Friday, April 13, 2012

@ AEON RAWANG



Ini menambahkan kegumbiraan di dalam hati saya. Hoye hoye hoye JJ dah ada kat Rawang. JJ??? arghhhh tak kira lah, walau dia dah tukar nama AEON aku tetap nak panggil JJ. Panggil Aeon tak best, macam nama syarikat pengedar keta jer. Nanti keliru lah ... hehehe (alasan jer tu). Dan lokasi di Rawang ni pulak bukan nyer terletak kat tengah-tengah pekan Rawang yang sentiasa sesak tu, tapi dekat jer dengan area Kundang. Oh sangat suka, sangat suka. To be exact, kalau keluar dari Jalan Kundang nak ke Rawang tu, ambik jalan belah kanan. Kalau kiri pergi Tasek Puteri / Batu Arang. Dah ambik kanan tu, lepas jer simpang lampu isyarat nak ke Bandar Country Homes tu ... himpit kiri. Dah sampai pun.

Tak perlu lah nak bersesak di Jalanraya, tak perlu juga nak bayar tol . Hanya 20 minit dari rumah. Wah! sangat cepat sampai. Cuma kena berhati-hati jerlah dengan monyet-monyet yang berderetan kat jalan antara Kundang ke Rawang tu. Phew! banyak betul monyet-monyet tu sekarang, dah makin bertambah bilangan dari selalu. Dan lagi satu, kalau nak datang sini kena lah di siang hari. Sebab jalan antara Kundang dan Rawang tu tak ada lampu jalan. Agak menyeramkan jugaklah. Tapi aku tahu anak-anak aku dah ada tempat soping macam ni, dia orang ni tetap nak pergi One Utama dan Curve jugak. Maklumlah kat sini tak glamour. Huhuhuhu ...  Jom layang gambo ;)


Tapi tak lah sebesar Aeon Bukit Tinggi yang bertingkat-tingkat tu, kat sini 2 tingkat jer
Eh! kat sini pun ada TGV jugak ... boleh ler boring boring kat umah datang tengok wayang kat sini ;)

 
 Pok Cik sapa lah ni, menghalang pemandangan aku jer ... tetiba jer ada dalam gambo :(


Kat lorong ni penuh kedai makan sesaja ...
Ada Pizza Hut, Kopitiam, Ada Wendy's, Chicken Rice Shop
 ... dan bla bla bla (tak hengat dah)


Boleh tahan ramai gak orang kat sini, tapi tak ler sesak macam
zaman Globe Silk Store masa aku kecik dolu-dolu



Kak Long mesti marah aku letak gambo dia nih ....
hahahahaha ... harap dia tak tahu. Syyyyyyhhhhhhhhh .... 


Kedai-kedai branded pun banyak gak kat sini
Tapi aku tak pusing abis, sebab nak balik cepat




Aku tak shopping apa pun 
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 Tak shopping hapa pun, tapi nampak tak 2 buntil plastik hijau yang beso tu
Aku dera anak dara aku dua orang tu tukang hangkut 
Sambil berlenggang kangkung jer dia orang bawak
Bukan apa pun, adalah bantal kecik 4 ketul jer... hehehehe
Ringan jer, kalau berat, mahu diseret oleh 2 orang budak pompuan nih.


2 comments:

Ahmad Naim said...

cantik gak AEON Rawang nih...besar jer..makin membangun la kat sn yer

My Life My World said...

Cantik ... tapi tak lah besar sangat. Boleh lah untuk tidak bersesak sesak ke Kuala Lumpur. Terima kasih Ahmad Naim sampai blog ni :)