Friday, April 27, 2012

MRSM JOHOR BAHRU


Macam yang di'post'kan masa entry ni, maka datang lah hari yang ditunggu. Dapat surat pun last minute, betul-betul lah rushing untuk settlekan everything dalam masa 2 hari jer. Jumaat ... pergi SMK Bukit Rahman Putra mohon surat berhenti sekolah dan hantar balik buku teks pinjaman ke sekolah. Hari Jumaat tu dah ler pejabat sekolah tutup awal. Nasib baik ler sempat semua, ambik masa tak sampai 1 jam. But mengah lah jugak membawa buku sebanyak 20+++ ... berat giler. Then petang nya ke Klinik buat medical check-up, yang simple-simple punya, tak sampai 1 jam jugak siap. Rush to another clinic nak buat X-Ray pulak. Then dengan jayanya sampai kat Bangunan MARA untuk bayar yuran. Sebab nanti masa daftar kena bawak slip bayaran. Boleh jer nak bayar kat BSN tapi konfiden aku agak kurang, lagi pun bukan susah pun nak pergi Medan Mara tu :) 

Sabtu pagi pulak, pergi TESCO, carik Toiletries dan Stationery dan baju sukan. Then ke JUSCO carik barang lagi. Lepas Asar niat nak balik Klang, jumpa nenek dan pak cik serta mak cik kat Klang sebelum Iqa nak ke Johor. Tapi sebelum tu singgah Plaza Alam Sentral carik uniform sekolah. Alahai! tak ada pulak saiz ... menapak lak ker Kompleks PKNS, nasib baik dekat dan nasib baik ada. Jumpa pulak satu family yang belikan baju untuk nak perempuannyer. Dapat MRSM jugak tapi kat Kuala Klawang.

Pukul 9 baru sampai Klang, nenek lak tak ada sebab pergi perjumpaan UMNO, tapi Mak Long dah tunggu dengan cop semua. Semalam dah call Mak Long (Mak sedara anak-anak) minta tolong 'Certified True Copy' Sijil-Sijil dan Kad Pengenalan serta result PMR. Nasib baik lah ada Mak Long satu-satunyer waris yang kerja kerajaan. Kira layak lah nak CTC 'all documents' sebab Mak Long berjawatan Timbalan Pengarah di Jabatan Farmasi. Tunggu nenek ... nenek balik pukul 11.45 malam dengan sebuntil plastik beso makanan. Rupa nyer ada pemberian saguhati untuk warga tua dan rumah yang kena banjir beberapa bulan lalu. Gedebak gedebuk keluar dari rumah nenek pukul 12.15 pagi. Sampai Kuang lebih kurang pukul 1 pagi. Sempat lagi tolong Iqa packing barang-barang. Tidur pukul 2 pagi +++ Aduyai, nasib baik tak rasa penat dan ngantuk ... mana tak nyer, mak lak teruja lebih lebih . Hehehehehe ...



Esoknyer kena bangun sebab nak bertolak ke Johor pagi. Bertolak pukul 10 pagi. Tok Abah dan Mak Tok ikut jugak. Hehehehe ... dia orang pun teruja jugak Iyalah ... Iqa ni kira pemecah tradisi, tak ada lagi cucu belah Kuang dan belah Klang yang masuk MRSM. Sampai JPO (boleh lagi tu menyinggah) pukul 1.30 ptg. Makan tengahari dan solat kat sini. Then apalagi .... shopping ler. Carik kasut sukan Iqa yang murah murah kat NIKE, baju murah kat Cotton-On dan Jersey Bola Aran jugak kat NIKE. Aku ??? tak beli apa-apa pun Barang Iqa lagi penting. Sampai JB dalam pukul 5 ptg. Lama gak bersoping tuh. Rupa-rupenyer tak jauh pun JPO dari exit nak ke MRSM Pasir Gudang tu. Kami sempat lagi survey MRSM tu. Wah! sangat cantik sebab baru kan. Then pukul 6 lebih check-in Hotel kat area Masai, Johor. Budget hotel jer ... Alhamdullilah ada tempat berehat dan yang penting ada WIFI, tak adalah nanti dengar anak anak aku merengek kebosanan. Terima kasih kepada En Hashim sebab tolong 'book' kan hotel, walaupun dia jauh nun di Sarawak tu.  Jasamu dikenang :) Dia tak tahu pun Hotel ni kat mana, pakai Google jer tengok Hotel yang hampir dengan MRSM. 



