Tuesday, January 24, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Isnin, 23 Januari 2011

Selamat Tahun Baru Cina pada semua yang menyambutnya. Dan selamat bercuti panjang untuk kita semua. Seronoknya, bukan selalu dapat cuti panjang macam ni kan. Opis aku tutup seminggu. Dari Sabtu 21 Januari sampai 30 Januari, minggu depan baru masuk kerja balik. Walaupun dipaksa tanpa rela mengambil cuti untuk 3 hari, huhuhu ditolak dari cuti tahunan. Nak buat macammana kan, kita ni kerja dengan orang, bukan opis tu bapak kita yang punya.  



Bos aku tahun ni baik ati dengan aku. Disebabkan dia terlalu banyak sangat dapat hamper, maka dia telah berikan aku satu kotak beso yang cantik sangat ni untuk aku. Memang dah usha usha tengok kotak ni 2-3 hari sebelum kotak ni bertukar tangan, tak sangak  pulak dapat kat aku. Hehehehe ... Jom tengok ada apa kat dalam ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

Ada dalam 6 jenis cookies pelbagai rasa dan bentuk. Macam biskut biskut moden nak sambut raya tu. Dan semuanyer nampak sedap sedap bangat. Dah check out label dah, dan ianya halal untuk dimakan. Macam sayanglah pulak nak makan, sebab cantik sangat packaging dia. Takat ni dah bukak biskut tart nenas yang sedap sangat. Dan kuih bangkit yang bila masuk mulut jer hilang terus. Alhamdullilah, rezeki di Tahun Baru Cina ni. Syukur.

2 comments:

azieazah said...

Memang sekarang ni, semua hamper tu seboleh mungkin depa akan pastikan halal dan sesuai untuk semua bangsa. Sebab 1Malaysia sekarang ni, tidak kira siapa, sama2 dapat memeriahkan.

Wahhh... berapa lama baru nak perabis biskut tu kan? Sayang punya pasal. hehehe

My Life My World said...

azieazah - baru tahu, selalu tengok hamper kat opis tu majoriti nyer ada arak. So kawan-kawan yang dapat hat tu, terpaksa keluarkan arak dan kasik kat member cina yang lain.

Betul kak, sayang nak makan biskut-biskut tu, tapi kalau tak makan nanti lagi sayang. Hehehehe