Wednesday, June 27, 2012

MAHSA GRADUATION DAY



Jaf Farah Nur Fazreen ... CONGRATULATION!

Akhirnyer penat lelah selama 3 tahun terbalas juga di hari ini. Macam baru jer aku bercerita tentang 1st time masa dia buat praktikal kat HKL. Tahu-tahu jer dah abih study yer kau dik. Banyak tempat praktikal jugaklah dia dah jelajah ... Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan  paling jauh praktikal kat Bandung Indonesia. Banyak juga cerita ngeri dan kelakar yang keluar dari mulut dia. Kalau nak tahu, dia ni salah seorang pelawak dan penglipur lara dalam famili kami, sebab dia cukup pandai bercerita dan berlawak siap dengan memek memek muka dan sound effect sekali. Kalau tak ada Mak Su rasa kureng sikit lah ceria. Aku suka bawak dia kalau jalan jauh-jauh, sebab ada jer lah cerita kelakar dia keluar so tak lah boring sangat perjalanan.

Maka hari yang dinanti-nantikan pun tiba jugak. Mak Su dan Mak Tok dua tiga hari sebelum tu dah kasik ingat kat aku supaya stand-by nak pergi konvo kat PICC Putrajaya. Aku siap ambik cuti lagik Sabtu tu, tak per dik .. demi kau kak cik sanggup buat apa sahaja. Hehehehe ... Seawal pukul 6.30 pagi kita orang dah keluar dari rumah, semangat giler. Macam aku lak nak ber'Konvo'. Bukan apa, sebab dia kena lapor diri kat situ pukul 7 pagi, dan tetamu kena masuk dewan pukul 7.30 pagi. Kami pergi dua kereta. Tapi Tok Abah, Mak Tok, Mak Su, Bibik Wati serta Sarah dah Yayah (anak sedara aku) keluar pukul 6.15 pagi. Sebab takut Tok Abah sesat, dia tak berapa familiar kawasan Putrajaya.




Kami sampai PICC Putrajaya dalam pukul 7.15 pagi gitu. Masa tu jalan nak ke PICC dah sarat dengan kereta, dalam ati aku kata,"Boleh tahan ramai gak yer". Sepanjang jalan naik bukit nak ke PICC dah berderet kat tepi bukit tu orang jual bunga-bunga untuk diberikan pada graduan. Maka aku pun turut lah memeriahkan suasana, singgah beli bunga. Sebab aku rasa harga dia mungkin murah sikit kot compare kalau aku beli kat area jual bunga dalam PICC tu. Sampai jer tempat parking, dah berderet keta. Best gak PICC ni, parking besar dan free lagik. Dapat jer tempat parking tak keluar kereta lagi, tapi kita orang berkelah dalam keta. Dalam perjalanan nak datang tadi sempat singgah beli Nasi Kerabu dan Nasi Dagang kat tepi jalan. Makan kena makan, sebab aku tak tahu kat PICC ni ada orang jual makanan ke tidak. Tahulah anak anak aku ni tak boleh lapar, nanti merengek lapo jer. Dan nasib baik kami makan dalam keta, memang tak jumpa kantin dan orang jual makanan pun. 



Pose gedik Yaya ... berlatarbelakangkan Putrajaya yang berjerubu


Masa dah sampai kat Lobi, punyerlah ramai manusia. Semua cantik-cantik dan lawa lawa belaka. Lepas jer jumpa Tok Abah dan Mak Tok ... kami hantar dia orang naik dewan. Tak tahulah aku tingkat berapa, punyerlah tinggi eskelator dia. Yang masuk dewan adalah Tok Abah, Mak Tok dan Kak Long (anak aku). Aku duk luar jer, sebab nak kena jaga bebudak yang tak cukup umur lagi ni. Kalau aku masuk nanti, mahu tunggang langgang bebudak ni, Dia orang bukan nak dengar cakap Kak Long atau Bik Wati pun. Kalau dengan aku dia orang takut sikit. Lagi pun Kak Long tu kan anak sedara kesayangan Mak Su ... sobsobsob. Eh! sedih pulak kau Peros ... hehehe. Sempat lah tinjau Putrajaya dari aras paling tinggi di PICC tu. Cantik, tapi sayang cuaca berjerubu.



