Thursday, January 16, 2014

ESCAPE PULAU PINANG - EVERYONE BECOMES A KID AGAIN !

AHAD, 29 Disember 2013

Lebih kurang pukul 6++ petang kami sampai di Pulau Pinang. Tak terasa kepenatan, leka memandu di atas Jambatan Pulau Pinang. Ingatkan dapatlah naik Jambatan Ke2 (Pulau Pinang), tapi tahun depan baru bukak. Selesai urusan check-in di Eastin Hotel Queensbay, sewaktu dengan masuknya waktu maghrib. Ahamdullilah.

Selak langsir bilik hotel, seronoknya dapat pemandangan laut. Paling best, Queensbay Mall terletak tak sampai 100 meter dari hotel.  Sebenonyer urusan meng'book' hotel telah dibuat lebih awal oleh Pengerusi Majlis, Muhammad Hilman. Acara nak pergi mana dan kemana, pun juga telah dibuat rancangannya oleh Muhammad Hilman. Mak tabik kat anak mak yang sorang ni, dah bolehlah nanti bukak syarikat Agensi Pelancongan. Hehehe ...

Selepas membersihkan diri dan solat Jamak, kami menapak ke Mall sebelah ... nak carik makan. Tak payah susah-susah nak drive dan carik parking. Memang ramai orang kat sini, maklumlah Queensbay Mall ni adalah pusat membeli-belah terbesar di Pulau Pinang . Adik Fadzli Amir sila confirmkan ... hehehe. Makan kat Chicken Rice Shop jer ... then kami pergi booking tiket wayang kat tingkat paling atas untuk esok. Setelah diundi semua nak tengok '47 Ronin', anak-anak dan mak memang minat kat Keanu Reeves, dah lama dah pelakon pujaan tak berlakon, tunggu lama dah ni nak tengok dia kat Layar Perak.

On the way nak balik bilik Hotel sempat lagi anak-anak ni singgah kat 'Cotton-On' carik baju. Kebetulan ada 'SALE' pulak. Ikut kan ajerlah ... Balik bilik semua tumbang. 


Ini lah Agenda Utama nak ke Penang ... 'Escape Theme Park Penang'. But sehari sebelumnya Hilman dapat khabar dari kawan sekolahnya menyatakan tempat ni tak best. Ok Fine ... So kita jump to our 2nd Plan ... nak ke National Park Pulau Pinang. Semua orang dah berkasut sukan dan hanya ber T-Shirt dan seluar sukan sahaja. Kami bangun agak awal lah jugak, Menyusuri jalan di Gurney Drive, Tanjung Bunggah, Batu Ferringgi dan terus ke Teluk Bahang. On the way sepanjang perjalanan di tepi pantai tu hati dah cuak, sebab tengok ombak agak kuat. Macammana nak ke National Park ni, sebab ikut kata perancang perjalanan kami, Muhammad Hilman - perjalanan di National Park dihujungnya kami akan naik bot kembali ke Tanah Besar. Kalau gini gaya ombak, mana berani mak nak naik bot.

Okay, jom sarapan kat Teluk Bahang then kita saje saje skodeng Escape ... 



Waduh-waduh dari luar jer pun memang dah nampak menarik bebeno tempat ni. Kebetulan orang pun tak ramai, mungkin sebab kami sampai awal kut. "Ish ... korang, mak rasa macam nak panjat jer benda-benda tu, macam bestlah pulak" , apa lagi anak-anak aku pun semua macam "Ha'ah la mak, jom aaaa, kawan Hilman salah kasik info ni, macam interesting jer benda ni". Okay Jom ... Alhamdullilah dengan mudah nyer dapat parking keta betul-betul depan Escape. Cantik aaaa...


Tiada asap ... tiada mainan elektronik di sini ....


Bayaran untuk masuk ... tapi kalau ada My Kad boleh dapat kurang lagi yer 
Sila gunakan keistimewaan yang ada sebagai rakyat Malaysia


Memang hijau dan sejuk di sini ...



