Friday, December 25, 2015

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 52 TAHUN - ABAH DAN MAK



Alhamdullilah .... Mak dan Abah aku telah selamat melalui perkahwinan yang berusia 52 tahun. Kami adik beradik dan mak jugak cukup teruja nak meraikan abah dan mak. Mak seawal 2 minggu dah merancang nak buat makan makan anak beranak katanyer. Mak masak pulut dan buat rendang serta mee hoon. Mak memang suka masak. Apalagi sejak dah ada pembantu rumah ni, tambah mak suka masak, sebab kerja-kerja mencuci dan mengemas dan ada orang buat.





'Crepe Cake' yang telah ditaja oleh Ayah Long dan Mak Long ... abaikan muka Paan yang tengah sakit mata di belakang sana. Macam mana ler boleh ter'enter frame' kat situ. Hihihihihi













Part paling best ... acara potong memotong dan suap menyuap kek.
Abah memula buat-buat tak tahu jer bila nampak kek. 
Siap tanya, Eh! Birthday sapa. Alahai abah aku ni malu-malu ler pulak. 
Padahal dah tahu pun kan Gathering ni sempena Weeding Anniversary Abah dan Mak yang ke 52 tahun. Tapi abah tak ler larik, sebab anak anak dan cucu cucu semua dah keliling nak tengok adegan menarik ni. Hiihihihihi.







Siap ada mercun mercun bagai.... kesian kat Iqa yang tak ada kat rumah masa ni.
Kak Long sempat balik cuti sempena Krismas.
Oh yer ... Mercun adalah di taja oleh Ayah Cik.
Meriah... silap silap orang kampung ingat kami ni sambut Krismas. Muahahahahahha

Walaupun mak selalu jer merengek rengek manja tak puas hati dengan abah
Dan abah yang nampak macam tak peduli kat mak certain time tu.
Tapi Kak Cik percaya ... mak dan abah saling ambik berat dan sayang antara satu sama lain.

Masih teringat ... abah sanggup tidur di lantai beralaskan 'Totoo' temankan mak kat spital.
Dan mak yang sanggup tidur di sofa teman abah kat spital.

Masih teringat ... bila mak balik Kelantan berhari-hari dan abah tak ikut
Maka abah call mak kata anak-anak tanya mak sihat ker
Padahal kami tak tanya pun ... kami tahu abah rindu tapi malu nak mengaku

Masih teringat ... saat mak bercuti dengan aku
Mak duk asyik teringat abah kat rumah
Dah makan ke belum? buat apa agaknya?

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk Mak dan Abah
Semoga Mak dan Abah sentiasa sihat, bahagia 
dan gembira serta sentiasa bersama
sehingga ke Jannah
Aamiiinnnnn,,,,

2 comments:

Mrs Taz said...

Alahai ...sweeetnyaaaa .. semoga berkekalan bahagia hingga ke jannah <3

ayang said...

Happy anniversary Mak Tok & Tok Abah. Bestnye loving couple, 52 tahun suka duka bersama. Bahagianya. Suka tgk. Cinta sejati.Moga kekal til jannah.
Akak.. majuk2 manja mak tok tu sepesen je ngan mak ayg kat tepen tu. Abah ayg spesis tok abah gak, tapi sekali dia org tjk perrhhh.. romantiknya.. jelezzz tgk..