Thursday, November 3, 2011

HUJUNG MINGGU YANG CACA MARBA

Caca Marba tu hapa yer ... bukan rojak ker? Hehehe itulah yang berlaku di hujung minggu aku. Caca Marba. Sabtu aku kerja ... berperang dengan paper work yang tak pernah abis. Dah lah tu, kena attend meeting, prepare minutes lah pulak. Haiyo, macam tak ada orang lain lah pulak kan, masa ni aku buzy masa tu jugaklah nak ada meeting bagai. Semalam meeting hari ni meeting, terjerit lah aku sekejap. Tension beb. Tapi kena jugak balik tepat waktu, 1.15 cabut balik umah. Aku tak tutup PC konon konon nak balik opis lah siapkan kerja petang nanti.

Sampai rumah collect anak-anak, sebab ada Kenduri kat Paya Jaras Hilir. Kenduri Akikah cucu Kak Sabariah, mak Iman Sakinah best friend Kak Long. Cantiknyer lah rumah baru Iman, rasa macam tak moh balik. Masa kami sampai tu dah pukul 2 lebih macam gitu. Lupalah pulak nak snap gambar, sebab sibuk isi perut dengan makanan yang sedap sedap. Lagi pun segan, dah lah yang datang rumah Iman macam orang orang kaya jer semua. Nampak sangatlah jakun bebeno aku ni. Jaga air muka beb. Hehehehe.

Dari Paya Jaras Hilir, rombongan Cik Kiah menghala ker The Store Sungai Buloh pulak. Carik 'Buah Tangan' sebab lepas ni nak pergi melawat sahabat ku yang sakit. Masnizai, kawan satu sekolah kat CBN dan Junior aku masa kat ITM Dungun. Kat mana aku pergi macam ada magnet, aku tak leh lar nak berpisah dengan dia. Dah lah jarak rumah dengan opis aku dalam 1/2 batu jer. Kita memang ditakdirkan bersama selalu Mas, aku tahu kau baca Blog aku ni ;) sebab kalau aku tak up-date kau mesti tanya apasal tak ada cerita. Terima kasih Mas.

Back to the story. Masnizai kena 'Bell's Palsy' iaitu "the muscles of her face become temporarily paralyzed. It affects just one side of the face. Ha, gitu lah sakitnyer, aku google jer, maksud dia, tak reti nak explain :) Dia kena masa tengah kerja kat opis tanpa dia sedari, orang yang tengok dia pulak yang perasaan sebahagian dari muka dia dah senget. Sedihnyer masa memula dapat tahu tu. Ada saluran darah blocking kat belakang telinga dia. Lepas buat CT Scan, Alhamdullilah blocking tu dah elok semula, dan muka dia dah okay sikit, tapi kena buat terapi, ikut kata Doktor kena ambik masa dalam 2 bulan untuk muka back to normal. Tapi tak lah teruk sangat muka dia masa aku datang tu, Mas kau tetap comel dan cantik ;) Ini pun aku tak ambik gambo, iyalah giler hapa orang tengah sakit kat muka lak tu, mahu aku kena halau balik dengan Mas nanti. Hehehehe .....

Keluar dari rumah Mas dah pukul 6.30pm, berlari masuk opis balik sebab nak Solat Asar. Hehehe ... niat nak buat kerja tak dapat diteruskan sebab malam ni Mak Tok pulak buat makan-makan. Keluar opis dah pukul 7.15pm, sebab tunggu solat Maghrib sekali. Sampai rumah Mak Tok dah pukul 8 malam. Mak Tok buat gathering sebab nanti masa Hari Raya Haji mak tok tak ada kat rumah ... Huwa!!! sebab Mak Tok balik Raya Haji kat Kelantan ... sob sob sob. Kami tak ikut, tak ada BUDGET dan aku ada banyak kerja dan anak anak sekolah dan anak anak tak moh balik Kelantan. Berapa banyak dan daaaa!!!

Seronoknyer bila dah berkumpul, dapat pulak makan-makan. Mak Tok masak memang sodap, biasa lah Mak kiter kan, kalau dia goreng ikan dengan sambal belacan pun tetap sedap. Gitu ler kiranyer hari yang sangat sibuk untuk kami. Alhamdullilah, berjaya jugak realisasikan apa yang dirancang. Syukur. Ahad, aku kerja. Anak-anak aku pepagi lagi aku dah post ker The Curve dengan duit 'stamp' sekali :) Tengok wayang dan window shopping kata nyer ... petang baru aku hambik. Ni hah, baru sempat nak update blog, punyer lah sibuk. Sibuk sibuk pun ada masa nak merapu lagi tuh ... peros peros.


Kat The Store, masa ni tengah tunggu orang kat belakang tu gubah bunga
untuk Buah Tangan nak bawak ker rumah Mas.


Masa ni Aran tengah kipas aku, panas ler pulak.
Budak tu tak bukak kipas. Buah-buah tu aku beli kat Supermarket
sebab nak letak kat bakul yang di gubah bunga tu.



Sempat lagi tengok YOUTUBE kisah Hantu 7Eleven kat Paka
Macam ngeri lah konon Aran tuh ... hehehehe


Lastly siap pun bunga. Bakul aku punyer (sempat carik kat The Store),
buah aku punyer (carik kat Supermarket The Store jugak)
Sebab kalau guna bakul dia, sangat kecik dan bunga pun kecik.
Harga pulak mahal ... jadi save sikit guna sendiri punya barang.
Tak adalah cantik sangat, tapi boleh ler ...
dah tak ada tempat lain lagi.


Macam nak bawak hantaran lah pugak.
Nasib baik Hilman rela hati dan tak malu nak bawak


Deretan makanan yang Mak Tok masak, dibantu oleh Timah.
Aku tak tolong pun, sorry yer Mak Tok, aku tolong makan jer.


Acara makan pun bermula


Acara berebut I-Pad bermula ... bingit.


Ni lah budaknyer yang kedekut giler, tak kasi share main
Orang lain sentuh dan ambik jer, terus dia melalak macam nak mati.
Apasal kau berubah perangai Yayah ... selalu baik jer.
Geramnyer Mak Lang. Siap aku provoke tak nak bawak dia pergi jalan.
Dia buat tak reti jer .... tak heran pun


Kakak dia pulak yang Cool ...
malas nak layan kerenah adik dia
Sarah sangat baik lah pulak, pandai beralah kat adik
Sejuk ati Mak Lang tengok kau sengih tak rela macam tu ... hehehehe

4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Betul caca marba tu kak !

Semoga kawan akak segera sembuh. Festaim dengar sakit macam tu.

My Life My World said...

azrina - sama samalah kita doakan yer Reen. Ini kawan akak yang ke 2 kena penyakit ni. Mungkin sebab terlalu stress. Dia kena jaga satu rumah ahli keluarga yang demam, tak tidur malam. Lastly dia yang sakit.

IXORAROXI said...

meleleh air liur nengok menu mak tok..perghhhhh!

My Life My World said...

Ixoraroxi - bukan awak jer meleleh, kita pun meleleh gak, menyesal lak tak makan banyak banyak... hahaha. Agak buruk perangaiku ;)