Tuesday, July 17, 2012

CUPCAKES ON SALES @ HARI SUKAN SMK BUKIT RAHMAN PUTRA

AHAD, 15 Julai 2012

Semalam hari Sabtu - aku kerja .... menjelang tengahari Kak Long dah SMS tanya nak balik pukul berapa dan suruh beli barang-barang untuk buat cupcakes. Kali ni Cupcakes untuk jual di Temasya Sekolah. Sehari sebelumnya dia buat Cupcakes untuk tempahan kawan sekolah. Pagi sabtu tu, Kak Long dah start buat satu adunan, then banyak pulak barang yang dah habis, jadi nyer kena lah roger-roger mak untuk kiriman barang mentah. Mak okey jer !!! Seronok jugak bila Kak Long sangat teruja untuk berniaga. Aku rasa sebagai mak dia, memang patut kasik sokongan. Dia tanya aku "mak nak balik pukul berapa" tu bukan nyer hapa, dia tak larat nak buat cake ni banyak-banyak sensorang lah tu, dan perlukan pertolongan mak. Hokey ... asalkan Kak Long kemas balik dan make sure dapur bersih balik sudah. 




Seawal pukul 5.oo petang hingga pukul 10.00 malam. 
Kami berperang di dapur menyiapkan nya.
Maka kat cupcakes kat atas dan bawah ni lah antara hasil kami berdua .
Kami buat Carrot Cupcakes dan Red Velvet Cupcakes jer.
Dapat lah dalam 150 biji cupcakes semuanya.



Cerita bermula nak buat jual cupcakes ni begini ...
Minggu lepas, Kak Long bercerita kata classmate dia Asma ajak jual Cupcakes kat sekolah
So, dia minta pandangan aku okay ker tak ?
Aku kata ...why not. Tetiba aku lah teruja ... biasalah aku selalu terlebih sudu dari kuah 

Seronok jugak buat aktiviti tu ... duit pun dapat, walaupun terpaksalah keluar modal sendiri
Dan Kak Long rela nak korbankan elaun bulanan dia untuk beli barang
So yang tak cukup tu aku top-up lah mana-mana yang patut



Asma kawan kak long buat Oreo Chesse Cupcakes, Macaroon dan Red Velvet Cupcakes jugak.
Dia orang berdua share meja dan perkakasan. 




Bukan aku jer teruja, classmate dia orang pun excited gak. Siap angkutkan meja dan kerusi. Pinjamkan payung besar dan tolong bantu menjual Cupcakes. Tolong bungkuskan Cupcakes. Siap promo giler-giler punyer. Kawan-kawan dia tegur semua orang yang lalu depan gerai ni untuk singgah dan beli Cupcakes.  



Aku datang ke sekolah pukul 12.30 tengahari, lepas ambil Aran dari Latihan Tenis kat rumah cikgu dia. Malas nak balik rumah dan keluar 2-3 kali, terus jer lah aku tuju ke sekolah bertemankan Aran. Masa aku sampai tu, Cupcakes Kak Long dah tinggal sikit jer lagi ... Seronok Kak Long, sempatlah aku tengok dia berjual sekejap. Memang best ... lagi best sebab kesemua Cupcakes dia habis dijual. Alhamdullilah syukur sangat. Berbaloi projek kita semalam kan Kak Long. Duit yang Kak Long dapat tu kami dah bincang tak moh usik, kecuali untuk buat modal pusingan. Sebab kami berpakat nak beli ... beli apa??? Beli benda ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kaler ini atau ...


kaler ini atau


Kaler ini atau ...



Atau kaler ini  ....



kaler ini
Aduh ... rambang mata lah pulak kan
Jenuh ler nak gaduh dengan Kak Long pulak lepas ni, nak pilih kaler
:)

p/s : Gambar di atas adalah ihsan Fatihah Shahira (kawan Kak Kak Long) 
        Auntie nak ucap terima kasih yer untuk gambar-gambar nyer dengan ucapan Jasa Mu di Kenang
Meh datang umah nanti, makan cupcakes banyak banyak ... hehehe



9 comments:

Mrs Taz said...

sedap betul nampak cupcakes tu .. k.long, sementara tunggu reult SPM dah ada keje menunggu la ye .. hehe thumbs up! :D

My Life My World said...

Mrs Tas - Memang sedap ... Hahahaha tak per kan puji anak sendiri ;).

Memang itu pun target dia lepas SPM nanti. Nak belajar dan buat kek dan jual kek. Masalah nyer, marketing ... tak tahu nak jual kat sapa. Itu pun kalau tak terpilih masuk PLKN.

ayang said...

Sedap sedap sedap.. emmm... dapat gak ayg rasa red velvet kak long.. tq tq tq..

ayang said...
This comment has been removed by the author.
Fadzli Amir said...

Salam Kak....lama tak singgah. sibuk sanagat & masalah beruk band...hehehe..amboi rajinnyaaaa....bagus2...yang kaler ijau terang tu cantik...hehehe

My Life My World said...

ayang ... kira bertuah ayang dapat rasa Red Velvet Cake Kak Long ... hehehe. Nanti rasa mak dia buat pulak ek ;)

My Life My World said...

Fadzli Amir ... Wa'alaikumusalam dik. Itu lah lama betul tak singgah kan. Harap Sillatullrahim kita berpanjangan. AMIN.

Akak pun rasa ijau terang tu lawa dik, sebab tu gambo dia beso dari yang lain :)

Fadzli Amir said...

Selamat berpuasa....sibuk ke..lama tak bersiaran ....hehehe

Fadzli Amir said...

Salam...hehehe..masih cupcake??