Tuesday, April 21, 2009

KENDURI TAHLIL

SALAM .... kebetulan cuti on 18 April 2009, pada hari Jumaat lagi dah dapat SMS dari Ita said ada kenduri pada Sabtu pukul 11.30 pagi. Kenduri Tahlil untuk Arwah Amir 100 hari.So on Saturday tu, pepagi lagi dah bangun awal macam hari tak cuti, kejutkan anak-anak siap sebab nak breakfast kat luar dulu. Sarapan kat Bandar Baru Sg. Buloh. untuk pertama kali Aran minum Teh Tarik, sebab dia heran tengok aku, kalau pergi sarapan mesti mintak teh tarik. Lepas sarapan masa nak masuk kereta dia kata
Aran : Mak, sedap jugak teh tarik, nanti kalau pegi mana mana Aran nak mintak Teh Tarik lagi
Mak : Kan mak dah cakap, lagi sedap dari Milo Ais yang Aran selalu minum tu.
Then kami cari stall nak beli buah, dah tu nak pergi kenduri kan tak kan tangan kosong jer, aku beli lah tiga biji buah tembikai kat depan Sekolah Bukit Rahman Putra. Bertolak ke Klang ikut Guthrie/Bukit Jelutong Highway, dalam pukul 10 dah sampai rumah nenek Klang. Waktu tu depan rumah nenek dah ada khemah, dalam rumah pun dah clear. Bebudak apa lagi seronok lah jumpa sepupu dia. Tengok tu muka dia orang happy jer ....
Yang kat atas tu dari kiri Alif, Haris (yang terbaring), Aran, Hilman, Azri dan Hazman
Yang ni pulak group budak pompuan kecik dari kiri Nurin, Liyana, Hana dan Huda

Kalau korang tengok kaler baju pun dah tahu yang mana satu adik beradik kan, sebab dia orang pakai kaler sama jer. Kecuali anak aku, Hilman suka sangat kaler merah menyala, tahulah kulit dia cerah, boleh ler masuk kaler tu. Dah tu tak kan Aran yang hitam manis tu nak pakai kaler merah menyala jugak. Hitam manis ker... ke hitam berkilat ... huhuhu... hitam hitam pun aku pandang manis jer, iyerlah anak aku kan, bagi aku dia lah yang paling hensem sekali. Chewah .... (sila butakan mata anda ya bila membaca statement ini). Aran siang-siang lagi dah kata dia tak nak pakai baju merah yang beli masa raya tu sampai bila-bila, kalau buat tido jer dia nak. Ala-ala cayang anak mak...cian dia. Korang tengok lah gambar kat bawah ni, Aran dengan Hilman berbeza betul. Kak Long dengan Iqa panggil kuih lapis kat dia dua orang ni. Hahahaha ...

Gambar yang kat atas ni. lepas kenduri. Keletihan lah tu konon, sebenonya keletihan dah banyak makan lauk kenduri tu... tak ada kerja lain, mengadap TV jer dia orang ni. Nasib baik tak bawak PS2 ke PSP ker, kalau tidak kecoh ... semua berebut nak main. Aku tak sempat ambik gambar kenduri, sebab sibuk buat preparation dan mengemas. Rajin ler kunun. Betulllll ... memang aku rajin. Hahahaha. Yang sempat, ambik gambar bebudak ni jer. Biasalah kalau kenduri ker, raya ker, bebudak lah paling meriah sekali, kita tengok dia orang pun kita rasa meriah jer, kalau tak ada bebudak ni sunyi jer kut, tak syiok ler sunyi kan, hidup mesti meriah. Barulah Happening....


Yang ni dah petang sikit, Hilman dah tukar baju tak tahan panas. Aran masih bertahan lagi. Kerusi meja pun dah masuk rumah balik. Tapi bebudak ni tak habis-habis dengan TV lagi, masih di posisi yang serupa. Nak juga menyelit gambar Kak Long dengan Ain yang tengah bergosip dalam bilik Cik Yah dia orang. Entah hapa la gosip korang kan..... sempat lagi control cun tu bila mengadap kamera. Kenduri kali ni tak lah sesibuk selalu sebab dia orang katering makanan, kita just sediakan tempat jer, dah basuh ler pinggan dan gelas sikit-sikit. Balik Kuang balik dalam pukul 8.00 malam lepas Maghrib. Itu pun Hilman dengan Aran tak mau balik lagi, tapi nak buat macam manakan .. Mak dia, Kak Long dengan Iqa nak tengok konsert AF7. Hehehehe...


1 comment:

IXORAROXI said...

masa kenduri ni lah peluang jumpa sedara mara eikkk