Menjadik jer adik beradik 2 orang ni
Sarah photographer ... Yaya jadik model

Aku jarang hadiri konvokesyen, kira ini adalah kali ke 2. Yang pertama tu adalah konvokesyen untuk diri sendiri kat Menara UiTM Shah Alam. Tapi PICC ni sangat sangat cantik dan sangat selesa sekali. Terkagum sekejap dengan kebersihan dan kecantikan PICC. Lepas hantar dia orang masuk dewan dan tinjau Putrajaya, kami turun bawah balik. Dah macam bawak rombongan budak sekolah lak aku ni. Hehehehe. Ada satu sudut tu dia orang letak Skrin Beso dan siap susun-susun kerusi lagi. Kat situ lah kami melepak, sampai lah turn Mak Su pi ambik skrol dia. 


Puas ati walau pun tak dapat masuk dalam dewan

Lepas tu kita orang merayau ukur satu PICC tu. Sebab waktu ni tak ramai orang sangat. Biasalah bawak bebudak, dia orang ni akan cepat bosak kalau duk setempat jer. Bawak pi tempat lapang sikit, puaslah dia orang berlari dan melaksanakan aktiviti bebas. Lagi satu nak cerita, tempat ni best sebab dia luas dan duk ceruk mana pun ada terasa hembusan segar Air- Cond. Sejuk jer hati dan perasaan, tak sempat aku nak panas ati dengan gelagat bebudak nih.



Aran dengan tema 'Romeo in the making' .... hahahaha
di apit Sarah dan Yaya


Baik korang kan ikut jer cakap Mak/Mak Lang



Kat eskelator pun jadik ...
dengan pose 'nak membunuh kebosanan'

Dalam pukul 11.40 pagi jer, semua dah selesai. Melepak tunggu Mak Su turun .. tak sangka lak betul betul dia turun kat eskelator tempat kita orang melepak tu. Tengok muka Mak Su happy sangat :)




Ambik ambik gambar semua, teman mak su pulangkan jubah dan topi ... lepas tu kita balik. Tapi sebelum tu singgah makan satey kat Restoran Jejantas. Nanti-nanti Kak Cik belanja adik pulak yer. Oh ye ... ada berita gumbira. Isnin lepas Mak Su dah lulus Ujian Lembaga Jururawat Malaysia. Tahniah adik. Ujian ni umpama lesen untuk membolehkan dia bekerja sebagai Jururawat di mana mana Hospital. Kalau fail ujian ni tak leh kerja ler. Lepas ni boleh ler kau belanja Kak Cik pulak kan dik ;)



Sangat bangga dengan kamu adik ku



Mak Su with Tok Abah and Mak Tok



Mak Su with Kak Cik and Mak Tok

Acara selingan ... ada jugak yang terhingin nak pakai jubah
Sebelum Jubah dan topi dipulangkan semula
Jom nengok sapa calon-calon nyer ....



Muhammad Hilman


Bik Wati


Maisara 


Aran 
Maisara dan Aran pakai topi jer ler
Jubah terlebih beso :)

Tuesday, June 26, 2012

LAPIS MARIE CHEESE - langkah demi langkah

Aku ni kengkadang kalau datang rajin ... rajin lah sesangat. Tapi kalau datang malas ... memanglah malas sesangat. Orang berduyun-duyun order minta Kek Coklat pun aku tak buat. Macam mana lah nak jadi bisnes women yang berjaya. Memang tak berjaya lah kalau gini cara. Macam resepi ni lah. Punya lah lama aku simpan buat pekasam. Tetiba di suatu hari Sabtu tu, cas rajin aku datang tanpa di undang. Hehehehe ... sanggup singgah LMC (Kedai Jual Bahan Buat Kuih) kat Bukit Rahman Putra dan di sapa oleh Mandy si tokeh kedai sebab dah lama tak nampak aku singgah kedai dia. Maka itu marilah kita mengecaskan aura rajin masing-masing. Meh ... aku tepek kan cara buat Lapis Marie Cheese ni, step by step lagik. Credit to Blog The Kitchen Guardian , Kak Long aku yang kenalkan aku Blog ni... seorang blogger yang sangat berkerjaya baik dan tukang masak yang sangat rajin. Blog ni memberikan resepi-resepi yang sedap sangat, bukan tu jer gambar makanan dia pun lawa-lawa belaka. Selamat mencuba ;)



