Friday, June 3, 2011

BERKENALAN DENGAN PATIN ... TERUS JATUH HATI

Hoye! Hoye! Hoye! Cuti Sekolah Penggal Ke-2 dah start Sabtu lepas 28 Mei 2011. Cheh! Mak bebudak yang lebih kan. Tumpang seronok sebab ... Tak payah bangun awal sangat nak prepare breakfast untuk sekolah anak-anak, tak payah jadi drebar hantar anak pergi sekolah, tak payah kasik duit belanja kat anak-anak ... Muahahahaha plus tak payah nak tempuh kesesakan lalulintas. Cuti sekolah kali ni aku cuma bawak anak-anak ke Pantai Timur. Tak ler jauh sangat setakat Pahang jer. Aku ambik cuti 30 dan 31 Mei 2011. Dua hari jer, itu pun masa balik dari cuti bos terus mengadu kat aku "U tak ada 2 hari, I boleh muntah darah oooo ..." hahahaha, macam best lah pulak dengar statement tulus ikhlas dia tu kan, rasa berharga jugak aku kat sini kan. Terperasan jap :) Wowowowowo ... dah kelaut lah pulak cerita aku nih, maklumlah dah lama tak merapu kat blog kan.




On the way to Kuantan, Abang Ngah aku merangkap Ketua Rombongan ajak singgah kat Temerloh. Dia nak suruh aku rasa Ikan Patin. Menapak lah kami beramai-ramai ke warung ikan Patin yang terletak betul betul tepi Sungai Temerloh. Kebetulan ada Pasar Tani lak kat situ. Jadinyer kereta tak leh masuk ke kawasan warung tu. Jauh jugaklah menapak dengan cuaca panas terik. Tapi berbaloi ... sangat sangat berbaloi. Best giler rasa Ikan Patin nih, sedap hingga menjilat jari. lagi sedap dari Ayam KFC. Hokey .... memang aku sangat-sangatlah ketinggalan nya, sebab dah tua bangka ni baru first time rasa Ikan Patin ... hukhukhuk



Memula masa Abang Ngah ajak tu cuak gak aku. "Aku tak mampu la nak makan Ikan Patin ni, mesti ratus-ratus macam cerita kat dalam paper tu kan" selamba jer aku cakap. Tapi abang aku kata, tak mahal lah. "Yang mahal tu kalau kau pergi makan kat restoran restoran beso tu". Warung ni memang ramai orang, kat meja masing-masing tak ada menu lain, semua masak tempoyak ikan patin ni. Abang aku cakap, kalau makan ikan patin tak yah lauk lain, kena kawinkan dengan ulam jer. Betul lah ... memang sedap betul. Makan masa nasi tengah panas, adalah pulak sambal belacan dengan ulam di waktu tengah panas terik lak tu. Abih meleleh air peluh dengan air-air hidung sekali ... hahahaha.



Seperiuk beso sekali dia letak kat tepi warung tu. Masa memula tu ingat nak makan part ekor, sebab kalau makan ikan, part ekor kan best. Tapi heran gak tu bila ramai lak yang mintak part kepala. Ghupa-ghupanyer part kepala tu lah sedap dan sangat-sangat lemak. Berebut aku dengan anak-anak cari part yang lembik-lembik tu ... hahahaha. Masa nak basuh tangan tu, jumpalah nenek yang tukang masak ikan patin tu tengah basuh ikan seperiuk. "Banyaknyer! nak masak lagi ker nih?" nenek tu kata memang dia akan berulang masak sebab warung tu tutup pukul 4.00 pagi. Tapi memang ramai orang pun warung nenek nih ... sampai tak ada meja kosong tuh.



Abih licin kita orang makan, 3 mangkuk beso masak tempoyak ikan patin nih. Tak ada lah mahal sangat. Makan tengahari untuk 9 orang tak sampai pun seratus hinggit. Insya ALLAH nak singgah lagi kat sini kalau berkesempatan nanti. Ni salah satu episod untuk cuti-cuti Malaysia kali ni ... nanti sambung lagi ek ;)







6 comments:

IXORAROXI said...

seronok dapat bercuti bila cuti sekolahkan..saya pernah cuba tapi memang tak boleh melepasi seleralah...belum apa2 dah kembang semacam rasa...ikan mahal ni..tu yg dulu ada cerita ada orang makan sekumpulan berbelas ribu kena bayor :D

azieazah said...

Kak Azie pernah makan 2 kali di Temerloh tu. 4 orang makan tak sampai pun RM60. Sebab warung biasa ni, kebanyakan guna patin sangkar.

Yang mehai tuh, patin sungai yang tangkap sendiri. Itu memang jenis baik dan kualiti tinggi. Tak heran ianya mahal.

*Psssttt lama tak update eh?

Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...

ayang said...

Semua orang kata sedap. Tapi ayang tetap kembang.. hehehehe.. Masa majlis bertunang adik ayang dulu kat temerloh, dia org hidang lauk gitu le.. Famous amos lauk gitu kat sana. Bandar Patin.

My Life My World said...

IXORAROXI - Cuti sekolah memang best Ix... mak nyer pun dapat rasa separa cuti. Saya ni IX tolak batu dengan kayu jer, entah entah kalau batu dan kayu tu boleh makan, yang tu pun saya makan. Nasib baik abang ngah bawak ke tempat tak mahal, mungkin patin sangkar yang dibela, sebab tu tak mahal sangat kut bak kata Kak AA kat atas nun :)

My Life My World said...

azieazah - Rasa macam nak pi Temerloh lagi makan ikan patin hehehehe.

Akak, saya baru nak update. Ni pun tengah warm-up. Tak per pelan pelan kayuh kan kan :)

My Life My World said...

ayang - selera kau sama dengan Ix kat atas nih. Memang berjodoh korang berdua kot. Hehehe. Akak tengok gambar rasa macam tak puas nak makan lagi dan lagi dan lagi dan lagi... Muahahaha. Sajer nak kasi kau lagi kembang tekak ;)