Begitulah kehidupan ... ada turun ada naik. Macam carta orang sakit kat atas ni lah. Dan aku nak terus hidup. Dah realitinyer kehidupan memang begitu jadi terimalah dengan redha dan pasrah. Chewah! macam dialog ombak rindu lah pulak kan. Macam Blog aku ni jugaklah, aku memang tak ada masa nak update setiap hari ... mungkin aku bukan seorang manusia yang pandai membahagi masa untuk sesuatu barangkali, sehingga kekadang tak sedar apa yang perlu dan apa yang tidak. Tapi aku perlu Blog aku, biar pun aku jarang update, tapi disinilah rujukan aku kalau aku lupa bila aku pernah buat itu dan ini.
Yer lah pulak, mak cik bukan tambah mudah ... tambah tua pun. Selalu jer lupa ... kengkadang kalau kat dapur bila buka lemari tetiba "Eh! aku nak ambik apa yer tadi". Terpaksa ler mak cik rewind back ke tempat sebelum berpikir nak ambik hapa. Makan masa ler jugak seminit dua. Huwa!!! cepat sungguh penyakit nyanyuk ni hinggap kat diri. Nasib baik tak lupa nak makan. Tu ler pasal badan macam di pam-pam. Baju-baju semua dah mula mengetat, dan ada yang sampai tertetas jahitan. Hehehehehe. Adakah perlu membeli baju baru? Atau tak sedar sedar diri ker aku nak mengecik kan badan?
Allah yang Maha mendengar dan Maha mengetahui. Aku kena Diarrhea dan hilang selera makan beberapa hari lepas. Tak pergi kerja satu hari, ingat nak pergi klinik ambik MC ... tapi malas nak drive. Korbankan lah Annual Leave yang masih ada sehari. Fuh! best betul melepak atas katil dan melayan mata sementelah pulak cuti dari solat. Hujan pulak tu saban hari. Satu hari jer pun tak selera makan ... sekarang dah berselera balik dah. Hehehehe .... Bila lah nak insaf.
Kak Long sekarang dah abih SPM ... dan dia tak dapat tempat untuk PLKN pengambilan pertama ni. Mungkin akan ditempatkan pada pengambilan ke 2 @ 3. Jadik dia sementara tunggu result ni, confirmlah dia jadik Bibik sepenuh masa kat rumah. Iqa seperti biasa, musim cuti ni duk asyik buat taik mata dan main tenet. Selain bersekongkol dengan Kak Long serta Hilman dan Aran, conquer bukak siaran korea kat Astro memanjang. Sampai aku rasa aku dah duk Korea. Dalam keta dengar lagu korea, kat rumah siaran TV korea, internet, youtube tok sah cerita lah. Korea memanjang....
Hilman pun sama lah, duk asyik main tenet dan makan. Tapi tak jugak gemuk gemuk. Aran pulak makin tambah gelap. Mana tak nyer hari-hari duk praktis main tenis untuk persiapan open tournament di Jalan Duta pada 21 Disember nanti. Gitu ler aktiviti cuti sekolah anak-anak aku. Mak Tok tanya,"korang tak pergi jalan-jalan ker cuti sekolah ni" ... senang jer jawap aku, "tak ada budget mak tok". So, duk ler rumah diam-diam. Hahahahaha ...
Nota Kaki : ingat nak tulis seperenggan jer, tetiba jadi banyak perenggan :)
No comments:
Post a Comment