JUMAAT, 21 Disember 2012
Kononnyer kiamat di hari ni dari ramalan kaum Maya ... memang lah salah. Macam lah kaum Maya tu Allah. Cukup lah Allah bagiku. Tak payah lah nak percaya sangat agenda lain yang nak memporak perandakan hidup. Eh! Sori ter ' membebel' lah pulak.
Nak cerita pasal Aran sebenonye. Dalam ramai-ramai anak aku (ramai sangat ker) ... Aran jer lah yang sangat suka bersukan. Paling dia suka main bola dengan tenis. Kak Long dan Iqa ... haram nak bersukan, takut kulit gelap kata nyer. Hilman pulak duk bersukan depan Laptop jer lah. Hahahaha ... Aran dah lah kulit ala-ala sawo matang gitu (kata hitam sat lagi mengalir air mata dia) ... duk asyik bersukan, makin rentung jadinyer.Sampaikan mak tok, nenek dan sedara mara selalu tegur,"Apasal Paan gelap sangat sekarang ni?" ... cian anak mak. Tak per beso sikit lagi kita cari krim pencerah muka yer sayang. Hehehehehe. Tapi aku pujuk balik, aku kata, "Aran, orang pompuan ni dia suka lelaki Tall, Dark & Handsome, Aran dah ada dah ciri itu, cuma kecik lagi jer". Hahahahha ..... matilah aku, kecik kecik lagi aku dah ajar dia jadik Romeo. Macam mana tu ?
LTAM Tennis 10s National Championship 2012 - 2nd Leg, Draw & Order Of Play, (Sunday, 23 December 2012)
|
Submitted by editor on Sat, 22/12/2012 - 10:22pm
|
Dia terjebak dengan tenis ni pun tak sampai setahun. Terima kasih pada Coach Mokhzani yang sudi mengajar dengan penuh dedikasi. Boleh katakan hari hari sejak cuti sekolah ni. Ini pulak pertama kali Aran join Tournament. Join pulak Tournament taraf-taraf Kebangsaan macam ni, memang jadi lauk lah kan. Huhuhuhu ... tapi mak tak kisah.Yang penting dan mahal tu pengalaman, bukan kalah atau menang. Aku sampai sanggup ambik cuti (padahal kerja punya berlambak) sebab nak support Aran. Semua kakak dan abang ikut sama. Sanggup kita orang tunggu dia, sebab tak mahu dia rasa takut dan keseorangan. Maklumlah pertama kali. Jom jenguk Aran main.
Korang tahu ... dia sorang jer pakai seluar panjang. Orang lain semua pakai three-quarter. Dengan baju semua branded dan siap aksesori semua. Coach Mokhzani kata, " Appearance tu penting. Farhan pakai seluar panjang, dia dah kasi tanda yang dia pemain baru, jadi orang tak akan takut dengan dia" ... ooo gitu ker. Okay okay, lepas ni mak kasik gromming anak mak ni supaya tak macam rupa pemain Estate lagik ... hehehe.
Tengah pandang keluarga mintak semangat, walau dah kalah ... huhuhuhu
Inilah budak yang lawan Aran. Nama dia Mitsuki Leong. Kacukan Cina dan Jepun. Memang pandai budak ni main. Mesti dah lama main tennis Coach kata, "Main tenis ni kena pandai berbahasa Inggeris, sebab pemain dia tak ramai melayu dan bahasa dalam gelanggang adalah Bahasa Inggeris. Selain itu mainan ini mengajar pemain membina keyakinan diri serta berani, sebab kalau dalam tournament masa baru stage pertama ni tak ada Umpire, jadi kena kira markah sendiri. Kalau ikut jer nanti senang kena tipu"
Lama jugak main tenis ni ... tukar set jer pergi minum
Budak Mitsuki ni bapak dia kasik bekal roti, boleh selamba jer dia makan dalam gelanggang
Aran kata budak tu dapat power main sebab makan roti bapak dia kasik... hahahaha
Nanti mak belikan roti 1 buku besar kasik Aran makan dalam gelenggang yer :)
Ini pulak kakak dia, sambil-sambil tunggu turn adik dia main.
Ini kakak sorang lagik bersama aksesori favourite dia
Orang pakai Bracelet lawa-lawa, boleh jer dia pakai getah 'glow in the dark'
Sungguh tak stylista tapi oppppssssss hahahahah
Nota Kaki : Insya ALLAH mak janji, mak akan sokong Aran sampai berjaya.
Tak per Hero selalu kalah dulu ;)
8 comments:
syabas Aran! ... Acik kena support acik ..mana tau kan? Janji minat tu ada .. kalo takde minat kita groom macam mana pun.. kita hantar kelas yg coach dia terer pun tak menjadik punye .. ini minat dia dah ada kita just kena support dia habis2 , first tournament biasa laa .. takkan terus2 nak jadik pro kan? hehehe apa pun semoga berjaya Farhan .. betul dark tall and hensem pujaan ramai wanita hihihihi
Tahniah atas keberanian ARAN! Bab keyakinan diri tu yang seronok nak baca. Aran akan berubah menjadi lebih yakin dan berani melalui pendedahan sebegini.
Sokonglah dengan cara tersendiri. Tak perlu pun nak tiru bapak budak Cina-Jepun tu sampai sebuku roti nak jadi bekal. Hahahaha!
Gaya dan Keunggulan Arannn... hehehehe.. Standard la kan 1st game mesti panik, ketaq lutut semua. Lama2 pro la nanti. Mak Ayg dulu pun, cam tu gak.. main getah.. jatuh gedebuk mula2.. pas tu pro je... sampai kena rotan ngan tok sokmo sebab keje main je tak baca buku... heheheh
lama tak mengomen kat blog orang..
apapun, tahniah Aran. sbb berani..
grooming tak penting..
apapun, sgt terharu sbb si kenit ni berani..dpt lak sokongan padu mak yg sanggup berkorban..
tahniah!!!
hitam pun hitam la Aran..janji manis..
Too Mrs Taz ... Terima Kasih Zia. Acik beri full support pada dia. Nampaknya dia pun bersungguh-sungguh nak main. Dah hampir setahun dan makin semangat dia nak main.
Insya ALLAH anak mak hensem bila beso nanti. Hehehehe
Too Azieazah ....Hahahaha Kak AA cerita pasal roti budak Cina-Jepun tu yang jadi lawak kami anak beranak. Boleh Aran muka selamba kata gitu, dia ingat zaman Doraemon kot.
Insya ALLAH, itu yang kami mahukan. Supaya dia lebih berani dan berkeyakinan diri. Dia sangat Low Profile, maklumlah anak bongsu. Asyik bergantung dan berkepit kat mak jer.
Too Ayang...Hahahaha Ganahmu Yang. Harap Aran ikut jejak langkah Kak Yang dia. Pro di kemudian hari nanti.
Too Dr. Rodzila Radzi ... Terima Kasih on behalf. Insya ALLAH akak akan terus support dia. Dan harap dia berjaya dan tak lupa diri nanti. AMIN
Post a Comment