Tanjung Bungah pun bermula. Dari ceruk Selatan Pulau nak ke Utara Pulau (iyer ker utara ... heheheh ... hentam jer lah labu). Jalan kat Pulau Pinang sama jer lah sesak nyer dengan Kuala Lumpur. Panas tok sah ceritalah, maklumlah pulau kan.

Satu masalah ke Tor Museum ni, bila dah sampai nak carik parking. Melilau gak lah kita orang, lastly parking kat seberang jalan je. Ada medan selera dan lot kedai kat situ. Tok Abah dan Mak Tok awal-awal dah surender tak moh masuk. Iyalah pulak, Muzium Mainan, apa ke he dia orang nak tengok kat dalam ni kan. Lagi best dia orang layan perut kat Medan Selera tu. Maka berbondonglah aku sebagai ketua rombongan membawa anak-anak sekolahan seberang jalan menuju ke destinasi.


Penang Toy Museum

Gambar kat atas ni aku cilok dari blog orang ... terima kasih lah travelingape.com. Credit to you :) Gini lah lebih kurang pintu masuk ke Toy Museum tu ... ada Tennage Mutant Ninja Turtle tengah tunggu mangsa kat depan tuh ...  Kena beli tiket nak masuk sini. Orang dewasa 20 hengget dan kanak-kanak 10 hengget. Tapi kalau korang rakyat Malaysia dan bukan pendatang haram dan warga asing makan harga tiket dia orang kasik diskaun ke 10 hengget dewasa dan 6 hengget kanak-kanak.


Muka sememeh dan kelaparan kami. Suker bebudak ni masuk sini. Tapi taklah sesuka melasak seperti Muzium Perang tu. Segala jenis karakter kartun semua ada kat sini. Puas ler kita orang ambik gambar miniature yang ada dalam ni. Terbayang jugak, macam mana ler memalam kan, agaknyer ada tak benda benda ni hidup ... dah membayangkan macam cerita 'Night At The Museum' lah pulak. Mari kengkawan layan gambo :) 
















Gitu lah serba sedikit nyer gambar yang ada. Ada banyak lagi sebenarnyer, kang letak lebih lebih ada lak yang muntah darah. Hehehehe ..... tak lah lama sangat duk dalam ni. Aku rasa pihak pengurusan Muzium ni kena kasik perbesarkan ruang dalaman ni. Dia orang ada banyak sangat untuk dipamerkan, tapi ruangnyer adalah sangat sempit. Serasa aku lah dulu tempat ni parking kereta Hotel yang ada kat belah belakang ni, sebab dolu dolu aku penah tinggal kat Hotel ni. Masa tu anak baru 2 orang. Mungkin ada perancangan kut,  sama-sama lah kita nantikan yer.

Apa lagi lepas Toy Museum ... makan ler. Perut dah melalak dengan irama rock kapak. Berlari-lari kami menuju medan selera. Sesampai jer, tengok Tok Abah dengan Mak Tok tengah best duk gebang dengan tokeh warung. Macam jumpa kawan lama jer, walhal baru je kenal. Dia orang dah abih makan pun. Kami ni yang duk kelaparan ... nak cepat semua order nasik ayam jer. Tak tahan nak tunggu lama ... hehehe

Muka kesukaan sebab nak dapat makan


Hehehe ... ayam tak sempat nak snap gambar
Nampak ayam jer, terus campak kamera
Serbu nasik ayam dulu

Bukan main beso lagi gambar air bandung Iqa nih
Maklumlah waktu ni tengah dahaga giler
jadiknyer air ni pun nampak menarik sesangat ... hehehe

Tuesday, February 21, 2012

PEMANDANGAN CANTIK DARI BAKUN

 Disebabkan tuan punyer Blog sangat buzy, tapi gatal gak nak 'up-date' walaupun sebenornya tak ada masa. Moh ler kiter layan gambar jer lah. Pemandangan dari Empangan Bakun di Sarawak, yang bukan semua orang boleh nengok benda ni secara dekat. Kiranyer eksklusif lah kan ... hahahahaha. Eksklusif lah sangat, macam aku yang ambik gambor ni dan duduk kat tepi ampangan ni. Tapi eksklusif lah sebab MMS secara live ni aku terima dari Bakun. Jom layannnnnnnnnnnnn ......................... 









Cantik kan ... boleh lah kalau nak buat wall paper dengan iringan nama 'watermark' blog aku kat Wall Paper tuh. Muahahaha ... macam ada orang heran kan :)

Monday, February 20, 2012

HAPPY 13TH BIRTHDAY HILMAN

AHAD, 19 Februari 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk anak ku Muhammad Hilman Bin Hashim. Semoga sentiasa didalam Rahmat, Perlindungan dan Kasih Sayang NYA dan keluarga selalu. Menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Menjadi anak lelaki sulung yang ambil berat terhadap emak dan adik beradik yang lain.