Bekas bangunan kuarters untuk pekerja di Empangan Teluk Bahang
Telah dijadikan tempat 'Locker', Toilet, 'Shower', Surau dan Cafe Makanan & Minuman




Paling menarik bumbung bangunan ni
Dia orang tanam rumput ... memang konsep hijau habis kat sini
Bukan takat bangunan ... bangsal tempat makan tu pun ditanam pokok


Kat sini kalau nak membeli ... kena beli top-up yang bernilai RM50, RM100 atau RM200
So dia orang just swipe the card, then kalau duit tak cukup ... boleh top-up lagi
Kat bangsal kecik tu tempat top-up dia, selain kat pintu utama yang jual tiket tu
Makanan kat sini sama harga macam kat luar, tak mahal pun



Dilarang merokok di sini yer ...
Suasana kat dalam ni memang macam kat kampung ...
Banyak pokok dan please beware of 'ulat bulu'
Aran jumpa satu ulut bulu yang menyamar macam kulit pokok


Escape Adventureplay Theme Park, penang attractions, obstacle course, monkey business

Ini permainan pertama kami
'Monkey Business' nama dia

Kenapa dia panggil 'Monkey Business'?
Sebab di sini kita akan bergayut di tali dan kayu-kayu tu ... macam monyet
Hehehehe ... best giler mainan ni.

Mainan ni ada Level 1, Level 2 dan Level 3
Dari gambar ni boleh nampak tingkat-tingkat permulaan mainan
Level 1 untuk yang baru nak cuba (beginner) - Tingkat 1
Level 2 untuk orang yang berani atau pernah mencuba sebelum ni - Tingkat 2
Level 3 untuk orang yang terror dah ... 'route' gayutan dia paling mencabar - Tingkat 3


Bagi kami yang baru nak start ni kena lah ambik Level 1 dulu
Kalau mintak Level 2 @ 3 tak mungkin lepas kut,
 sebab semua muka kami semua dah boleh di sebut 'CUAK GILER'
Mahu tapi takut tapi mahu ... hahahahaha


Yang budak pompuan tu naik adalah Level 3
Susah giler kut memang kena pandai balance diri, udah ler tinggi
Tapi dalam hati teringin gak nak cuba hat tu ... Insya ALLAH satu hari nanti



Masa memula naik benda ni adalah seperti 'Eh! orang gumuk macam aku ni boleh ker naik benda ni?'
Tapi bila terlihat kat sana satu, situ satu, 'Ek eleh aku rasa orang tu lagi berat dari aku kut'
Hahahahaha ... perasan lah pulak, macam ringan.
Tapi kalau nak carik orang yang 'agak berumur' serupa mak cik macam aku naik benda ni
.... adalah 'rare' sangat sangat ... ish peduli apa aku hehehehe



This is very good for 'Team Buliding' ... dan untuk famili macam kami juga
Semangat bersatu, tolong menolong dan memberi keyakinan diri antara satu sama lain
 Bersatu padu dan menghargai antara satu sama lain
'Yes you can do it...'...'Good Job' ... 'Well Done'
If mak boleh buat, anak-anak mak mesti boleh buat ...
'Yes ... macam tu lah ... kita boleh buat'
Kalau orang lain boleh buat kita pun boleh
'You will love this Iqa ...'
(anak mak jangan gelak dengan statement ni ... teringat masa mandi kucing)



Antara kami yang jalan dulu meniti benda ni adalah Aran
Silap letak dia kat depan, tapi dah tak boleh patah balik sebab tali dah masuk 
Nasib baiklah anak mak yang sorang ni berani ... walau langkah agak perlahan
Di ikuti oleh Mak, Kak Long, Iqa dan Hilman
Paling penakut adalah Iqa, terketar-ketar masa meniti tali yang satu



Yang best nyer setiap kali dapat selesaikan 'routine' dapat rasa ...
Ahhhhh .... tak sangka dapat buat
Seronoknyer, hebat jugak aku ni .... sebab mencabar diri sendiri
Anak-anak pun rasa macam tu ... tak sangka dia orang boleh buat
Iyalah pulak kan, kami ni bukan jenis yang lasak ...

Aku bercerita pada anak-anak ... Begitulah kehidupan
Susah atau senang kita kena jugak hadap ... jangan lari dari cabaran
Dan selepas selesai suatu cabaran itu akan membuatkan kita kuat dan lebih cekal
Sama lah jugak macam game kat 'Monkey Business' ni
Nak atau tidak kita kena jugak buat. Tak boleh berpatah balik.
 Kalau kita berjaya kita akan rasa keseronokan itu.



