Saturday, January 11, 2014

SESSI CUTI SEKOLAH - FROM SG BULOH TO TAIPING TO PULAU PINANG

Sabtu, 28 Disember 2013

Akhirnya mak kalah jugak dengan pujuk rayu domba anak-anak, Merengek setiap hari nak pergi bercuti, siap lobi abah yang jauh di Sarawak untuk sponsor pergi bercuti ... huhuhu Sowi Abah, anak-anak abah very demanding. Boleh dia orang buat meeting sesama sendiri tanya nak pergi Cherating ker nak pergi Penang. Tuan Pengerusi siapa lagi kalau tak si Talkative Hilman Hashim. Si tukang telepon minta budget approval siapa lagi kalau tak anak kesayangan abah Farhan Hashim. Pandai korang ek, bab lobi melobi memang hebat. Pendek kata boleh lah jadi calon pilihanraya, kalau tidak busuk-busuk pun boleh jadi peraih undi dengan muka kesian korang hehehehehe. 

Tenang ...


Damai ...


So here we are ... persinggahan pertama kami dalam perjalanan ke Utara. All time will be our favourite place, Taman Tasik Taiping. As usual seboleh-bolehnya mesti nak singgah sini. Berada di sini rasa sangat redup dan mendamaikan. Dan seperti biasa, rasa nak letak rumah jer kat sini. Alangkah bestnyer kalau dapat lihat pemandangan ini di setiap hari. Hijau dan tenang jer ....




Berehat disini setelah 2-3 jam driving sambil men 'stretching' kan badan dan melonggarkan seluruh urat dan sendi memang best. Sambil merenung Bukit Larut @ Maxwell Hill yang berkabus dan redup dari kejauhan ... tak terbayar rasa damai ini. Memang tak payah bayar pun, semuanya free kan. Alhamdullilah, syukur atas nikmat MU ya ALLAH. Ini baru kecantikan di dunia, entah macammanalah keindahan di Syurga nanti ... semestinye lebih hebat dari ini.


Bukit Larut ... kau tunggu aku datang
Satu hari nanti aku mesti naik jugak kat atas nun

Taiping ... yang bermakna 'Aman' dan 'Tenteram' dalam bahasa Hakka. Masa aku belajar Geografi di sekolah dulu, ada tertulis yang Taiping adalah tempat yang bercuaca paling lembap di Malaysia. Mengikut cerita, tidak ada sehari pun tanah di Taiping ni tidak disirami hujan, samada hujan lebat atau renyai.


Aku terbaca di sini, Disebabkan hujan yang konsisten ini, ialah telah menjadi 'Fenomena' untuk apa yang dinamakan 'judi hujan'. Ceritanya, kalau kita ke Taiping, pergilah ke kawasan pasar di pusat bandar, dan kita akan melihat beberapa orang mendongak ke awan (biasanya di sebelah petang) masing-masing meneka waktu titisan pertama hujan dari satu sudut bumbung pasar itu. Siapa yang tekaan waktu paling hampir akan menang pertaruhan.


Pokok Hujan-hujan, kebetulan atau tidak, begitulah nama pokok-pokok besar dan cantik yang terdapat di sekeliling Taman Tasik Taiping ni . Pokok-pokok ni lah identiti Bandar Taiping sebenarnya. Masa aku sampai, orang orang MPT sedang menyelenggara pokok-pokok ini. Mana-mana ranting yang tua dan reput di buang, lumut-lumut dibersihkan. Memang sangat dijagai lah pokok-pokok di sini.

Ini pulak ... foto berkasih sayang konon nyer 
Ala ala sayang anak mak ...meh mak polok korang



Hilman ... cepat ambik gambar kita orang dari belakang 
Mak nak ambik gambo hantok hantok kepala



Hambik kau ... hahahaha
Nasib korang ler dapat mak mengong macam ni
Si 'Iqa' sempat buat peace pulak tu ... 



Kami sempat mencarik MRSM Taiping ... Kak AA this is for you
Mesti rindu kat tempat ni kan hehehe

Sempat juga melalui jalan-jalan di sekitar, sambil menjenguk MRSM, War Memorial Park dan kaki Bukit Larut, dimana orang berkumpul untuk naik ke puncak bukit. Melihat air terjun dari kejauhan dan meng'usha' sungai-sungai jernih di kaki bukit. Dan perkara wajib bila sampai Taiping ... pergi rumah Ayang Safiah. Hehehe Lawa umah baru kau Yang ... rasa nak tidur situ jer. Beso dan cantik sangat. Jangan risau, cakap kat mak kau, satu hari nanti akak mesti datang tido situ ... hehehehe.

Lepas Solat 'Jamak' dan mengisi perut dengan 'Laksa Pulas' yang sedap tu (aku tak pernah tengok anak aku makan laksa bertambah-tambah macam kat rumah kau yang) maka lebih kurang pukul 5 petang kami pun bertolak keluar.  



Pulau Pinang kau tunggu kami datang .... lepas ni sambung cerita naaaaaa ...

9 comments:

fadzli Amir said...

salam kak...hehehehe...awat tak habaq nak mai penang....buleh jugak belanja nasik kandaq...taman tasik taiping tu memang tempat yg best!!!

azieazah said...

Yessss nama kita disebut. Terimakasih sbb dok ingat jugak. Memang la Taiping tu tempat kenangan tiap kali pegi jer mesti hujan. Ohhh Taiping memang nyaman. Yang lebih best lagi kan Acik, Kak Azie dah pernah daki Bukit Larut masa Form 6 dulu...

Mrs Taz said...

bestnya ... teringin nak jalan2 cam ni plak :)

My Life My World said...

To fadzli Amir ... Wa'alaikumusalam dik. Segan nak jumpa adik, takut menyusahkan ajer. Insya ALLAH nanti kalau kami ke Penang sekali lagi akak calling calling ek ;). Adik duk pulau ker?

My Life My World said...

To azieazah ... akak, namamu dah terpahat di hatiku, tak leh nak buang dah. Hehehehe.Tiap kali pi Taiping mesti ingat kat akak dan Amoi. Ohhh sangat jeles okay, akak dah naik Bukit Larut sejak Form 6 lagik!!! Ni yang nak naik jugak nih.

My Life My World said...

To Mrs Taz ... best Zia. Bersyukur dah dengan apa yang ada, tapi kalau lebih lebih lagi nak gak pi oberseas macam Zia. Hehehe Semoga datang rezeki itu. AMIN

Nanti kalau dah pencen, Zia boleh ler jadik ibu rombongan. Bawak kita-kita orang pusing Europe yer. Hehehe.

ayang said...

FROM TAIPING WITH LOVE.. heheheh.. tu le tempat ayg jogging setiap petang dolu2. Kayuh basikal je gi sana.
Akak kena mai lagi akak, meeudang kueh teow doli etc belum mkkn lagi.. Jom ajak Kak Zya sekali kita tawan Bukit Larut.. hehhehe

My Life My World said...

To Ayang... tu lah, ingat nak duk Cuti Cuti Malaysia - Taiping lak lepas ni. Banyak tempat nak pergi ni, especially Bukit Larut. Hehehe

hazlina azmi said...

Taiping...bestnya,ada org cakap Kamalodge best sgt tempatnya...singgah sini blogwalking,jemput follow blog saya yea...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/