Tuesday, October 5, 2010

PMR 2010




Hari ini dalam SEJARAH ... ker bakal jadi sejarah :) Pada tanggal 05 September 2010 tepat pada pukul 8.00 pagi tadi, maka bermulalah Peperiksaan Menengah Rendah @ PMR yang telah diduduki oleh anak sulung aku, Nur Farhanah Binti Hashim. Mak rasa amat suspen dan bangga ... suspen nyer sebab macam mak lak nak ambik peksa walaupun mak tak baca buku hik hik hik. Bangga sebab ... Wah! anak mak dan besar, dah boleh ambik PMR. Teringat masa mak ambik SRP dulukala. Bagai nak rak belajar tak ingat alam sekeliling dah.

Pagi tadi tanya Kak Long, "Kad Pengenalan dah bawak?" soalan yang memberi makna untuk aku jugak. Sebab masa SRP dulu lah kad pengenalan aku telah di curi orang dan aku terpaksa bawak paspot antarabangsa untuk peperiksaan hari esok nyer. Masa tu SRP aku kat Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Tu yang ingat bebeno tu. Dan jawapan Kak Long, "Alamak, lupa nak ambik Kad Pengenalan" ... nasib baik ler rumah beratus ratus kangkang kera jer. Balik semula lepas tu hantar kad pengenalan ke sekolah. Thanks Intan ... sebab sudi tunggu auntie kat post guard untuk ambik kad pengenalan Ana :D luv U lah.

Harapan ...

Mana lah ada mak yang tak harap anak berjayakan. Aku pun gitu lah gak. Semoga Kak Long berjaya ulangi kejayaan masa Trial PMR hari tu. 'Straight A' hokey. Jangan risau mak tak tipu nak kasi reward Beg Roxy kalau dapat 'Straight A'. (tulis kat blog ni kira akujanji dah nih). Itu jer yang mak mampu ... yang mahal mahal tu mintak dengan Abah ek ;D


GOOD LUCK Sayang! .... semoga dapat banggakan keluarga dan menjadi pemangkin serta contoh untuk adik adik yang lain.

6 comments:

IXORAROXI said...

all the best utk KAK LONG

mohdandmeriam said...

salam ros..ge,mbira ros dah mulai berblog..adalah kawan maya makcik..all the best to kak long,didoakan kak long dapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR..moga menjadi contoh buat adik2..

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam IX. Terima kasih for your wish :)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Insya ALLAH tak akan berhenti saya ber'blog' cuma slow dan laju jer yang tak boleh kawal. Amin atas doa Mak Cik.

azieazah said...

Maaf. Ada kekeliruan. Tadi komen kat FB Jaf, tertulis “moga ulangi kejayaan Kak Long” terlupa yang dia nilah sebenarnya Kak Long.

Maaf. Terlupa pangkat.


Semoga tenang dan dapat menjawab dgn lancar. Anak Kak Azie, pun PMR gak. Lelaki. Macam orang terror jer dia, tak baca buku pun. huhuhuhu.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Tak per kak, saya anggap kan Kak Long tu anak akak ... hehehe

AMIN atas doa akan untuk Kak Long Farhanah, semoga dapat ikut jejak Amoi akak :D