Thursday, August 26, 2010

EKSPERIMEN

Lamanyer rasa tak 'update' apa apa kat sini. Sibuk sangat nyer lah ... sampai tak sempat nak jengah blog sendiri. Asyik jer lah tak cukup tidur ... lambakan kerja kat opis tu pulak, semua dah masuk tahap 'URGENT!' jer lah pulak. Belum kira kerja yang kat rumah lagi. Berlambak dah baju kat Laundry Basket tak berlipat. Lantai rumah pun rasa macam berjalan kat tepi pantai, berpasir jer. Tension, stress semua ada bercampur baur. Alhamdullilah ... hari ni rasa lega sikit. Sempat lah bertarawih untuk 20 rakaat di masjid, selalu nyer aku buat 8 jer, lepas tu sambung witir kat rumah. Itu pun selepas mengambil satu tin Nescaffe sebagai tonik untuk tidak mengantuk. Kalau tidak yang buat 8 tu pun asyik pergi basuh muka tiap kali 2 rakaat ... hehehehe. Sampai saat ini mata dah tak boleh nak tutup ... tak tahu lah macam mana nak bangun dan masak untuk sahur nanti. Mintak mintak la tak terbabas alaggapa.


Apa cerita Aran ... senyuman sangat manis ???

Sajer jer nak cerita pasal Aran ... last week dia buat permintaan, "Mak, nanti tolong belikan Aran mentol dengan perumah mentol yer, Cikgu suruh sediakan nak buat ujikaji" .. Uish, mak oiiii .. baru darjah 2 kau dah nak kena buat ujikaji anak ku. Masa aku darjah 2 dulukala (1977), perkataan ujikaji pun tak ada dalam buku sekolah. Memang tiap tiap minggu ada jer permintaan dari anak anak ni. Ada jer lah yang nak suruh disediakan.



Jadi mak nyer yang penuh ke'innocent'an telah menyinggah ke Tesco untuk memenuhi permintaan anak tersayang dengan membeli mentol dan perumah mentol seperti di atas. Dan dengan rasa bangga nyer sambil tersenyum riang lalu berkata, "Aran ... nah mak dah belikan" ... si Anak pun merasa sangat 'happy' sebab mak nyer telah memenuhi permintaan nyer, dan rasa penuh tidak sabar untuk membawa nyer ke sekolah. Dengan penuh rasa teruja, bila balik kerja si ibu pun seronok ler nak bertanyakan macam mana kejayaan si anak buat eksperimen dengan perkakasan canggih yang disediakan. Lantas si anak telah bersuara "Mak, cikgu kata mentol dengan perumah yang mak beli tu tak leh pakai. Yang tu cikgu kata untuk pakai kat rumah jer boleh, power dia besar sangat". Laaaa ... silap ler mak yer, cian anak mak ;(


Maka semalam, si anak pun siap mintak lagi mentol dan perumah. Aku memula naik buntu gak, mana lah nak cari. 'Gamble' aci redah jer lah pergi Hardware ... siap survey mentol kecik sikit dari yang kat atas nun. Budak kedai yang berketurunan dari Indonesia itu pun bertanya aku, "nak carik apa?", aku kata anak aku darjah 2 nak buat eksperiman, so nak belikan mentol untuk dia. Chewah! budak kedai tu siap kata, bukan yang tu lah kak, (nasib kau panggil aku kakak, kalau panggil mak cik aku dah carik kedai lain dah), besar sangat mentol tu... "Anak akak darjah 2 kan, jadi dia kena beli mentol kecik ni, dengan perumah mentol dan perumah bateri ni. Kalau darjah 4 kena beli lebih sikit barang dia, kena tambah suis mentol". Aduhai! terer budak kedai hardware ni, macam lab assistant kat sekolah jer, aku cakap anak aku nak buat eksperimen untuk darjah 2 jer, dia semua boleh tahu. Gedabak gedebuk harga dia baru RM4.50 je. Compare Rm10 hengget mentol dan perumah yang aku beli kat TESCO minggu lepas.


Ni lah dia bahan secukup rasa untuk eksperiman nyer


Ini pulak budak yang bangga tak hengat sebab berjaya buat eksperimen nyer :P

Jadi nyer hari ni Aran dengan penuh rasa bangga bercerita Eksperimen dia berjaya ... hahahaha bersinar sinar mentol ... terang satu kelas (campur mentol dari kawan sekelas yang lain). Siap kata nanti kalau rumah kita 'Blackout', boleh pakai lampu eksperimen dia tu. Hik hik hik... dan aku rasa, aku dah macam "Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan" ... saya budak baru belajar" ( korang sambung ler sendiri pantun nyer yer). Banyak nyer aku tak tahu pasal persekolahan budak budak zaman sekarang ni, yang aku rasa terlalu 'advance compare' masa zaman aku dulu :)

Abang Hilman tumpang sekaki rasa bangga .. hik hik hik

8 comments:

azieazah said...

Wahhh canggih dah tu.
Anak Kak Azie Darjah 2 tak da pulak kena main mentol mcm tu, mungkin Cikgu dia jer sorang yg buat, diaorang tengok jer kot...

Tapi bagus lah, seawal macam ni dah leh buat xperimen sendiri mcm tu. Mesti happy giler tuu. Anak jantanlah katakannn...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

memanglah kak.. Bulan posa tahun ni letih dan ngantuk ya amat..
Anak kan kecik2 lagi.. mengacau sampai tak boleh nak tidur.


kat hardware ada kak? nanti boleh carikan utk budak2 ni..

ari tu ngelat buat cara dulu-kala.. hehe.

senyum simpul Aran bila dah jadi.

Anonymous said...

salam ros, makcik tumpang bangga aran dah minat benda2 macam tu ..agaknya budak2 hari ni lebih advance dari kita dulu ya..Marissa pun suka buat experiment dengan benda2 kertas n kad2..sebab suka tengul tv IQ..hehe..malah bilik ayah ngahnya dah dijadikan bilik projeknya..

IXORAROXI said...

wahhh Scientist in the making tu!

My Life My World said...

azieazah - Salam Ramadhan Kak AA

Itu lah dia, macam macam Budak Darjah 2 ni kena buat, kekadang macam tak percaya. Eh! betul ker ni ... tapi nak belajar punyer pasal, kita kenalah bagi sokongan kan :). Mamat ni memang suker jer dapat buat benda benda ni semua

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina

Iyalah Rina, tapi yang heran nya akak ni, orang bulan posa leh turun berat badan. Akak lak terbalik, naik jer berat badan. Hahahaha... tang letih tu, tunggu anak Rina besar sikit, heaven, tak ada orang kacau dah masa tido ;)

Nanti kalau nak beli barang tu, pergi kat Bandar Baru Sg. Buloh, ada Hardware shop sebelah AM Bank jer. Sebaris RHB, Public Bank dengan CIMB.

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik ... rindu dengan Mak Cik, rasa lama tak menyapa di sini.

Betul Mak Cik, budak sekarang ni memang lebih advance compare tu dulu. Semua dia tahu ... tu yang kekadang jadi takut bila dia tahu benda yang tak sepatutnya dia tahu pada umur macam gitu. Marissa mesti budak bijak macam mak dan nenek nyer jugak kan ;)

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam Ramadahan Ix :)

Insya ALLAH, harap masin mulut IX ... hehehehe ;D