Wednesday, June 29, 2011

KENDURI KAWIN DI SERI MELAYU



Sorryyyyyyyyyyyy ... lambat betul nak meng'up-date' kisah ini. Sibuk bebeno kisahnya, baru hari ni boleh nak bernapas dengan leganya. Tapi masih banyak jugak kerja yang menanti untuk dikerjakan. Ini kisah 'attend' majlis kahwin kat Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay Kuala Lumpur pada 5 Jun 2011 yang lalu. Minggu ke 2 cuti sekolah. Lama dah pun, dah berkulat cerita nih ... hehehe. Sebab lama sangat duk dalam Kotak 'Draft'. Nak dibuang sayang, bolehlah nak dibuat reference untuk anak-anak dan diri sendiri nanti


Majlis Kawin ni adalah majlis sedara-mara. Mak Pengantin Pompuan adalah Cucu sedara Abah aku @ Nenek Pengantin pompuan adalah anak sedara abah aku @ Nenek Pengantin pompuan adalah sepupu aku. Ada pening tak ... hehehe. So Pengantin adalah Cicit Sedara Abah aku. Ini family Abah dari Johor. Merata anak sedara abah yang tinggal kat Johor. Ada yang masih hidup dan ada yang dah meninggal dunia. Kira abah aku umurnya lagi muda dari anak sedara sendiri.



Yang bertudung tengah borak dengan mak aku tu lah anak sedara abah a.k.a. sepupu aku. Ceh! jahat kau peros ... mentang-mentang lah orang lama, gambo terus black and white macam zaman perang jepun tuh .... Sihat lagi sepupu aku nih, masih ingat kat aku :)



Majlis-majlis macam ni jer lah yang dapat menemukan kami semua. Iyelah pulak, semua duk jauh kat Johor nun. Masa raya tak larat lak nak pusing satu Johor. Nak kata satu Johor, satu Kuala Lumpur ni pun tak abis pusing lagi masa raya. Tengok lah tu, abah aku yang hensem tu tengah menulis nombor nombor tepon anak anak sedara dia. Baru aku perasan, anak sedara tok abah pun rambut semua sama macam kaler abah ... putih kesemuanya. Kat sini jugaklah jumpa sedara kat KL yang jarang ketemu.




Segak tak anak teruna aku ... hehehehe. Kena pakai baju melayu, sebab dah tertulis kat kad jemputan tu. Orang pompuan kena pakai baju kurung dan orang lelaki kena pakai baju melayu. Semua orang kena pakai pakaian tradisional. Best gak ... lawa jer semua orang. Tak ada yang pakai T-Shirt tengkorak atau Manchester atau Arsenal atau Chelsea kat sini. Nasib baik anak-anak aku suka pakai baju melayu.










Makanan banyak ... boleh tahan sedap jugaklah. Berbagai kuih dan buah-buahan. Paling best sirap selasih. Anak aku kata selasih ni telur katak. Tak nak minum lah konon, dia orang minum sirap kosong jer. Tapi rasanya tekak aku ni lagi suka makanan yang di'serve' kat Kampung Pengantin. Suasana dalam ni berair-cond dan nyaman tapi agak sempit, sebab banyak meja kan. Rate paling murah untuk majlis kawin kat sini ada RM58.oo satu kepala. Info yang ni aku google jer. Kan dah kata ... beso sungguh modal nak kawin sekarang nih.





Majlis yang sangat meriah. Biasalah orang Johor lepas sanding mesti ada acara baling duit syiling dan gula-gula. Berduyun-duyun kanak-kanak di hadapan pelamin, tak termasuk anak aku ... malu lah pulak kononnya kan. Kalau lepas pun Aran sorang jer lah, yang lain semua dah beso macam orang dewasa. Yang seronok nyer ada kumpulan ghazal ... sedap jer telinga mendengar musik musik seperti ni kat majlis kawin. Bisa menambahkan selera makan yang sentiasa berselera :) Eh! itu jer lah nak cerita :)


5 comments:

azieazah said...

Bestnya dapat hadir majlis kat tempat2 macam nih. Lain tempat lain cara dan lain pula agendanya.

Ada muzik ghazal tu memang sangat spesel. Makan banyak pun takpa.


Mereka yang Kukenali (7): si “Nothing Special...”

My Life My World said...

azieazah - bukan selalu pun dapat pergi tempat spesel cam gini. Kengkadang jer ... tapi dapat lah merasa kelainan nyer.

Muzik ghazal tu memang best, tak sedar nasik bertambah.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

memang busy sangat eh ? Lama tak update. Kalau ada pun sampai terlepas pandang... hehehe..

Bestnya dapat hadir majlis cenggini. Ayu dan bersopan aje semua kat majlis tu.



*Saya dah dua-tiga kali bertembung dengan akak di Kuang/Dkat2 Kg Gombak tau ! Akak tak perasan saya kottt.. Pernah sekali ter high beam pulak. Saya lalu situ kalau nak ke Petronas BRP. Plet akak WEF kan ? hehe..

My Life My World said...

As-Salam Reen ... Soriiii, dah lama baru nak balas komen Reen. Akak dah lupa password sebenarnya. Dah penat type tetiba dia minta password tak boleh nak masuk. Hukhukhuk

Nanti kalau nampak akak, jerit dan lambai lambai yer. Kalau High Beam lampu tu ingat ker akak dah buat salah masa drive. Hehehehe. Teringin nak jumpa Reen live. Dah dekat dah tu plat no keta akak ... WEQ 515

cenetos said...

Kenduri ni mlm ke siang?? Mmg menarikk..hehe