Antara bahan nyer  : Biskut Marie perasa Original dan Coklat



300ml Whipping Cream : Kasik putar jugak
sampai bila terlangkupkan bekas tu
dia tak akan jatuh :)



250g Tatura Cream Chesse : Kasik Putar
aku lupa nak kasik keluar peti ais awal awal
so kenalah potong kecik kecik



250g Condensed Milk
Di putar bersama-sama Cream Chesse yang kat atas tu



Ginilah rupa bila Cream Cheese dah dicampur dengan Susu tadi yer puan-puan
Yang kat atas mangkuk putih tu adalah Whipping Cream yang telah di putar
MAKA itu, haruslah dicampurkan Cream Cheese dan Whipping Cream itu bersama-sama
Sampai dia sebati dan sehati sejiwa bak isi dan kulit :)



Sambil itu letakkan lah alas baking paper kat acuan yang akan digunakan
Aku buat dua, sebab rasa-rasa macam banyak lah pulak kan
Tapi yang dapat 1 tu penuh sampai atas, 1 lagi dapat setengah jer


Susun biskut marie original kat bawah acuan 
dan letak cream yang dah dicampur tadi (whipping cream dan cream chesse)
Then letak biskut marie kaler cekelat pulak



 Di ulang-ulang ... sampai lah abis 
Atau sampai dah penuh acuan



Ginilah lebih kurang nyer ...



Kemudian ditabur lah dengan seradak biskut yang telah dihancurkan
nak kasik cantik lah konon nyer kan



Gini lah lebih kurang nyer ......................... 



Last Sekali letaklah Shredded Cheddar Cheese ... aku tak letak banyak
Lepas tu masuk kan dalam peti ais semalaman
Kalau rasa tak sabo nak makan
Tak yah tunggu semalaman ... tunggu dia beku sikit pun jadik ler

Wallah !!! mak aku dan anak anak serta anak anak buah sangat suka
Kejap jer abis ... sangat puas ati

Kat sini aku tepekkan resepi original dari The Kitchen Guardian untuk tatapan bersama




Ingredients
1 packet Marie biscuits, plain
1 packet Marie biscuits chocolate
300ml whipping cream
250g cream cheese
250g condensed milk
about 50g shredded cheddar cheese, I used Bega

Method
Line a square 7 inch loose bottom cake tin lined with baking paper.
Whip cream cheese until light, add condensed milk, whip until well incorporated. Whip in whipping cream.
Arrange plain biscuits on the base of the cake tin, spread a layer of the whip cream condensed milk and cream cheese mix, alternate with choc marie and keep on layering till you use up all the cream mix.
I crushed the top of the cake with plain biscuits and then scatter shredded cheese on top.
Cover with a cling film, and chill in the fridge for at least one night.



Friday, June 15, 2012

DULU ... hijau, DAN KINI ....berjerubu


Mari kita sama-sama membelek gambar yang di bawah ini ...



Tahun 1991 ... Sejuk mata memandang
Hijau dan tenang ajer ... 
1991 aku start mula kerja di Kuala Lumpur lepas abis study
Dan kala tu tak rasa pun KL ni hijau sesangat
Tapi memang cantik kan kan kan
KLCC pun tak ada lagi ... yang ada padang lumba kuda
Bangunan antara Lembaga Tabung Haji dan PNB membawa ke Simpang  kat Ampang Park
Masih ada kehijauan di situ
Teringat masa dulu, selalu singgah solat di Masjid Tabung Haji yang cute tu
Dan makan malam kat Lorong Binjai ... DULU Lorong, tapi sekarang dah jadik Jalan Binjai

