Saturday, May 12, 2012

LOST WORLD OF TAMBUN

Hola ... bersiaran lagi kali ini selepas HILANG sewaktu Mencari Kota Yang Hilang dipertengahan bulan April. Fuh! lama betul aku hilang. Hehehehe.Tapi sempat jugak berlari ke Selatan tanah air menghantar Iqa mencari ilmu . Dan kini kembali ke Ibukota cinta untuk meneruskan laporan pengembaraan yang best sangat. 


Kami sampai Sabtu dalam pukul 4.00 petang lebih kurang macam gitu. Bertolak agak lambat dari Sg. Buloh ke Ipoh, sebab pagi nyer kena attend Hari Anugerah Cemerlang kat SMK Bukit Rahman Putra. Sebelum Check-In kat Hotel Lost World of Tambun ni, kami singgah Giant yang letaknyer belakang hotel ni jer, untuk makan dan carik barang untuk kudap kudap. Tengok dari luar hotel ni macam ala-ala jer lah. Tapi bila bukak kunci bilik jer dan masuk ... Wallah! cantik giler bilik dia (bagi aku dan anak-anak ler) Ada ruang tamu lagi, Ada dua bilik air, pantry, sofa yang enak banget, TV Skrin leper sampai dua tu. Katil berzaiz King yang empuk dan enak sekali. Sekaligus membuatkan aku jadi kesian lah pulak kat En Penaja sebab harga bilik ni satu malam agak mahal ler bagi aku.  (Ehem! Sunway ... siler kasik diskaun pada saya selepas ini, sebab iklan percuma ini). Ke'jakun'an aku membuatkan aku malas nyer nak keluar dari bilik ni. Yang lain keluar malam tu pi Kolam Air Panas kat 'Lost World of Tambun'. Tinggal aku dengan Kak Long jer tak pergi, sementelah kami dikunjungi Bulan Purnama pulak, mana boleh berendam. Redha jer lah.




Pagi pulak dapat boucher free breakfast ... tapi yer lah mana cukup utk rakyat yang ramai kan. So ada yang pi makan kat Mc Donald yang kalau berjalan kaki ambik masa tak sampai 5 minit dari bilik hotel. Then selepas berkemas utk Check-Out terus ler mengunjungi 'Lost World Of Tambun' . Rugi nyer aku tak leh mandi ... so jalan-jalan jer lah kat dalam kawasan yang agak luas jugak ni. Nasib baik kat dalam ni, bukan hanya ada Taman Tema Air ... Ada Muzium 'Mines' jugak. Kat Muzium yang dibuat secara terbuka tanpa bangunan ni, dia ceritalah yang Tambun ni dulu tempat Lombong Bijih Timah. Ada lah gambar-gambar orang yang bertanggungjawab mengusahakan lombong, gambar-gambar lombong dahulu dan segala penerangan, cara mem'bijih' dan contoh logam tu. Sangat menarik. Meh nengok gambar kami kat Muzium nih ...



Singgah kat Gua terbuka yang ada banyak 'Specimen' pasal bijih timah.
Hilman tak berbaju sebab sebelum ni dia orang pergi mandi



Terjumpa lak sekawan 'Gajah' yang kaku dan sangat baik hati
Sebab membenarkan kami melepak di atas nya.



Ada kawasan mendulang Bijih Timah di sini
Cantik tempat ni .. kat belakang sana ada air terjun comel,
Kalau ikut kan hati, mahu jer anak-anak aku turut tolong 'minah' 2 orang ni mendulang
Sambil sambil main air kat situ ... hehehe
Tapi ada Uncle Guard pulak berjaga kat situ tak kasik kami kacau 'orang' mendulang


Jalan-jalan lagi ...jumpa pulak kawasan unik ni. 
Dipanggil 'Needle of Tambun'.