Malamnyer keluar makan bersama-sama Mak Tok dan Tok Abah kat Restoran yang berhampiran Hotel ... sedap dan murah. Next time boleh makan sini lagi. Mak Tok dengan Tok Abah heran, macam mana aku macam tahu jer kedai ni, Masa drive nak sampai kedai kat sini macam dah biasa sangat. Sebenornyer aku dah interview budak yang jaga kaunter hotel petang tadi. Dia ler yang tunjuk arah. Aku bukan biasa pun JB ni hikhikhik. Masa balik hotel sempat lagi singgah ECONSAVE betul betul letak kat belakang hotel ni. Beli kan sterika, file dan kasut hitam untuk IQA.



Keesokkan harinya ... lepas sarapan dan check out hotel ... secara rasminya sampai kat sini. Yang semalam tu tak rasmi lagi sebab tak turun keta ;) Tok Abah lepas turunkan Mak Tok siap pusing pusing kat dalam ni. Tok Abah dan Mak Tok pun macam kita orang. Sangat suka tempat ni. Cantik dan bersih. Iyalah nama pun tempat baru. MRSM Johor Bahru ni baru jer dibukak tahun ni. '1st In-Take' masuk 26 March bulan lepas. Iqa ni kira pengambilan '2nd In-Take' untuk kemasukan 23 April. Dan kat sini hanya ada murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja.  Fatin kata (BFF Iqa yang masuk 1st In Take tu) kemasukan yang sama masuk dengan Iqa ni hanya 33 orang sahaja, dan 4 orang jer perempuan, yang lain tu semua lelaki. Apa-apa pun bersyukur sangat-sangat sebab Iqa dapat tempat kat sini, biar pun jauh. Tapi ada 5 orang kawan yang dari sekolah lama disini. Moga dia orang boleh take care each other dan Iqa tak lah sunyi sangat sebab ada orang yang dah kenal. Lega sikit nak tinggalkan dia. Tak larat dah nak cerita ... aku kalau start menulis panjang berjela ... tak tahu nak stop. Kalau tak tulis ... hambik kau tak tulis langsung. Senyap sunyi blog. Jom layanz gambo :)



Iqa tengah mendaftarkan dirinyer sendiri
Cikgu suruh mak bapak duk jauh-jauh 



Dataran depan Library ... tempat pendaftaran
Ingatkan kita orang jer yang ramai menghantar Iqa
Rupernyer ada gak orang lain macam gitu
Semua ahli keluarga turun ... hehehehe



Masih di Dataran Perpustakan
Kat depan tu yang warna kuning tu bangunan pentadbiran
Pejabat sekolah ... dan bilik guru.
Belah kanan adalah kelas untuk Tingkatan 1
Dan Belah kiri (tak nampak dalam gambar) kelas untuk Tingkatan 4



Tempat berdaftar tu dalam Library nih
Tapi tak ada rupa Library ... satu buku pun tak ada lagi
Kerusi meja pun elok jer terletak tepi ... tak susun lagi
Masuk sekolah baru ni ada Pro dan Kontra nya
Best sebab semua barang baru ... Tak best sebab fasiliti masih banyak kurang


Kuarters Guru .... cantikkan
Betul betul terletak depan asrama Iqa



MRSM JB ni berjiran dengan UniKL Cawangan JB
Bangunan sebelah sana dengan Masjid dan Menara Air tu UniKL punya
Kira sharing pagar lah dia orang ni
Gersang lagi tempat ni, pokok pun semua baru tanam ... tak beso lagik



Asrama Iqa ... yang kaler cream tu
Yang oren tu rumah Warden
Kira every floor ada rumah warden



Padang dan mini stadium
Kedudukan MRSM ni kat atas bukit sebenonyer 
Bertempat di Bandar Seri Alam ... 28km dari Bandar JB
Dan kawasan atas bukit ni bakal jadi tempat study semuanyer
Sebab polisi Bandar Seri Alam ni salah satunyer adalah Bandar Pendidikan