Tahun 2009 ... Hijau masih ada sikit lagi
Dan bangunan KLCC dah start kelihatan
Bangunan bangunan tinggi yang lain turut mencanak naik
berlumba lumba macam cendawan tumbuh lepas hujan


Tahun 2011 ... warna hijau dah tukar warna biru
atau boleh dipanggil kelabu
Kehijauan dah tinggal sikit sikit jer
Rumput di padang yang kelihatan pun macam nak tak nak jer hidup
Malah dah ada Highway kat atas sungai ...
 tak nampak dah sungai yang kaler teh tarik tu

Tahun 2012 ... Jerebu boleh dikatakan selalu melanda ibukota
Contohnyer hari ini ... cahaya matahari pun dah tak berapa nak sampai bumi
makan ramai yang sakit dan batuk (aku lah tu)

Waktu ni baru lah nak hargai benda-benda yang hilang
Kalau ada pokok, kurang lah sikit jerubu kut
Hehehe .. Teori aku, boleh pakai ker?
Silapnyer aku tak kerja kat Jabatan Kaji Cuaca
Kalau tidak boleh gak jawab.

Apa-apa pun aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Kuala Lumpur tahun 1991


Thursday, June 14, 2012

MOTHER'S DAY - HADIAH TERTUNGGAK

Mukaddimah kali ni adalah 'Phrase' yang aku jumpa kat 'Wall FB' Kak Juaa ... roomate aku masa memula masuk UiTM Dungun. Thanks akak sebab share benda yang sangat best ini ... rasa sebak lak baca. Kalau tak ada anak atau masih belum menjadi ibu memang tak ada maknalah kut benda ni. Tu lah bila dah jadi ibu, segala kata-kata mak, "Tunggulah bila kau ada anak nanti" ... tetiba jadi macam satu kebenaran adanyer :)


Bukan satu kerja mudah menjadi seorang ibu sebenarnya. Apalagi ibu yang berkerjaya ... tapi Alhamdullilah, takat ini aku masih boleh bertahan. Terima kasih pada anak-anak aku yang faham dan senang nak handle. Walaupun kengkadang aku terpaksa ... diulangi terpaksa menjadi Tarzan dan Incridible Hulk. Dan nasib baiklah korang tak ikut perangai mak korang ni masa dodulu. Sebab mak ini suker menjawab kalau Mak Tok marah mak. Hehehehehehe .... 

Berbalik kepada Mother's Day yang dah lama berlalu. Aku teringat ada orang hantar message kat aku bertanya "anak-anak surprise apa Mother's Day ni?" . Terus aku balas "Anak-anak tak ada kasik apa apa pun, tu yang surprise sesangat tu" Hukhukhuk. Then dapat SMS dari Iqa kata nak kasik hadiah untuk aku sempena Mother's Day. So rasa lah surprise sikit kat situ. Then masa dia balik cuti sekolah dari Johor hari tu memang lah tak ada apa-apa pun. Dalam hati aku, "Dia lupa kut" .... aku masih mengharap lah tu kan. Muahahahhaa. Tak malu punyer mak la aku ni. Tapi aku diam jer dan lama-lama lupa.

Sehingga dia nak balik semula ke asrama di JB, aku satu keluarga hantar dia. Masa tengah punggah-punggah beg masuk bonet, keluar masuk rumah tetiba ada satu beg beso atas meja. Iqa dengan senyuman seindah kerang busuk berkata, "Happy Mother's Day Mak" ... terkejut aku. "Hadiah dari kita orang semua", lepas tu Kak Long dan Hilman menyampuk ..."tak tak Hadiah dari Iqa" . Sah-sah ler korang takut kena bayar balik kat Iqa kan.... Hahahahaha... anak-anak aku (kedekut macam aku gak). Then Iqa kata, "Hadiah dari kita orang semua, walaupun Iqa yang beli dan bayar" ... sobsobsob. Mulianyer hati Iqa. Anak-anak yang lain sila contohi Iqa yer. 



