ISNIN, 05 NOVEMBER 2012
Jadual periksa Kak Long
Akhirnya tarikh ini tiba jua saat ini. Entah kenapa hati rasa sayu sangat bila mengenangkan Kak Long yang bakal mengakhiri zaman persekolahannya. Mengenangkan Kak Long yang akan menduduki SPM tahun ni. Sayu ker syahdu ... aku pun dah tak tahu yang mana satu. Pejam celik pejam celik macam tak percaya Kak Long dah abis sekolah, dah tak ada uniform putih biru akan membaluti tubuh, dah tak ada aku nak hantar dia pergi sekolah. Dah tak ada buku teks bertimbun dalam bilik dan bersepah di serata ceruk rumah (dia tak suka study setempat) dah tak ada buku ulangkaji KBSM kat rak buku. Oh! dah besar anak aku. Dan sorang lagi bakal meninggalkan aku tahun depan. Huhuhuhu ... makin sikit orang kat rumah ni. Huwa !!!! Yang ada pun orang lelaki jer lah, aku dah tak ada geng lepas ni Huwa !!! tu yang buat hati sayu tu kut. Sob sob sob.
Mak percaya Kak Long dah cukup bersedia menghadapi peperiksaan ini kan
Kak Long berani dan sentiasa bersedia
Mak pulak yang kecut perut tengok Kak Long study
Mak yang kecut perut kenangkan SPM ni
UPSR dan PMR mak tak terasa lah sangat
Sebab mak tahu Kak Long boleh dapat Straight 'A'
Mak yakin sesangat dengan Kak Long
Tapi ini SPM ... SPM di ulangi SPM SPM SPM SPM (cukup cukup cukup)
Mak Su dan Kak Long
Dialog 2-3 minggu lepas
Kak Long : Mak, jangan gantung harapan tinggi sangat untuk Kak Long yer mak
Mak : Okay Kak Long, mak faham. Mak tahu Kak Long study macam mana, Mak nampak Kak Long study. Kalau dah tak ada rezeki nanti nak buat macammana kan. Mak nampak usaha Kak Long, kita berserah, tawakal dan redha je lah lepas ni yer.
Dialog 1 jam sebelum periksa tadi
Mak : Kak Long buat yang terbaik yer, jangan gelabah yer, jangan buat careless mistake yer
Kak Long : Mak, boleh tak jangan nasihat benda negative. Mak nasihat yang positif jer lah
Aku : terkedu (dalam hati alamak, kena carik perkataan positif lah pulak banyak banyak lepas ni)
Mak tahu Kak Long stress kan, lagi lah mak nak buat sembang Mak Jemah... hahahahaha
Kak Long a.k.a. Nur Farhanah
dan Susu a.k.a. Nurul Farhana
Mak mengaku masa mak SPM dulu, mak pun kuat study
Tak kira tempat kat tangan mesti ada buku
Sebab nyer mak tak dikurniakan otak yang cerdik
Jadi mak rasa dengan kerajinan jer lah mak boleh capai keputusan cemerlang
Alhamdullilah, mak dapat 1st Grade walaupun tak lah cantik sangat aggregate nya
Mak tabik dengan Kak Long
Serajin-rajin mak, rajin lagi Kak Long
Kak Long pun dah jadi kembar siam dengan buku
Mungkin ada orang meluat kut bila tengok kat tangan sentiasa ada buku
Walaupun pergi shopping, walaupun pergi beraya, walaupun ada kenduri
Sebab nanti Kak Long akan mengelabah kalau buku tak ada kat tangan
Sebab Kak Long akan risau dalam satu hari tu tak buat ulangkaji
Imon, Kak Long dan Susu
Mak selalu pesan, carilah kawan yang baik
Kalau salah pilih kawan nanti hidup kita yang akan hancur
Alhamdullilah, kawan-kawan Kak Long semua yang baik dan cerdik
Especially BFF Kak Long, Susu
Salah seorang best student kat MRSM Tun Ghaffar Baba dengan CGPA 3.97
Dan Iman Sakinah pendebat sekolah, Sek Teknik JB
Mak doakan korang semua cemerlang dalam SPM ini yer.
Untuk Kak Long ... semoga perjuangan sepanjang 11 tahun ini memberikan hasil yang sangat baik.
Mak sentiasa doakan Kak Long
Kak Long tenang dan sihat dalam menghadapi peperiksaan ini
Semoga dipermudahkan dalam menjawap soalan
Semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM ni
AMEEN ....
3 comments:
Aamiin... semoga mereka beroleh ketenangan dan kejayaan yang akan menentukan masa depan.
InsyaAllah, Nur Farhanah akan berjaya setelah usaha hebat yg dilakukan selama ini.
all the best!
To Azie Azah ...
Amin ... masin lah mulut Kak Azie hendaknya. Itu lah yang diharapkan, tapi takut gak harapan kecundang. Huhuhuhu
eh pggl iman "imon" jugak??
Post a Comment