Wednesday, August 11, 2010

SEPANJANG JALAN KE TANJUNG BIDARA


AHAD, 07 OGOS 2010
- Siaran Tertunda

Semalam dah janji dengan Mak Tok, nak bawak dia berjumpa dengan anak bongsu dia yang jauh tercampak buat praktikal kat Hospital Alor Gajah. Kali ni jauh sikit Mak Su kena buat praktikal, kalau idak asyik ler muka dia tertempek kat HKL jer. Anak anak aku yang memang suker berjalan ni apa lagi, memang sangat dialu-alukan lah cadangan Mak Tok tu. Dan sebagai anak dan kakak yang baik ati ... ceh porah! ... aku okay jer, lagi pun aku ni memang suker berjalan jalan ni. Dah masuk dalam kategori Hobi di waktu lapang :)



Biasanyer kalau week-end nak pergi mana-mana mesti tunggu lepas Kak Long abis tuition. Minah sorang ni pantang dia kalau kena ponteng sekolah atau tuition. Kita orang bertolak dari KL dalam pukul 12 macam tu, dan sampai ke Alor Gajah pukul 1.15 tengahari lebih kurang. Dekat lak rasa nyer, sebab dah selalu ikut laluan ni kut. Mak Su dah tunggu depan rumah sewa dia, betul betul tepi jalan nak ke pekan Alor Gajah, dan rumah dia tak sampai pun 1 Kilometer dari pekan Alor Gajah tu.




Sempat ler buat lawatan menjelajah rumah sewa Mak Su ... beso gak umah dia. Siap ada pokok rambutan rendang yang tengah lebat berbuah depan umah. Menurut cerita Mak Su, Mak Cik Mariam tuan rumah ni duduk dengan anak dia kat Putrajaya so daripada dibiarkan kosong, disewakan pada student. Lepas dah buat sessi kembang setaman dengan kawan serumah mak su dan lepas solat zohor semua, kami bertolak ke tempat nak berkelah. Memula tu, konfius gak sebab tak tahu nak gi mana. Samada Pengakalan Balak ke atau Tanjung Bidara. Mak Su kata Pengkalan Balak pantai tak cantik. So buat keputusan gi Tanjung Bidara.



Aku tak pernah drive ke Tanjung Bidara sebelum ni, jadi tawakal lah ikut jer signboard tepi jalan tu. Akhirnya sampai lah jugak. Kira jauh ler jugak, lebih kurang 25 Kilometer dari umah Mak Su. Hehehehe ... ingat kan dokek jer. Kena tempuh UiTM Melaka, Kolej Matrikulasi, MRSM bagai. Bagus gak, kalau tidak tak tahu tempat kan. Dan aku bernasib baik jugak sebab Muhammad Hilman ada, dia ni seorang pengingat dan penghafal yang baik. Jadi sekali lalu jer dia dah leh ingat, dia ler jadi Navigator aku masa nak balik hantar Mak Su semula. Sebab masa balik tu tak ada signboard... hikhikhik.



Sampai jer kat Tanjung Bidara, benda pertama yang kita orang buat cari tempat landing nak makan. Perut masing masing dah nyanyi lagu rock heavy metal. Aku dah pesan kat Mak Tok, "Kita bawak bekal lah ek" .... save budget ;) Tak susah nak cari tempat sebab ada banyak wakaf kat sini. Kena cari wakaf kosong jer.







Seronok nyer dapat makan tepi pantai. Sambil sambil berborak sakan dengan Mak Su yang tak abis abis bergossip. Bertambah-tambah memasing makan. Aku bawak nasik lemak bungkus jer, order kat jiran sebelah umah suruh buatkan. Marbelles rasa dia. Mak Tok bawak nasik putih dengan lauk ayam dan sambal ikan bilis dan sayur air. Sebab di kata tak mo makan nasik lemak, lastly dia tibai gak nasi lemak tu.... hehehehe. Dah abis makan ... Jom kita saksikan apa aktiviti dia orang lepas tu


Anak dara 2 orang ni tak abis abis ler nak camwhore


Main air jer lah, dalam pada tu duk merungut sebab tak bawak baju mandi.


Membina Istana Pasir yang asyik jer runtuh dipukul ombak


Budak ni kalau ikutkan ati dia dah masuk dalam air dah, tunggu permission aku jer ni.
Sori ler Man ... permohonan anda gagal :)


Budak ni jer yang kesabaran dia kuat sikit dari abang dia.
Tak kisah kalau tak dapat mandi pun


Anak anak kesayangan yang hanya mampu bermain di gigi air pantai

Kalau tak kenangkan nak balik KL mahu tunggu sampai matahari turun kot. Dalam pukul 5 lebih kurang balik semula hantar Mak Su ke rumah sewa dia, dan off balik KL. Jalan adalah sesak di Lebuhraya berdekatan Seremban dan Nilai. Sampai umah jer dah pukul 6 lebih. Masih sempat solat Asar dirumah. Alhamdullilah ... perjalanan ini dilindungi, Syukur :D

3 comments:

azieazah said...

Satu lagi perjalanan dan percutian yang membahagiakan..

Sentiasa Kak Azie rasa tumpang gembira, tumpang bahagia (gelak sampai tumbang...) tengokkan ACIK sekeluarga berkumpul gitu...

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Kita orang ni memang suker jer kalau dapat berjalan jalan makan angin beramai ramai ni. Sekarang ni pun tengah berangan ingat nak pakai VAN lak lepas ni, boleh angkut lagi ramai orang ... lagi meriah, lagi de vass ke ba boom gitu .. hehehehe ...

Tapi hidup tak sentiasa bahagia kan. Ada jer pasang surut nyer. Yang penting kena tunjuk HAPPY depan anak anak, baru anak anak sentiasa fikir +ve :D walau dalam hati hanya DIA yang tahu.

IXORAROXI said...

wahhhh syoknya jalan2 sebelum puasa eikkk