Ini lah beg beso nyer .... Aku penah belek beg ni dan menyuarakan "Cantiknyer Beg ni"
walaupun hanya 'Shopping Grocery Bag' biasa jer.
Tak sangka pulak anak-anak aku ni simpan dalam hati apa yang aku suka.
Sungguh terasa di hargai di situ. Tak sangka korang prihatin dengan tingkah laku mak yer.
Lepas ni mak nak belek Toyota Estima lak, dan berkata "Cantiknyer keta ni, mak suka sangat"
Agak-agak tahun depan atau bila korang kerja mak dapat tak? Hahahahahaha .....



 Korang belikan jugak mak 'Pattern Scissors' dan 'Rubber Chop' yang sangat comel.
Tetiba ada ke'cuak'an di situ. Aik! ni sapa nak pakai nih!
Iqa macam faham jer, then terus cover, "untuk mak jugak, tapi nanti kita orang pinjam pakai"
Itu sebeno-beno nyer ... hahahaha
Bijak nyer anak aku
Tapi mak suka sangat "Pattern Scissors' tu, mak kan suka buat 'kerastangan'

Terima kasih anak-anak ku
Sebab korang telah menceria dan mewarnai hari-hari mak
Korang lah yang paling indah dalam hidup mak ini
Mak sayang koranggggggggggggg ... sobsobsob

Wednesday, June 13, 2012

KAYAP @ HERPES





Itu lah nama nyer ... aku tak pernah sangka aku akan dianugerahkan sakit bernama Herpes ni. Semua nyer bermula Hari Jumaat, 1 June 2012 masa tengah buat kerja mengadap komputer. Tetiba belakang belah atas kiri aku rasa sengal, macam salah urat. Ahhhh ... sudah. Aku memang jarang sakit badan, sementelah aku tak suka berurut badan. Alahai ! adakah ini tanda-tanda penuaan. Huwa !!! Redha ... redha :) Aku terus kan kerja jugak. Balik dari opis aku suruh Hilman tolong. "Man, tolong urut belakang mak, rasa sengal dan lenguh sangat". Dengan rela hati dia urut, sebab kan mamat ni sorang jer yang bertangan lebar dan kuat tenaganya, ikut aku kut ... tangan dia berat. Sedap kalau urut orang. Tapi tak jugak lah kurang sengal aku. So apalagi, carik YOKO YOKO jer lah. Sikit sikit tenyeh Yoko Yoko (selalunyer Kak Long yang selalu perabihkan yokoyoko ni sebab dia selalu lenguh lenguh). Dan malam pun tidur berteman kan Yoko Yoko.



Hari Sabtu, 2 June 2012 ... bangun tidur makin tambah sengal. Eh! aku tido salah bantal kah? Tapi malas nak layan lenguh lenguh ni. Sebab hari ni aku ada perjalanan jauh nak dibuat. Ada kenduri kawin kat Taiping. Siap bawak bekal beli Yoko Yoko baru, sebab semalam punyer dah abih. Siap beli koyok lagi, mana tahu drive jauh nanti takut lenguh lak kan. Perjalanan dari Sg Buloh start pukul 10 pagi dan sampai Taiping pukul 2.30 petang. Jalan ke utara Jem giler ... sampai aku pun redah jer emergency lane bila kesabaran dah abih. Kalau idak tak tahu sampai pukul berapa. Tido di Bukit Merah LakeTown Resort ... ambil kesempatan bawak anak anak Cuti Cuti Malaysia. Bilik aku dah book sebulan yang lalu dah. Nasib baik awal, memang tak ada kosong langsung.

Hari Ahad, 3 June 2012 .... sengal dan lenguh bertambah. Tapi seperti biasa buat tak tahu sahaja kecuali tenyeh dengan YokoYoko jer. Tapi sempat lah duk kat kerusi urut yang bayar sehinggit untuk urutan 3 minit tu. Mana lah nak kurang. Boleh lagi beriang gumbira dengan keluarga berpusing kat  Lake Town Resort tu. Then dalam pukul 3 tolak balik ke Kuala Lumpur ... Jem Giler jugak. Tak per lah sekurang-kurangnyer merasa sengsaranyer orang lain nak balik kampung sambut raya. Hanya singgah di R&R Sg. Perak untuk Solat Jamak dan makan. Sampai KL pukul 7.30 malam. Kali ni memang tak tahan sakit badan giler. Terus telan Panadol Extend dan tido.