Berat tanggungjawab tu kan Man ... tapi mak tahu Hilman boleh punyer. Walaupun sekarang ni macam pahat lagi, duk nak kena ketuk dulu baru nak bergerak. Hehehe. Itulah masalahnyer, bila mak berikan harapan yang terlalu tinggi untuk anak lelaki sulung dia. Dah besar panjang anak mak. Dari debab dan tembab dulu nyer, dah jadik tinggi dan kurus. Dulu dulu mak selalu jer pandang rendah kat Man, sekarang ni mak terpaksa pandang tinggi ... maklumlah Hilman lagi tinggi dari mak. Sekejap jer tuh. Awal tahun lepas mak rasa mak lagi tinggi dari Man, tetiba awal tahun ni dah lagi tinggi dari Mak. Bukan jer lagi tinggi dari mak, tapi lagi tinggi dari Kak Long dan Iqa. Tinggal Aran jer yang lagi rendah dari mak.

Tak ada lagi dah budak tembam yang sedap dipeluk tu. Huwa !!!! Dulu mak selalu cakap kat Man, jangan lah kau kurus Man, kekalkan lah ketembaman kau ni, sebab mak suka polok polok kau. Kau kan gebu ... hehehe. Tapi yer lah pulak, tak kan nak debab sampai beso kan. Dah beso ni tambah encem pulak mak rasa ... hahahaha. Sapa lagi nak puji anak sendiri kan kalau tak mak dia ;)

Mari kita sama-sama saksikan transformasi budak gemuk ni dah menjadi slim dan kurus tanpa menggunakan apa-apa alat dan apa apa makanan diet ... hehehe.


2006



2006


2006 lagi ... sebab terbukti memang tembam dan debab


2007 - masih tembam

2008 - bukan sekadar tembam, perut pun naik hehehe ...



 2009 - muka sama beso dengan kaktus ka belakang tu ... hahaha


2009 December - Masih lah kembang semangkuk :)



2010



 2010 December - dah mula nak mengecut



2011 Januari - dah nampak nak susut

  
2011 Februari - memang dah nampak nak kurus



2011 Julai - dah makin meninggi



2011 Disember - Dah remaja anak mak ... slim dan tinggi


18 Februari 2012 - menjelang 13 tahun ... belanja makan satay jer
Itu pun Maktok yang belanja sempena birthday Kak Long minggu lepas dan Hilman.


Hilman ...
Tak akan kurang kasih sayang mak
Walaupun Man tak setembam dan debab dahulu
Hilman tetap anak mak yang paling comel 
Mak tetap akan memeluk erat Man
Walaupun Man dah hilang gebu 
Kita sendiri tahu kita ada banyak persamaan
Kita sering memikirkan dan merasakan perkara yang sama
Mungkin sebab muka kita paling seiras 
Semoga Hilman berjaya di dunia dan akhirat
Dan kekal Sopan dan Sabar
Sebagaimana maksud nama Hilman itu.
Mak Sayang Man sangat-sangat ....

Thursday, February 16, 2012

I AM TOUCHED

Dengan iklan ini 
.
.
.
.
.


Saturday, February 11, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN SI MANIS 17

Sabtu, 11 February 2012


Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 17 anakku ... Nur Farhanah Binti Hashim
Cepat nyer masa berlalu, macam baru semalam jer mak lahirkan Kak Long.
Dah besar nak sulung mak ... dah jadi senior kat Sekolah Menengah
Semoga Kak Long dipermudahkan dalam Peperiksaan SPM hujung tahun nanti
Dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang tahun depan.

Allhamdullilah ... takat ni tak susah nak jaga Kak Long
Mendengar kata , hmmm ada lah jugak melawan ... biasalah kan remaja
Selalu jer kita tak sependapat dan mak kecik ati dengan Kak Long ... Huwa
Tapi kejap jer lah sakit ati tu ... sebab Kak Long pandai tackle mak
Buat mak tak lama nak marah Kak Long ... 

Selalu leraikan pergaduhan antara adik adik sebab tak suka bising bising
Walaupun dia lah penglipurlara kat rumah
Orang yang paling banyak bercakap ... yang ni aku tahu ikut sapa :)
Suka happy happy jer .. sebab maksud namanyer pun dah begitu
Farhanah bermaksud YANG RIANG DAN GEMBIRA

Study benda yang tak perlu nak disuruh
Baking lagi satu benda yang paling dia suka
Yang payah ... bila nak buat kerja rumah
Aku selalu usik dia, nanti dah besar kena ada 3 orang gaji
Sorang memasak, sorang mengemas dan sorang lagi mendobi
Kalau nak minta suruh carikkan barang ... memanjang jer lah tak jumpa

Mak tak tahu lah nanti kalau Kak Long tak ada
Masuk asrama ker pergi study mana-mana ker
Mesti kita orang akan sunyi dan rindukan Kak Long
Rindukan suara Kak Long yang macam Keretapi Ekspress Laju kat Jepun tu

Kalau mak bising-bising dan berleter tu tanda ... Mak lagi sayangkan Kak Long
Niat mak hanya nak bentuk anak mak jadi manusia yang baik
Supaya nanti tak adalah mak dan abah dapat nama ...
dan kena kutuk "Mak Bapak dia tak pandai nak jaga anak dia"
Harap dijauhkan lah benda tu semua.

Mak sangat sangat Sayangkan Kak Long
Semoga Kak Long berjaya di dunia dan akhirat
Sentiasa didalam Rahmat, Perlindungan dan Kasih Sayang NYA
AMIN