Selain dari 'Monkey Business', mainan lain ...
Tubby Racer ... seksa nak panjat bukit, tapi berbaloi bila dapat turun.
Maze ... carik jalan keluar di tempat sempit dan gelap

Atan Leap ... Terjun dari tempat tinggi, aku nak naik yang ni, tapi anak anak tak kasik, 
"mak punya seluar dah lah loose, nanti terangkat naik ...jangan mak, lain kali yer"
Huhuhuhu ... ialah anak-anak ku.
Hilman jer yang naik, agak tinggi jugak lebih kurang bangunan 6 tingkat kut



Yang ni main-main lumba panjat-panjat
Tengok siapa sampai dulu ke atas


Escape Adventureplay Theme Park, penang attractions, obstacle course, flying lemur, flying fox

Dalam banyak-banyak mainan ini lah yang paling best giler
Flying Lemur ... it's more macam Flying Fox
Tapi lebih tinggi dan lebih jauh.Kena panjat bukit 30m ke atas bukit. 
Dan bergayut dari pokok ke pokok lebih  sejauh 139 meter dan ada 4 kali gayutan
Seronok dan berdebar abih ... dalam hati berkata, kalau tali ni putus abih ler
Kak Long pulak, "Apasal la aku bodoh sangat naik benda nih ... Arghhhhh"
Hahahaha nak berpatah balik dah tak boleh. Sebab jalan penghubung hanya tali yang dah terkunci
Nak tak nak kena juga bergayut sampai ke tempat asal.
Lepas habis main, semua orang rasa macam ... "Aaaaaaa bestnyer, nak naik lagi"
Tapi lepas tu tengok line Q dah panjang, masa kami datang tadi tak ada pulak orang beratur
Rezeki kami  barangkali. Alhamdullilah

Tapi kesian kat Aran ... Nak kira tinggi dah cukup
Kena 120 meter ... Aran lepas
Tapi berat tak lepas, dia kena 40Kg ke atas ... Aran baru 38 Kg
Takut nanti dia tersekat kat tengah-tengah perjalanan sebab tak cukup berat

"Lepas ni Aran nak makan banyak-banyak" ... hahaha kesian dia




Tempat ni memang unik, lain dari tempat yang biasa
Tak sedar dari pukul 10 lebih dan sampai pukul 4 lebih kami di sini.
Kalau tak ingat nak tengok wayang pukul 7 malam ni memang tak balik lagik kot


Toilet dia pun bersih dan sangat-sangat unik
Nak keluarkan air kena putar benda bulat warna merah tu
Macam orang putih zaman dulu dulu




Haaa .. baru ada gambar kita orang. Sebabnyer masa memula masuk tu kami simpan kamera kat locker, jadinyer ambik gambar pakai handphone jer lah. Itu pun ambik gambar suasana ... sebab muka memasing sememeh, semua tak moh ambik gambar. Tapi seperti biasa mak dia yang sorang ni dan 2 anak lelaki dia memang tak adalah nak control ayu dan macho. Sememeh pun rela gambo di ambil. Tak caya cer tengok senyum Aran yang nampak gigi tu, Dia jarang senyum gitu kecuali kalau happy sesangat. Hehehehe ... Best giler tempat ni, aku recommend pada mereka yang ada anak remaja yang sukakan adventure. Tak ada anak remaja, mak pak yang nak jadi kanak-kanak riang balik pun bolehhhhhhh. 

Kami pasti datang lagi ke sini, Insya ALLAH ... teringat dialog aku dan anak-anak,"Korang rasa kalau lagi 2 tahun kita datang sini lagi, ada tak mak terlalu tua untuk main benda-benda ni semua" Huhuhuhu ... lagi 2 tahun aku dah 47 tahun tu, harap tulang temulang, jantung, darah dan segala urat saraf kuat lagik. AMIN.

6 comments:

ayang said...

best ni mesti kena cuba ni

My Life My World said...

To ayang ... cuba jangan tak cuba. Hehehehe

Syira Masyiramaro said...

Baru tau pasal escape ni masa ke Penang sabtu lepas..

Khadijah Mohamed said...

wahh bestnya... akak dok penang pun tak berkesempatan pi lagi...nak pi lah nanti bw anak2..

follow me back :)

eliz khaliz said...

already booked the tickets..x sabar nak g sini..alek penat2 kat sini nanti,mlm nye kite sambut merdeka day plak..lalallala

mira ngajib said...

assalam sis.. nak tanya kena byr utk masuk je ke ? takde byran lagi kan utk setiap permainan ? tq akk