Ini bukan aku ... tapi tempat sama macam aku kena

Hari Isnin, 4 June 2012 ... bangun awal solat dan bersiap nak pi kerja. Masa mengelap bawah ketiak lepas mandi tu ... Allah rasa pedih sangat. Apasal pulak lah ni, ada semut atau serangga ker gigit aku. Dah bertompok-tompok merah bawah ketiak. Pedih tok sah nak cakap. So ambik keputusan pergi Putra Medical Centre. Jumpa doktor .... dia kata macam bintik Herpes(nama saintifik), atau Kayap untuk nama kampung dia. Aku dengar nama pun punyerlah suspen. Menda pulak nih, nama pun macam menakutkan jer. Aku tanya dia, serius tak? Doktor kata tak serius tapi ia akan berlarutan paling minima 2 minggu. Itu baru sikit jer tu dia kata. Herpes ni adalah sejenis virus yang menyerang urat saraf dalam badan kita. So kalau macam aku start kat bawah ketiak dia akan pergi sampai ke siku dan merebak ke setengah dari belakang kita. Arghhhhhhhhh .... stresssssss nyer.  Doktor kasik Pil Anti Viral, Ubat Tahan Sakit (walau masa tu aku tak sakit sangat - heran gak apasal dia kasik) dan ubat sapu. Aku ingat nak mintak Time Slip, tapi Doktor punyer lah baik kasik aku MC. Dan MC tu aku tak bawak berehat pun, tapi bawak anak-anak aku pi carik uniform untuk raya. Hehehehe ... 


Gambar Ehsan dari Pak Cik Google

Sesuatu yang sangat mengharukan ... anak-anak aku semua concern giler pasal sakit aku. Sebab aku kata, "Mak Tok penah cerita ... Kayap ni boleh bawak maut" ... semua dah suspen giler. Tu yang sampai time makan ubat jer, semua duk pakat ingatkan aku ... Hilman sanggup suruh aku berhenti kat Stesyen Minyak dan turun pergi beli air sebab masa shopping tu dah terlewat makan ubat. Kak Long duk asyik SMS tanya "Mak, dah makan ubat ker?" Aran siap buat timer kat phone dia pukul 2 pagi sebab takut aku tak bangun untuk makan ubat" ... Iqa pulak dengan rela hati letak ubat kat tempat yang tak sampai dek tangan sendiri. Tanpa rasa takut benda ini berjangkit ker hapa. Terima Kasih lah sayang sayang mak semua. Sob Sob Sob ... 


Thank You Pak Cik Google ... sama tempat dengan kayap yang aku kena
Memang dia akan pergi takat sampai tengah tulang belakang tu jer

Hari Selasa 5 June 2012 ... baru aku tahu kenapa doktor kasik ubat tahan sakit. Pedih, perit, bisa, sengal dan pening pening lalat tak tercerita. Aku gagahkan diri masuk opis. Masa ni Kayap tu dah makin banyak keluar (mungkin sebab makan ubat doktor kut). Tak boleh kena baju sikit .. pedih. Aku start Google carik apa benda lah Kayap ni .... aku jumpa laman web ni. Sangat sangat berguna dan buat aku faham apa benda lah Kayap ni. Aku print nak kasik anak anak baca, supaya dia orang tak adalah suspen sangat. Dan aku jumpa laman web ini jugak. Alahai belakang opis aku jer lokasi nak rawat kayap ni. Apakah ini petunjuk Allah yang sayang kan aku ... Rawatan moden cuba, rawatan tradisional pun apa salahnyer cuba jugak kan.


Ini kes Kayap yang ada nanah. Sangat bahaya sebab dia akan serang saraf mata.

