Friday, November 21, 2008

SIARAN TERTUNDA

Dah hampir seminggu siaran tertunda aku. Aku ni memang malas nak update blog, walhal macam macam cerita nak cerita. Ingat lagi tak pasal Iqa yang amik UPSR hari tu. Result dia dah kuar on 13 November 2008, hari tu. So, aku cuti hari tu, ewah macam excited nak amik result dia. Hati aku berdebar hanya Allah yang tahu. Kan dah cerita, Iqa ni memang ler malas nak baca buku, kalau suruh baca buku, 5 minit lepas tu mesti dia tido punyer. Dia memang Sleeping Beauty ... dalam empat orang anak ku, dia ler yang paling kuat tido. Paling awal masuk tido dan paling lambat bangun tido.... (Opppsss ... terlebih sudah) .





Yang buat PEACE tu ler IQA, kat khemah nanti nak naik pentas ambil hadiah


So di pagi yang indah itu, aku dan Aran (minta nak ponteng sekolah sebab nak ikut mak) pergi ler ke SKBRP. Kebetulan pemergian ku bukan semata-mata nak tahu result dia, tapi ada Upacara Penyampaian Hadiah kat sekolah. Dan Iqa salah seorang penerima hadiah untuk Peningkatan Prestasi - dari nombor corot kat kelas dapat no. belas-belas. Tahun ni tahun akhir ke SKBRP untuk upacara ni. Sejak Kak Long masuk sekolah Tahun 2002, tak pernah tak pergi upacara ni, sebab memang salah seorang pasti dapat hadiah punya dan selalunyer Kak Long ler ....



Iqa tengah terima hadiah untuk kategori Peningkatan Prestasi


Coz of Iqa Darjah 6, so assume majlis untuk dia lambat ler berlangsung. Maka itu aku pukul 10.40 pagi baru sampai sekolah dia. Masuk jer dah nampak dia nangis nangis dengan Fatin (bestfren dia). Alamak, suspen gak aku. Then dia terus peluk, kata...


IQA : "Mak, Iqa dapat 5A".

Aduh, lega + sebak + bangga + tak sangka :) .....

MAK : Habis tu kenapa nak nangis, luluskan bukannya fail pun

ARAN : Eeeee ... Aran tak nak masuk lah sekolah ni, semua orang nak nangis nangis


Member study group yang semua dapat 5A, dari kiri tifah, iqa, mariam dan fatin suraya tengah tayang sijil dengan bangganya

Habis airmata, air hidung dia semua keluar. Nasib baik aku bawak tisu banyak-banyak. Semua geng study group, Fatin, Mariam dan Tipa dapat 5A. Tak sia sia berdiskus sambil berborak lepas sekolah yer. So berjaya lah juga Iqa ikut jejak langkah Kak Long. Diharapkan Hilman dan Farhan dapat mengekalkan keputusan yang sama bila sampai masanya nanti.

Amboi dah tau result bukan main suker lagi dia yer

Saturday sebelumnya, pada 15 November 2008. Taski Pekan Kuang, tempat Aran belajar ada buat Upacara Penyampaian Hadiah jugak. Aran dapat tempat ke 3. Dan masuk persembahan untuk Tahayat Akhir dan Nasyid. Yang paling membanggakan aku, bila dia baca Al-Quran secara solo untuk upacara pembukaan. Bangga dan terharu nya. Tak sangka sungguh, sebab dia tak penah cerita dia kena baca Al-Quran. Pandai anak mak buat surprise yer. Alhamdullilah, bacaan dia cukup lancar sekali. Comel jer suara dia. (Mati ler puji anak sendiri ... Hahahaha)



Laptop comel warna pink lagi, untuk Iqa, hadiah sempena dapat 5A



And Saturday lepas result UPSR, on 22 November 2008 pulak, kat sekolah Hilman ada Upacara Penyampaian Hadiah. Hilman pun dapat No. 3 jugak. Macam berpakat jer dengan Aran.



Hilman sedang terima hadiah, kat skrin belakang ada nama dia

Kak Long pulak dapat tempat ke 4. Hilman, Aran dan Kak Long berjaya tempat kan diri dalam TOP 5 dalam kelas.




Hilman baru turun pentas tengah senyum kambing sampai nak hilang mata...hehehe

ALLAH...

Alhamdullilah, kerana mengurniakan anak-anak yang terang hati nya. Sesungguhnya aku amat bersyukur pada MU...