Saturday, March 31, 2012

SI PEMOTONG EPAL

Dah lama dah beli benda ni sebenornyer. Dan dah banyak kali pakai pun. Memandangkan ianya amat berjasa pada aku selama ini, maka aku dedikasikan post ni untuk si pemotong epal aku ni. Aku memang suka sangat makan buah, tapi aku sangat lah malas nak potong buah. Asyik tunggu orang potongkan ajer. Kekadang naik lisut buah dalam peti ais sebab malas nak potong punyer pasal. Hahahaha....tahap melampau malas potong buah aku ni. Kalau orang potongkan laju jer abis nyer. Lagi best kalau ada orang tolong suapkan ... Hahahaha.

Memperkenalkan si pemotong buah aku. Yang aku beli kat IKEA, sangat murah harganyer yang tak sampai 10 hengget pun. Tapi bila kali kedua aku nak pi beli lagi, dah abih stok pulak. Sampai ke hari ni , tiap kali pergi IKEA aku mesti carik benda ni, tapi tak penahnyer ada.

Dan si pemotong buah ini jugaklah yang telah makan tangan aku masa memula aku nak gunakan nyer. Tajam giler bilah-bilah dia tu. Abih darah aku setengah mangkuk kut masa tu. Banyak giler darah keluar. Anak-anak aku satu rumah dah panik. Siap call Mak Su dia (Mak Su bakal nurse). Berlari-lari Mak Su naik rumah aku bawah First Aid Kit dia. Menggelabah dengar suara anak buah kesayangan yang tak keruan. Tapi sebelum tu aku dah letak dengan serbuk kopi tempat luka yang dalam tu. Mak aku cakap kalau nak 'stop'kan darah letak serbuk kopi. Berkesan lah jugak, tapi pedih giler tok sah nak cerita lah.

Walaupun kau dah makan tangan aku sampai berdarah, tapi aku tetap sayang kat kau si pemotong epal. Sebab kau banyak jasa kat aku yang dikira pemalas nih. 



Tu ler dia nyer 'Si Hijau' Pemotong Epal ku.
Memula basuk ler epal tu, buang segala pelekat kat situ.
Kalau suker buang ler kulit epal tu yer
Dan seperti biasa, aku suka makan dengan kulit-kulit nyer.
Hehehehee ... dasar pemalas 


Tapak dan pemotong boleh dipisahkan
Letak Epal kat tapak pemotong tu yer ... tuan dan puan



Letak pemotong kat atas epal
Yang bulat tu letak betul betul kat tengah epal
Orang panggil pulur kan ... haa letak tengah pulur buah epal tu



Then lepas tu, pegang bekas di kedua-dua belah pemotong
Guna tangan kiri dan kanan ... TEKAN
Siap untuk di makan ... senang kan kan kan ;)

6 comments:

Fadzli Amir said...

Salam Kak...Sorry la tak sempat nak jengah...Sama la ngan saya, pemalas nak kupas, selalunya basuh terus gigit je..selalunya kat umah Cik Wife yg kupaskan...kat opis terus ngap...hehehe

My Life My World said...

Fadzli Amir - Wa'alaikumusalam adikku. Kau pemalas ada gak ampun dik, kau lelaki. Akak ni pompuan pun malas. Hahahahaha ... jangan ler anak aku baca benda nih :)

azieazah said...

Kalu ada jumpa kat mana-mana nanti, Kak Azie memang nak kena beli ni. Sebab buah selalu ada, esp epal ler. Tapi yg tukang kupas, pun kita. Tukang beli pun kita. Yang nak makan, ramai, yang potong semua malas.

uhhhh!

My Life My World said...

azieazah ... hehehehe gitulah bila jadik ibu. Saya dalam malas ni pun kalau anak merengek nak makan, gagahkan lah jugak diri pi mengopek.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum


sapa yang menginovasi bende nie..besar sungguh jasanya kerana mempermudahkan urusan orang lain kans....

My Life My World said...

sahromnasrudin - memang memudahkan kerja sungguh. Harap banyaklah perkara seumpama ini dicipta untuk memudahkan kita. Atau kita akan menjadi semakin malas ;)