Hari Rabu 6 June 2012 - pukul 10 pagi. Aku betul betul tak tahan sakit. Bisa giler ... so aku call akak yang belakang opis aku. Alhamdullilah ... dia free dan suruh aku datang. Dia suruh bawak air mineral 2 liter tu sebanyak 2 botol. Dengan bertemankan P.A. aku, Yati ... jumpalah rumah akak tu. Sangat baik dan ramah. Dia hembus 3 kali kat tempat kayap aku tu dan air yang diberi tadi dia baca-baca dan masukkan kunyit serta beras. Dia suruh aku stop makan ubat doktor dan minum air yang dia buat tu serta lap tempat kayap tu dengan air yang sama. Akak tu kata Kayap aku ni Kayap Semut ... tak serius sangat. Dia ada jumpa macam-macam kayap yang lebih teruk lagi dari aku. Dia suruh aku pantang makan macam orang kena demam campak. Penyakit ni lebih kurang sama, sebab dia serang nerves (saraf) tapi Kayap tidak berjangkit seperti 'Campak'. Serius ... lepas kena hembus dan dia kasik minum air tu aku rasa kurang sengal dan bisa.


Kayap kat tangan ... macam ni ler rupa bila dia nak kering

Dan Alhamdullilah 2 hari lepas tu kayap aku mati. Dia kering dan berkuping-kuping jadi nyer. But bila malam-malam tidur tu terasa-rasa macam orang cubit jer tempat sakit tu. Mungkin kesan pengecutan dari kayap tu kut. Siksa gak nak tidur malam. Mak dan opis mate aku masih suruh aku berpantang. Ish ramai nyer sayang kat aku ... hehehehe. Syukur walaupun hingga kini aku masih belum sembuh sepenuhnya. Kak Long dan Hilman kata, "tu lah mak kata nak kurus nak kurus, tapi tak kurus gak, Allah mendengar kehendak mak, tu dia turunkan sakit ni, supaya mak kena pantang makan" Hehehehhe ... pandai nyer korang kan. Tapi masalahnyer bila pantang makan ni, mak tetap lah jugak makan banyak. Macam mana tu .......

Monday, June 11, 2012

@ FULLHOUSE

Seronoknyer ... cuti sekolah sudah bermula. Tak yah nak bangun pagi sesangat lah kan. Tak yah nak huru hara siapkan sarapan dan ber'amazing race' menghantar anak-anak ke sekolah. Seronok juga sebab Iqa dapat balik cuti 2 minggu dari MRSM Johor Bahru. Tring... tring... tring... kembali dari mesin jelajah masa. Itu cerita 2 minggu lepas ... lama nyer aku peram cerita aku. Bukan apa, aku tak berapa nak sihat, banyak kerja dan banyak aktiviti dengan bebudak nih.(alasan muahahahaha ... ) Nanti aku cerita aku sakit hapa. New experience melalui sakit ini. Hehehehe ... okay dah larik topik. Saya memang suka meraban. Kembali semula ke mesin masa balik ke 2 minggu lepas. Tring ... Tring ... Tring ... (pandai pandai lah buat bunyik sendiri) hohohoho .



Selalu tengok dari kejauhan jer lah restoran ni kat Sunway. Takut nak masuk ... sebabnyer takut mahal sangat, satu lagi sebab macam tak layak jer nak duk dalam nih. Tapi sebab desakan anak-anak yang sangat kuat, especially Kak Long yang telah tertengok Fara Fauzana pi terjah restoran ni masa rancangan Nona beberapa bulan lalu. Terus kecur air liur dia, dan tengok range harga kat TV masa tu, tak adalah mahal gegiler sangat. Mak pun berkata, okaylah ... lagi pun masa birthday korang tahun ni mak tak bawak korang kat mana-mana pun. Jadi anggaplah mak belanja korang semua sebab nak cover belanja birthday yer.



Tapi kami tak ke Sunway ... kebetulan minggu sebelumnyer hantar Kak Long Tuition di area Wangsa Maju, dan untuk pertama kalinya menjejakkan kaki di Wangsa Walk. Orang dah muak kot nak datang sini, kami baru ler nak sampai. Masa menjadi seperti rusa masuk kampung dan terpaksa berpandukan peta yang tertempek kat dinding Mall tu, maka ternampaklah ada 'FULLHOUSE' kat satu sudut. Nak carik pun satu hal, sebab dia punyer ler terasing kat sudut paling dalam tepi Mall ni.

