Friday, January 20, 2012

PRE CHINESE NEW YEAR CELEBRATION



Aku ingatkan aku dah awal pagi ni, ghupernyer ada lagi orang yang awal datang dari aku. Selalunyer parking kat depan opis ni kosong ... tapi hari ni dah berjujut kereta. Nengok tanglung-tanglung yang tergantung tu buatkan mood raya aku datang lagi. Walaupun bukan raya aku. Hehehehe ... tak kiralah tempias nyer dapat kat aku jugakan. Kalau malam-malam lampu tanglung ni bercahaya, suasana dia cantik sangat.



Nak masuk opis jumpa lah pulak dua tiga bijik buah oren kecik ni tergolek-golek ke lantai, gugur dari pokok yang terletak kat kiri kanan pintu masuk opis. Meriah nyer lah rasa. Ada sarung angpow tergantung kat pokok oren ni. Kalau berisi best jugak kan ;) kayo acik. 

Kompeni aku carik makan ni 'Chinese Companies' ... jadi memanglah meriah yang amat kalau nak datang Tahun Baru Cina ni. Waktu-waktu ni lah High Ranking Officer akan mengemas bilik-bilik dia orang. Kasik clear semua barang yang tahun sebelumnyer. Cuti panjang yang kita orang dapat pun pada waktu ni lah jugak. Gaji awal pun waktu ni lah jugak. Bonus dan Kenaikan Gaji pun waktu ni lah jugak. Erk! ada ker bonus dan kenaikan gaji aku tahun nih. Huhuhuhu ....




Dah masuk opis pulak ... berderet hamper hamper ni beratur kat kaunter 'Receptionist'. Belum lagi berkotak-kotak limau kat satu sudut yang lain. Aku sekadar meninjau jer lah, suka tengok dia orang punyer packaging. Cantik-cantik dan kemas tersusun. Bakul-bakul yang menarik. Rasa nak cakap jer kat Boss,"Kalau tak moh bakul tu kasik I boleh?" hehehehe. Tapi yer lah pulak, aku ni sapa kan, cuma melukut kat tepi gantang jer. Makin dekat nak raya cina ni, makin bertambah-tambah hamper. Belum masuk kotak 'cookies' dan ada jugak yang kasik artificial bunga orked. Aku nampak semalam, bunga ni cantik sangat dan besar jugak. Berapa ratus ler harga dia ek.




Pagi tadi kita orang ada Annual Meeting. Hehehe ... kat sini meeting nyer setahun sekali jer. Masa ni ler nak kena tembak dengan boss kat depan orang ramai. Tahan jer lah. Nak buat macammana kan, kita ni pekerja dan 'Boss is always right'. Aku dah nak masuk tahun ke 19 kat sini. Dan masih setia disini. Terbukit aku ni pencinta yang setia. Hehehehe.  Nak pergi tempat lain pun takut orang dah tak moh terima. Maklumlah dah kertu. Tempat ni sangat bermakna untuk aku. Dari syarikat sewa pejabat di ruang kecil atas kedai jual spare part motor, ke pejabat sendiri dilot kedai 4 tingkat, dan sekarang ke Bangunan sendiri yang besar cenggini. Aku membesar dan tua di sini. Alhamdullilah aku senang di sini. Dan semoga jodoh aku di sini berpanjangan sampai pencen :)

2 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah dah 19 tahun..
kalau acik ni keje gomen..dah 32 tahun..nak tunggu pencen je..5 tahun lagi..tak mo acik sampai umur 60..buat di main2kan dek orang muda je nanti..

My Life My World said...

Acik Erna - Alamak macam sikit jer saya dibandingkan dengan akak. Saya baru 19 tahun, akak dah 32 tahun :)

Tu lah, nak jugak rehat-rehatkan. Main-main dengan cucu cucu nanti. Insya Allah.