Thursday, January 19, 2012

FREE PIZZA FOR LUNCH


Alhamdullilah, murah rezeki kami kat opis hari ni. Ada Sub-Kontraktor belanja Pizza. Memula tu ingat 2 keping sorang, sekali dia orang dah terlebih order. Jadinyer sorang dapat 4 keping Pizza Large punyer portion. Aku hanya makan 1 portion jer dah kenyang. Lagi 3 ingat nak bawak baliklah petang ni.



Hikhikhik ... tetiba mood untuk up-date blog datang mencanak canak. Sebabnyer mood nak kerja dah turun mendadak. Orang lain yang nak raya aku lak yang dapat mood raya dia orang ni. Macam mana tu. Tapi urgent job kena jugak buat. Lagi satu mood update adalah rajin sebab .... Jeng Jeng Jeng sebab aku dapat benda ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Mak punyer :)

Iqa punyer ;)

Bukan hanya Iqa jer yang dapat hadiah Laptop sempena Straight A's dalam PMR hari tu. Mak dia pun dapat gak .... Samsung Galaxy Tab. Terima Kasih Abah. Jadi kerja meng'up-date' adalah sangat mudah. Ambik gambar kat Tab boleh terus bawak masuk blog. Boleh terus up-date kat Tab. Aduh bahagianyer hidup. Alhamdullilah Syukur. Doa ler aku tambah rajin. Takut kemalasan datang melanda jer nih. Hehehehe

p/s : Aku dah pandai membesokan gambar. Terima Kasih Iqa sebab ajar mak :) tapi mak tak reti lagi nak letak 'watermark'. 

8 comments:

Mrs Taz said...

wow... cayang achim kat acik ek? ehehehe

Mrs Taz said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Taz said...

acik, comment bawah tu zia delete sbab tertekan dua kali hahaha .. isi kandungannya sama je =P

My Life My World said...

Mrs Taz - Tu ler tetiba banyak lak komen selalu nyer tak ada. Hahahaha.

Yang komen first tu nak jawab budget artis boleh ; No Komen. Hehehehe

azieazah said...

Tapi gambar masih kehijauan dan belum sharp enough. Kena improve skill lagi. hehehe

Tahniah!

Watermark adalah sangat senang.

Guna Photoscape (jika takda Photoshop) dan taip jer nama or brand sendiri.

Enjoy!~

Dr. Rodzila Rodi said...

nak jadik anak angkat bole?
huhu

My Life My World said...

azieazah - gambar ni jenis kehijauan kak, sebab saya pakai FxCamera kat Tab ni dan guna application ToyCam. Dia ada banyak application antaranya Polandroid, Fisheye, Symmetricam, Warhol dan Normal.

Saya baru nak belajar. Tu yang tak pandai lagi Hehehehe. Watermark tak belajar lagi. Nak kena upload Photoscape kat sini pulak. Tunggu Iqa lah nampak nyer :)

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Jadi anak angkat untuk akak alamatnyer kau tak dapat apa apa lah dik . Hahahahha. Lain ler kau jadi anak angkat kat pemberi Laptop tu hehehehe