But FULLHOUSE kat mana-mana pun tetap sama, tetap comel, segar, bersih (luaran, tak masuk dapur lagik) dan berseri-seri. Kalau ikutkan Pengurus FULLHOUSE masa kat NONA tu, nama restoran ni di ambil sempena nama Drama 'Series' Popular kat Korea. FULLHOUSE yang dilakonkan Rain dan Song Hye Kyo yang sangat comel. Memang rumah dalam cerita tu pun comel dan cantik sangat.




Bila kaki aku jejak jer kat restoran ni, seperti biasa jadi Paparazzi tak bertauliah. Rasa nak snap ambik gambar semua sudut sebab cantik dan comel sangat semua barang barang kat sini. Anak anak aku dah buat muka herot-herot melayan mak dia yang duk sibuk ambik gambor. Sorry anak anak, tapi sorang pun tak berani nak kata apa, nanti keluar balik kang tak sampai hajat nak makan sini. Hahahahahha ... kesian korang.






Buku menu dia pun sangat comel. Sekali macam majalah daaaa .... meriah kaler kaler dia, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Hehehehe ... rambang mata kejap.






Suasana yang sangat meriah kat dalam restoran, cantik sangat ambience dia. Dan kami sangat suka berada di sini







Cantik kan ... cantik kan. Rasa macam nak duk sini sehari suntuk. Lepas tu berangan nak buat rumah macam gini ... Tapi tang Bath -Tub tu melampau ler pulak nak letak kat ruang tamu kan. FULLHOUSE jual semua barang barang yang dia orang display kat sini. Tapi agak mahal lah jugak compare tu ROMANTIKA. Walhal barangan lebih kurang sama jer.



Air aku - Vanilla Shake dengan Dragon Fruit lepas tu ada Bubble
Nama jer air aku, lepas tu empat empat orang tu perabihkan bubble dan air aku nih .. hehehe


Air Aran 
Air Lemon Tea - budak kecik ni memang giler apa sahaja air yang berasaskan limau. 
Dia suka masam tapi tak suka pedas.
Yang kat belakang tu mineral water untuk Kak Long, Iqa dan Hilman
Sayang korang, tak moh minta air lain, takut mak bengkrap ek. Hahahahahaha
Tapi lepas tu kerjakan air mak dengan Aran.




Sessi memakan Bubble - kelakar
Bubble ni pecah dalam mulut dia ada bunyik 'POP'
Semua lepas tu berebut nak makan 



Kak Long Punyer - Schinetzal Breaded Chicken Cutlet



Aran Punyer
Dia boleh abis makan sorang sorang Spaghetti ni
Terkejut aku



Iqa punyer - Braised Lamb Shank



Yang ni aku dan Hilman punyer - Braised Lamb Shank
Kita orang punya citarasa memang selalu sama
Apa lagi lak daging kambing - feberettttttt


Dan seperti biasa, pinggan pinggan kami akan berpusing keliling meja, sebab orang tu nak rasa orang ni punyer, orang ni nak rasa orang tu punyer. Tanpa rasa malu pun kami pass pass pinggan .. hehehehe. Dan seperti biasa jugak, Muhammad Hilman akan jadi orang yang terakhir abiskan makanan dia. Sebabnyer dia suker bebenor bercakap dari makan, bila orang dah abis makan dia baru ler terhegeh hegeh nak abihkan makanan dia. Dan satu sebab lagi, dia akan abiskan siapa-siapa punyer makanan yang tak abis, tak baik membazir katanyer.... hahahaha sebijik perangai aku lagik. Tapi sebabnyer memang kami ni suker makan. Nengok tu sampai licin pinggan Aran dengan Kak Long. Overall - sangat best lah bila berada disini dan makan beramai-ramai. Then kami selepas itu berbondong bondong masuk panggung nak tengok MIB3 - best giler cerita nih. Wangsa Walk sangat best ... sebab macam macam ada :)