Saturday, January 7, 2012

HAPPY BIRTHDAY FARHAN HASHIM


SABTU, 7 Januari 2012

Hari ni hari jadi Aran a.k.a Paan. Aku sanggup tak tido malam tadi sebab nak tunggu detik 12 malam nak wish dia. Walaupun pada masa tu dia tengah nyenyak tido tak hengat. Aku lak yang terlebih-lebih meng'wish', jerit kat telinga dia "Selamat Hari Jadi Aran" ... muka dia tak ada perasaan sebab lena sangat. Tepuk tepuk pipi dia, picit picit pipi dia, nak kasi dia sedar yang aku tengah wish dia. Dia sekadar jawap ..."Hmmm ...." dengan mata yang tak terbukak pun, lepas tu tidur balik. Mak dia lak terlebih excited. Hahahahaha ... iyerlah kan anak bongsu aku dah masuk umur 10 tahun, tak ada nombor single lagi dah. Dah masuk 1 Series. Boleh gitu ... hahahaha.



Bangun pagi masa kejutkan dia Solat Subuh, sempat lagi wish utk 2nd time sebab takut dia tak ingat malam tadi. Kakak-kakak dan abang pun turut wish sama. Seronok nyer dia. Hehehehe. Senyum jer hari ni. Senyum ada makna tu, sebab nak tuntut hadiah ler tu. Aku kerja hari ni, tapi sempat sarapan Nasi Lemak airtangan Timah. Makan bersama-sama dengan Aran sebelum pergi kerja. Sorilah sayang mak, tahun ni tak ada kek. Nanti mak belanja makan sempena Birthday yer. Ni pun just coming back dari The Store carik hadiah dia. Dia nak Handphone ...aku dengan abah dia dengan dia sekali contribute duit untuk beli Handphone baru. Hish! baru 10 tahun hadiah dah demanding yer, tak tahulah lagi tahun depan nak apa. Jangan ler minta benda mengarut. Setakat yang mak mampu boleh ler kasik.


Anak bongsu ... aku tak tahu kenapa feel dia lain. Dulu masa aku kecik, bila tengok adik aku (bongsu masa tu) umur dah lapan tahun asyik melekap kat mak aku. Tak tahu nak kata, punyerlah aku meluat(cemburu selebihnyer). Dah beso pun nak duk bawah ketiak mak, macam tu lah aku merungut. Tapi sekarang anak bongsu aku, umur dah 10 tahun ... asyik ler melekap dengan aku. Janganlah adik beradik lain terasa dan mintak mintak lah dia orang faham. Tu lah dia, jangan mengata orang kan dah kena batang idung sendiri.





Muhammad Farhan Hashim ... Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 10 Sayang, semoga sentiasa didalam Rahmat, Perlindungan dan Kasih Sayang ALLAH selalu. Menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. AMIN.

Jom layan gambar hobi terbaru anak bongsu aku ni :) ......





2 comments:

Mrs Taz said...

Happy Birthday Pa'an,

maintain macho n hensem .. jadik anak soleh , hormati ibubapa dan belajar pandai2 k ? contohi kakak2 and abang ;)

psst: acik, acik tak pakai spek lawo woooo ..pakai contact lens je acik ..cun! ;) hehe

My Life My World said...

Mrs Taz - Thank you Zia. Amin Amin Amin atas doa Iqa. Sebijik copycat muka abah dia kan ;)

p/s : Hahahaha dah lama tak pakai lens. Malu lah pulak dengan statement Zia ni. Makacih.