Tak dapat 'Tower of Pisa' atau 'Menara Effiel' ... kat sini 'Needle of Tambun' pun jadi lah.
Untuk permulaan :)



Seronoknyer kawasan ni masih hijau terpelihara dan belum tercemar lagik



Antara apa yang terdapat kat kawasan ni. 
Selain dari tempat main air



Ni pulak 'Petting Zoo'
Yang boleh tahan beso nyer.
Ada Rabbit ,,,


Ada ular berlingkor atas pagar ...


Ada perbagai spesis burung burung cantik
Yang dengan selamba nyer berjalan kat sebelah kiter jer



Leka sungguh melayan haiwan-haiwan jinak kat Petting Zoo ni kan ... 
sehingga tak sedar ....



Sampai kat tempat ular yang tengah melepak ni
betul betul depan mata ... terjerit seketika
memang terkejut sebab ular ni tak duduk dalam sanggkar
Lepaknye betul betul atas batu kat tepi kawasan burung tu
Tapi ni ular jinak kut 
sebab tu orang kat Petting Zoo ni letak kat kawasan terbuka macam gini



Seronok nyer tengok kura-kura yang sedang menjemurkan diri ni
Berebut kawasan menimpa antara satu sama lain


Perjalanan nak ke kawasan Rusa dan Kambing
Dan haiwan yang sewaktu dengannnya
Kawasan ni sejuk dan mendamaikan



Dan berbau haiwan jugak ... sendiri faham sudah :)




Lorong antara bukit ... antara yang menarik hati



Dan ini juga ... tapi rasa nyer ini air terjun buatan
Tapi tetap menarik.


Dan kembali ke 'Water Park' semula ... untuk menyejukkan diri



Sampai 4 kali budak 2 orang ni naik benda nih ....
Sebab 'Q' tak ada orang
Dah turun naik balik turum naik balik,,, gitu ler


Sama ler kat tempat ni jugak


Dan sampai lah masa untuk tinggal kan Lost World of Tambun
Pencarian yang indah ... apa yang kita orang jumpa ??
benda benda kat atas ni ler ... hehehe
Tak sempat nak sesat pun :p







Dan akhir sekali ,,,
Terima kasih daun keladi untuk penaja utama kami
dengan ucapan ... lepas ni kat mana pulak yer ... hehehehehe

8 comments:

ayang said...

Best la jalan ada penaja kan kan kan..
emm.. ayg org perak pun tak pernah sampai lagi..cedih..
FM lost world of tambun utk i takde ke???

My Life My World said...

Ayang ... ada penaja kan, segala-galanyer best. Hehehehe ... iyer lah pulak kan. Memang selalu gitu, orang luar lebih menghargai apa yang kita ada. Akak pun macam tu jugak. Muzium Negara tu ... 20 tahun sekali jer pun tak tentu

FM ... sowi ler adik ku. Akak mu ini pun terlupa nak beli. Pensil hotel pun lupa nak cilok. Sowi yer :)

miss April said...

best lah.saya dari dulu teringin nak pergi tp smp sekarang hampeh

Mrs Taz said...

woot! woot! .. ngehehe baru la lengkap dan seronok ada abg penaja join sekali ... happy giler kita tengok , mudah2an doa ku termakbul .. sob! sob! terharu kita :')

My Life My World said...

Miss April - Ni yang kena pergi nih... supaya tidak hampeh lagi. Hehehe. Fee dia tak lah semahal kat Sunway Lagoon. Tapi bestnyer sebab banyak lah aktiviti boleh buat kat dalam nih.

My Life My World said...

Mrs Taz - Nenonenoneno ... happy jangan sampai giler, nanti kena naik van spital pergi Spital Bahagia ... hehehehe. Gurau jer ;)

Dr. Rodzila Rodi said...

teaser En.Penaja,
gambar paling berharga dalam post ini..

ke Kuching la lepas ni kak oi..:P

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - hahahaha ... memang mahal pun. Satu tu jer yang ada dalam kamera akak kau ni ;)