Huhuhuhu ...punyer lah lama aku peram cerita nih. Bulan pertama tahun baru 2013 pun dah abih setengah bulan. Begini kisahnya nasib diriku, tak henti di landa kesibukan (sila nyanyi macam lagu Jamal). Sumpah sibuk, dengan preparation bebudak nak bukak sekolah, hantar Iqa balik JB, layan Aran dengan latihan tenis, kerja berlambak kat opis, tender-tender yang due date bertimpa-timpa. Wallaweh ! hehehehe gitu lah kerja yang tak abih-abih. Tapi yang paling best penutup tahun baru adalah bila dapat berkumpul dengan Best Friend Forever (BFF). Syiok giler ... sikit lagik nak lupa diri yang aku ni mak orang. Berborak tak ingat dunia, gelak macam nak pecah rumah. Suara dah ler takat-takat speaker semua. Memang happening lah kita.
Entah macammana, di satu hari di petang ahad aku hantar gambar masa melepak kat luar rumah atas buaian sambil menunggu hujan. Dengan kata-kata "Melepak di buai sambil menunggu hujan turun. Nikmatnyer. Alhamdullilah."
Tak lah sangka menderu-deru comment masuk
- Jaf Fairos Liza Depan Ngah, tapi nak kata sisi pun boleh. Hahahahaha kengkadang aku pun tak tahu yang mana satu depan yang mana satu belakang.
- Firdaus Abdullah Banyak sgt pintu besar....aku pun nak tambah pintu mcm achik jugak!...biau confuse lebeh....hehe..
- Sabariah Hussin Adoiiiii...mmg sodap Rozilin Abd Rasid! Kene pulok kiter dok samer2 sembang citer dlu2 kt Uitm Ganu.. hehehe
- Jaf Fairos Liza Rozilin Abd Rasid dan Sabariah Hussin dan yang lain . Silalah datang rumah aku, kita lepak kat sini. Bukan takat ubi dengan pisang, lebih dari itu pun boleh Calling calling lah yer
- Sabariah Hussin Aiiii...ni yang aku nak dengar..Rozilin Abd Rasid, Firdaus Abdullah..bile bole turun? Eh! Wan Kuzimah Wan Chik dok maner? KL?
- Jaf Fairos Liza Jom jom jom ... kita buat Pot Luck nak Rozilin Abd Rasid, Firdaus Abdullah, Suria Binti Mohamed Daud, Sabariah Hussin, Wan Kuzimah Wan Chik, Yong Yusoff dan sapa-sapa yang aku tak tersebut namanyer di sini.
- Wan Kuzimah Wan Chik Aku duk Texas. Apa kata kita wat reunion utk semua courses batch kita. since ramai duk kl wat kat kl dok aper. kalo nok mengimbau kenangan wat kat uitm dungun.
Biasa lah kan, selalunyer idea yang datang tetiba tu jugak yang menjadi. Maka berkumpul lah kami kat rumah aku pada Cuti Krismas yang ditunggu-tunggu. Hanya plan kat FB jer. Terus plan nak buat Pot Luck... hehehe. Bijak tak tuan rumah, punyerlah malas nak masak. Boleh plan buat Pot Luck. Ala ala kawan-kawan ku, macam korang tak tahu Acik korang ni tak reti masak kan. Takat buat kek tu lepas ler. Kalau masak-masak ni untuk tekak kaum keluarga boleh ler. Aku bukan reti sangat pun.
Inilah orang yang pertama sampai kat rumah aku. Orang jauh pulak tu. Dari Melaka tu .... tapi yang paling awal. Hehehehe ... Miza yang kiri tu. Lecturer kat Uitm Melaka dan Angah Firdaus yang kanan tu, Tokeh Stesyen Minyak Shell kat Durian Tunggal. Si Angah sebelum sampai sangat beria-ria nak masak Nasik Lemak. Sampai jer kat rumah aku, bukan dia yang masak tapi si Miza ... Hahahahaha. Lawak sungguh. Sweet lah korang. Aku sediakan bahan jer dan kemudahan. Miza siap masak Rendang Melaka lagik.
Orang yang ketiga sampai adalah Along Suria. Along datang bawak kuih muih dan lauk. Lauk apa yer Long ... aku lupa lah pulak Hahahahahaha. Tapi yang aku tahu, kau sempat bersilat kat dapur aku masak Daging 'Black Pepper' yang sangat sedap hingga menjilat jari. Terima kasih sebab sempat turunkan ilmu masak kau kat Kak Long aku yer. Dah terer dah Kak Long masak Daging 'Black Pepper' sekarang ni. Dan aku reti makan jer. Orang keempat sampai pulak sahabat ku yang sangat happening, Sabariah Hussin. Kita orang panggil Baa TV3 jer sebab dia kerja kat TV3. Kalau yang sorang ni ada, memang tak kering gusi lah kita orang. Lagi satu kalau nak tanya pasal gossip artis ... ni ler orangnya. Kat dalam tangan dia jer semua. Oh! banyak giler dia bawak lauk ... berpinggan pinggan.
Dan orang terakhir adalah adik comel ku Zia dan Tajul serta anak-anak comelnyer.
Zya bawak sambal sotong yang sedap hingga menjilat jari. Sedapppppppp ....
Tajul, suami Zia adalah classmate aku dan angah masa kat Uitm dulu.
Manakala Zia pulak classmate Along.
Aku, Angah dan Along pulak Roomates
Dan kami semua serumah masa kat Uitm dulu.
Dah 26 tahun kami semua kenal ... moga-moga hingga hujung nyawa. Ameen.
Lauk pauk yang semua kawan-kawan tersayang masak ... hehehe
Sempat lagi tu posing depan makanan
Tangan Si Baa ... tengah 'pukul' gambar.
Aku tak ambik gambar langsung
Semua gambar kat sini ehsan Zia dan Baa :)
Ni jer lah yang sempat aku buat, itu pun topping mintak tolong Kak Long.
Terima kasih Kak Long.
'KAMI' ...
'KAMI' lagi ...
Dan lagi ... hehehe
Yang sempat dikumpul
'Freestyle' ler konon hahahaha
p/s : aku sayang korang :)
4 comments:
Seronoknyaaaa....! itulah kenangan yang menjadi penutup tahun 2012. Reunion yang sangat mini tapi dekat di hati, kan? kan?
Makanan? Ohhhhhh meleleh!
To Kak Azieazah ...
Jumpa kawan-kawan memang seronok kak. Ini lah masanyer rasa diri muda. Huhuhuhu. Tu ler, bila tengok makanan tu rasa "Apasal aku tak sempat makan yang ni, apasal aku tak sempat makan yang tu". Dasar orang kuat makan :)
amaagaaaad menyesal click entry ni wuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwu sumpah homesick T__T
lamanya acik tak update .. takkan tutup terus kut hehe
Post a Comment