Surau antara Bangunan Kelas dan Asrama
Sambung lagi ... 
Seri Alam ni macam Bukit Rahman Putra Sungai Buloh lah kira
Tapi best nyer ... kat bawah bukit ni ada banyak Shopping Centre
Such as Tesco Extra, Giant dan Jusco (Aeon) Tebrau
Ada KFC, Pizza dan Mc Donalds jugak ... bawah bukit jer. 
bak kata Fatin lagi, dia orang kengkadang call jer KFC, Pizza dan Mc D delivery 
Terus dia orang hantar ke MRSM ... hamboi mewah korang yer 



Dewan Sekolah berhampiran kelas



Bangunan Pejabat ... dari depan
Yang tadi tu pemandangan dari Library



Classroom dan Lab



Papan Tanda tunjuk kedudukan kat depan Pejabat


Masa lepas daftar tu Mak Tok dan Tok Abah bertolak dulu sebab nak menyinggah rumah kawan Tok Abah kat Majidee. Mak Tok dah nangis masa ni sebab na tinggalkan Iqa.  Kita orang dengan Iqa keluar lagi lepas daftar dan hantar barang masuk asrama, sebab tak sempat nak beli Bantal tidur dia semalam. Beli 'Pad Lock' sekali untuk locker dalam bilik. Sampai balik MRSM pukul 3, sempat lagi tolong kemaskan katil dan almari dia. Then masa untuk balik. Iqa dah meleleh airmata masa ni. Aku??? ... tak nangis, tapi bila tengok dia nangis, aku pun TERmeleleh sama lah airmata nih. Iyalah pun, sejak baby tak penah berpisah. Tapi demi masa depan, pengorbanan itu perlu. Seperti yang mak bisikkan kat telinga Iqa masa peluk-peluk nak balik tu "Mak sangat bangga dengan Iqa, dan berharap agar Iqa terus banggakan mak. Mak sayang Iqa" ... Huwa!!!!

p/s : terima kasih pada Fatin dan keluarga atas pertolongan dan tunjuk ajar. Dan Fatin terima kasih tolong masa kami baru sampai. Tunjukkan asrama dan bilik dan pesan nak kena bawak apa semua. Jasa anakanda sentiasa dikenang. Insya Allah nanti auntie belanja kek cekelat yer ;)

10 comments:

Dr. Rodzila Rodi said...

tahniah..
terharu lak..
rasa macam masih kenit Iqa tu..dah masuk MRSM dah..

dia mmg kebanggaan akak dan yg tolong book kan hotel tu..
semoga doa akak berpanjangan utk akak dan anak2 aka..

huwaaa...

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi

Terima Kasih Zila ... Doakan untuk anak-anak akak yang lain yer. Semoga cemerlang hendaknya. AMIN

zures said...

Salam. Rasanya kita lah yang jumpa kat PKNS tu. Cantik juga MRSM Johor Bahru tu kan. Salam perkenalan...

My Life My World said...

Zures - Wa'alaikumusalam. Iyer, rasanya betul. Hehehehe ... minat baca blog jugak yer. There saya ada catatkan saya jumpa satu family kat PKNS - Famili Zures lah tu ;)

Macammana anakanda di MRSM Kuala Klawang. Okay tak? Terima kasih yer baca blog saya :)

zures said...

Salam Acik. Tak sangka jumpa lagi di laman blog. Sungguh kecil dunia ni kan. Anak Zures ok je nampaknya setakat hari ni. Cuma kekadang bila susah nak jumpa tu yg mcm2 demandnyer...

norlisa said...

thank you for the so much pix of the MRSM. trying to inspire my son to persue to MRSM. what more JB :)

My Life My World said...

norlisa - Assalamualaikum, terima kasih sudi datang blog saya. Insya ALLAH takat ni MRSM JB sangat sangat best. Anak saya sangat suka duk sini, kecuali masa periksa dia stress. Hehehe... Semoga anak lisa berjaya ditempatkan di sini juga. AMIN

qistina eiman said...

Mrsm jb ni dekat ngan mane ek? boleh tahu x alamat mrsm jb,,,secepat mungkin >.<

Nur Hazirah said...

slm.nk tanye..ape warne baju sekolah ni yek?

Akito Uchiha said...

Assalamualaikum... nk tanya asrama dia satu bilik empat org ke kongsi ramai2?