Friday, October 28, 2011

PAKAIAN BERAGAM

Masa pergi Cerakah 2 hari lepas dapat call dari Cikgu Hilman, dia kata nak minta tolong. Ish! tetiba rasa suspen lak, nak mintak tolong apa pulak kan cuti-cuti nih. Rupa rupanyer nak minta tolong supaya benarkan Hilman masuk acara pakaian beragam. Alahai, ingat ker bender lah, masa 'engage' dengan cikgu tu sempat lagi tanya Hilman, dia nak ker tak nak join. Sungguh tak sangka, dia nak lah pulak. Terkejut aku sebenonyer, eh ... senang sangat budak ni setuju. Selalu nyer tang nak berpakaian dan buat runaway kat pentas nih tak pernah dibuat, ingat kan tak suker. Hehehehe ... suker kau rupernyer Man. Mak tak abih kenal anak mak lagi rupernye, ker kau pun terpaksa sebab ini tahun akhir kat sekolah dan memandangkan kau jugak Ketua Murid ... so kau sahut cabaran tuh. Apa apa pun Syabas Betha!!! mak bangga dengan kau ;)

Semalam pulak Hilman call dan cakap, "Mak, pasal pakaian beragam tu, Cikgu suruh Man pakai pakaian Pengantin" .... hahahahahha. Aku terus gelak beso korang. Ceh!!! belum apa-apa kau dah jadi pengantin yer Man. "Cikgu kata Man kena pakai Tanjak dengan keris", Ish ... mana pulak mak nak carik. Kalau mak ni mak andam senang lah kan. Dia kata lagi, "Tak per mak, tanjak kawan Man pandai buat" , tapi kita tak ada keris. Hmmm ... nantilah mak usahakan yer. Iyerlah .... anak nak jadi pengantin kan. Mak pun suker bukan main lagi . Hehehehe.

So nak jadi cerita tak dapat lah nak carik keris, Tok Abah pun tak ada keris dalam simpanan, parang banyaklah katanyer :) Kebetulan Hilman ajak pi The Store, betulkan Handphone dia, okaylah kita carik sekali lah kat sana. Carik punya carik tak jumpa, apa yang kita orang jumpa? carik jawapan kat bawah sekali.



Jangan tak tahu ... Muhammad Hilman gigih susun dan ambik gambo ni pagi tadi sebelum pergi sekolah. Katanyer, nak suruh mak masuk blog. Ni yang aku gigih buat entry pasal dia nih. Iyalah sebagai kenangan tahun akhir kat Sekolah Rendah.


Gemar bebeno dia pakai baju raya tahun nih, entah berapa kali dah dia pakai bawak pi sekolah. Kali ni aku suruh pilih kaler lain pun dia tak nak. Dia siap dah pasang butang baju melayu. Songkok tu stand-by kalau tanjak tak jadi. Kain songket untuk samping dan Kain Songket berlipat tu untuk buat Tanjak. Kain songket purple yang dia nak buat tanjak tu memang lama sangat usianya, dah nak naik reput. Hehehehe ... kain Tok Abah sebenonyer tuh, mak aku kata lagi tua dari umur aku. Eh! aku tak reput lagi ek, walau iyer aku dah tua... hukhukhuk.



Sila abaikan Blackberry Kak Long kat situ. Lokasi kat meja dapur sebenarnyer nih. Kak Long sajer letak tepi tu sementara dia nak makan. Surat khabar tu nak buat pengeras untuk Tanjak. Maklumlah kain lama, nak kasik senang bentuk sikit. Hat dalam kotak tu Kerongsang baju kebaya aku, kata Hilman nak letak kat Tanjak. Pengantin kan ada letak brooch kat Tanjak atau songkok. Pandai lah kau Man.




Haaaa !!!! inilah dia pengganti keris. Ni ajer lah yang kita orang jumpa kat The Store semalam. Pedang samurai bersaiz kecik. Hilman kata, okay lah tu, asalkan nampak ulu dia jadiklah. Hulu dah lawa dah ... hehehehe. Macam lah ganas sangat kan, plastik jer tu. Harga RM5, ada dua pedang, satu panjang satu pendek. Lepas ni yang panjang tu boleh mak buat rotan. Eh! masa aku tengah taip entry ni, tetiba masuk satu MMS, bila bukak ada gambar Hilman masa pakaian beragam tadi dengan Anim kawan sekelas dia, yang jadi pengantin perempuan. Cikgu dia lah yang MMS aku nih. Nak kasik tunjuk gambo menantu kut ... Hahahahahaha. Nak tengok MMS tu, jap aku try upload :)



Hamboi, tinggi sungguh Tanjak kau Man, macam Tanjak orang Bajau kat Sabah tu jer. Hehehehe ... apa apa pun cantik pengantin pompuan dia yer. Eh! anak pun hensem gak. Ala ala Cikgu kat tengah tu pun lawa jugak :) Terima kasih Cikgu.

10 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Hilman memang ensem !
Sesuai dengan jawatan dia sebagai ketua murid. Package lengkap. ;o)

kasihibu said...

meriah tu
macam pahlawan pulak.

My Life My World said...

azrina - Hukhukhuk ... tersedak Mak Hilman. Apa apa pun terima kasih :)

My Life My World said...

Kasihibu - Pahlawan pedang kontot ... hehehe. Meriah, macam macam persembahan ada :)

Sekamar Rindu said...

salam..

kalau guna parang nanti kena gelak dek orang..lari konsep tu..:)

entri yg best..:))

My Life My World said...

Sekamar Rindu - Wa'alaikumusalam. Hehehehe ... sure terjulur jer bawah samping tu kalau pakai parang kan. Boleh gegak gempita keadaan.

Terima kasih sudi mampir :)

IXORAROXI said...

saya missed entry ni rupanya...segaknya dia, dah besar panjang anak awak tu ya..handsome tu!

My Life My World said...

IXORAROXI - Sampai termiss awak yer ... maklumlah tuan blog tengah rajin mencanak canak. Hahahaha. Hilman handsome yer, terima kasih bagi pihak ;)

Fadzli Amir said...

Sekali pahlawan melayu murtad daaa....apada pedang samurai...hehehhe

My Life My World said...

Fadzli Amir - dah tu kan, tak ada rotan, akar pun berguna. Tak ada keris, pedang plastik pun ada guna jugak ... hehehehe