Saturday, March 24, 2012

'RUNNING MAN' NAK DATANG MALAYSIA


 

'Runing Man' apa tu? Ini lah siri TV dari Korea yang menjadi kegilaan kita orang anak beranak sekarang ni. Boleh ditonton di siaran 393 OneHD di ASTRO. Kita orang tak pernah nak miss lah siaran dia ni di petang jumaat, ulangan subuh sabtu dan tengah malam Isnin. Sanggup tunggu siaran ulangan dia pun, giler betul. Realiti TV yang sangat menghiburkan dan menjadi Fenomena kat Rantau Asia termasuk Malaysia. Sikit sebanyak aku pun dah terpengaruh dengan kegilaan K-POP anak anak sekarang nih. Hehehehe ... tak sangka sungguh.

Semalam masa kutip Kak Long kat tuittion, dia excited giler biler cerita kata 'Running Man' nak datang Malaysia. Balik rumah dia siaran ulangan kan cerita tu pulak kat adik-adik dia ... punyerlah semua excited giler. Dia orang kalau boleh nak pi tunggu kat KLIA nak tengok pemain 'Running Man' ni dari dekat. Hahahaha ...

Betul, cerita ni memang best. Memula tu aku dengar dari mulut anak-anak jer, tak ada pot lah aku nak ikut sama. Tapi bila tengok sekali jer, aku dah terheret sama, tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Sampai aku pun dah turut hafal nama-nama 8 orang ni semua. Hikhikhik. Dan semestinyer yang paling kita orang sukai adalah Kim Jong Kook. Si Harimau atau pembela yang sentiasa 'cool'. Okay lah, nak sambung kerja balik :)

1 comment:

Unknown said...

grab runningman t-shirt
kang gary t-shirt
visit:http://tshirtgarism.blogspot.com/