Tuesday, March 8, 2016

A DAY WITH KAK LONG FARHANAH

04 March 2016

Kak Long beberapa hari sebelumnya ber'whatsapp' dan menalipon aku... duk merengek nak balik KL. 'Homesick' katanyer. Aduhai, baru 2 minggu jer balik Kuala Terengganu Kak Long oiiiiii, tak kan dah 'Homesick'. Layan kan ajerlah, tapi tiket flight balik KL abah dia ler yang kena layan. Sorry yer abah dan terima kasih. Hmmmm ... kalau ikutkan aku ... 'Kau naik bas jer lah Kak Long'. Tapi minah ni demand, nanti sakit badan lah, sakit montot lah ... macam macam lah pulak. Adakah aku yang terlebih memanjakan anak ini, atau anak ini yang terlebih mengada-ngada. Huhuhuhu.

Kebetulan kata Kak Long hari Ahad dia tak ada kelas, so ramailah kawan-kawan nyer yang balik KL, maka itulah sebab salah satunya dia pun macam tak mahu ketinggalan meraikan cuti yang sehari itu. Dia duk asyik merengek kat aku, bila dia kata tak ada 'LIFE' kat kampus. Pi kelas, makan, study, balik bilik, study, tidur, pi kelas, makan, study, balik bilik, study, tidur dan itu jer lah yang dia buat. Cian kau Kak Long, dah ler dapat bilik pun kecik giler, bak kata Cik Yah, macam duk umah setinggan. Hahahahaha ... 

Punyalah seronok balik KL, macam semua tempat dia nak pergi. Meroyan apakah ini. Dan aku pulak duk ler melayan dia dan kebetulan Paan ada study group kat McD Bukit Rahman Putra for this coming exam sebelum cuti bulan 3. Maka berdatinglah kita berdua seharian. Hari Jemaat mak tak layan sebab kerja. Kebetulan Sabtu mak cuti.

Dari ASIS jumpa Hilman jap, ke Sunway Putra (dia sorang jer dari adik beradik lain yang tak pernah sampai sini), ke The Curve ... makan Subway, beli casing phone dan aku dipaksa tengok Wayang 'Mermaid' Stephen Chow, sebab dia kata mesti tengok jugak kali ni sebab ramai orang kata Best. Nasib baik betul betul Best, tak sedar masa berlalu.

Balik Sg. Buloh hambik Paan kat McD boleh pulak turun balik pi OU carik barang dan dinner. Yang herannya aku tak rasa penat langsung. Mungkin sebab seronok borak borak dengan Kak Long. Anak aku ni adalah yang paling talkative sekali, ada jer cerita dia dan tak reti fullstop hahahaha. Apa-apa pun mak seronok anak anak mak sesekali balik cuti walaupun sekejap. 

Tak sabarnya lah pulak nak tunggu Iqa dan Hilman balik this coming 11 Mac 2016. Rasa seronok mengenangkan tarikh itu. Chewah !!! macam tunggu cinta hati pulak. Jom tengok video yang Kak Long buat khas untuk mak kesayangan dia ... hahahahha


video


1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)