Friday, September 9, 2016

LAGU MENGINGATI KEKASIH YANG SATU

Lama betul tak bersiaran. Makin tua makin tak cukup masa rasanya. Ada jer benda nak di buat, tak cukup 24 jam. Sibuk memanjang. Dan malam cepat benar tidurnya, sebab penat. Faktor-faktor penuaan sedang melanda. Alhamdullilah, bangun awal pagi selalunyer. Nak bangun pun seksa, tapi terpaksalah memaksa diri.

Aku selalu lepas solat maghrib mesti duk melepak atas katil sambil melayan Astro Oasis dengar zikir, doa dan lagu-lagu nasyid serta ketuhanan. Dah melepak atas katil sambil dihembus hembus angin nyaman penghawa dingin ... tu yang selalu tidur dengan telekung dan tak menyempat nak solat Isyak tu. Hahahaha. Tapi semalam aku bertahan sebab nak keluar balik ambik Iqa kat Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan. Sampainyer pukul 11 malam, aduyai ... terpaksalah omak minum Nescaffe Original supaya tak tertidur masa drive nanti. Huhuhu....

Tetiba Astro Oasis pasang lagu Ketulusan Hati by Anuar Zain. Dalam hati aku berkata."Biar betul Astro Oasis ni, tak kan pasang lagu cintan cintun kat Channel Agama ni". Tapi mata tetap melekap kat TV sebab nak tahu apasal lagu ni dipasang. Sekali video clip dia untuk lagu ni buat aku menangis dan mengalirkan air mata. Selama ni aku tak sedar yang lagu ni adalah lagu ketuhanan. Aduyai, silap persepsi aku selama ni. Dah lah MV gambaran orang jalankan ibadat haji kat Mekah, sesuai la untuk kita yang nak sambut Hari Raya Haji ni. Dan dan tu aku rasa nak pi Mekah. Huhuhuhu. Allahuakhbar.




 Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk diri Mu
Kau dengarkan kasihku

(korus)
Mencintai Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri Mu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk diri Mu
Kau dengarkan kasihku




Pagi tadi masa terjebak dalam kesesakan lalulintas untuk pi Office, terdengar lah pulak lagu Faizal Tahir ... aku suka giler suara dia. Ingat biasa-biasa jer, tapi bila difahami lirik dalam lagu ni, rasa sebak pulak. Pun berunsur ketuhanan. Banyak sebenarnya lagu-lagu era zaman ini yang moden tapi punyai lirik yang bagus untuk dihayati. Membuatkan kita selalu mengingati kekasih kita iaitu Allah yang satu. Dalam masa tak sampai 12 jam aku didengarkan dengan lagu indah. Alhamdullilah. Serius bosan dengan lagu meleweh leweh memuja manusia dan putus kasih putus cinta segala. Hmmmm adakah ini tanda-tanda penuaan. Hahahahhaha




SEJATI

 Kau Selalu Ada
 Ku Tenggelam Dengan Dunia
 Kau Tetap Sempurna
 Ku Tak Sedar Waktu Beredar
 Andai Dipisah Engkau Dari Aku
 Gelap Gelita Musnah Semua
 Biar Mati Ku Mencuba Demi Bahagia
 Biar Sakit Dilukai, Dapat Ku Rasa
 Biar Nadi Ku Terhenti, Demi Ke Syurga
 Biar Selamanya Mencari, Cinta Sejati
 Sejati

Kau Selalu Ada
 Kau Tak Pernah Hilang Percaya
Kau Tetap Sahaja, Kau Cahaya Dalam Gelita
 Andai Dipisah Engkau Dari Aku
 Gelap Gelita Musnah Semua
 Biar Mati Ku Mencuba, Demi Bahagia
 Biar Sakit Dilukai, Dapat Ku Rasa
 Biar Nadi Ku Terhenti, Demi Ke Syurga
 Biar Selamanya Mencari, Cinta Sejati
 Sejati

 Sedar
 Sedar Aku Kau Yang Satu
 Tunjuk, Tunjukkan Ku Jalan Kepada Mu
 Diri Mu Yang Satu
 Biar Mati Ku Mencuba, Demi Bahagia
 Biar Sakit Dilukai, Dapat Ku Rasa
Biar Nadi Ku Terhenti Demi Ke Syurga
 Biar Selamanya Mencari, Cinta Sejaati
 Sejati, 

 Hanya Kau Satu Cinta Sejati
 Kau Selalu Ada.

No comments: