Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, October 16, 2009

ESOK HARI RAYA ... ESOK HARI RAYA

Tajuk macam tak nak jer Syawal berlalu pergi :). Tak kira lah, sebab hari ni aku last 'Puasa Enam'. Apa kelas aku kan, dah nak habis Syawal baru nak abis buat posa enam. Sebenarnya se awal 6 Syawal lagi aku dah mula posa enam, tapi iyalah banyak sangat gangguan. Antara nyer majlis raya kat opis lah, majlis raya department lain kat opis lah, datang bulan lah, pergi bulanlah macam macam lagi lah. Dan sampai satu saat, aku dikejutkan oleh suara sendiri "Woi! Syawal dah nak abis dah ni, bila nak abiskan puasa enam" ;)


Kak Long dan mak dia

Gitu ler aku, kalau dah stop punyalah susah nak start balik. Banyak setan-setan yang mengganggu akal, fikiran dan hati. Tapi hari ni adalah hari last aku posa. Alhamdullillah. So esok aku RAYAaaaaaaaaaa. Hmmmm ... esok ada open house a.k.a. majlis kenduri nak ke Mekah dirumah Abang Zul di Seremban. Lepas tu ada 'Pot Luck Raya ITMT' kat rumah Zia. So tunggu laporan seterusnya... macam ler ada orang nak baca post aku kan :P

Wednesday, August 26, 2009

CERITA TELADAN

Cerita yang menarik bagi aku, tak tahu lah bagi orang lain. Amat-amat logik dan memberi pengajaran serta kesedaran. Yang ni aku jumpa di Blog Politik ... hehehe (aku suka gak politik). So bukan hanya untuk korang tapi untuk aku juga sebenarnya, sebagai pedoman dan penunjuk arah hidup agar tidak leka dan hanyut dengan arus dan keindahan duniawi.



Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh dalam sumur. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya. Kemudian petani itu berpikir bahwa haiwan itu sudah tua dan sumur juga perlu ditimbun kerana dianggapnya berbahaya, jadi tidak berguna untuk menolong keldai. Petani itu mengajak tetangga-tetangganya untuk datang membantunya. Mereka membawa sekop dan mulai menyekop tanah ke dalam sumur.






Ketika keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana keldai menjadi diam. Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam sumur, petani melihat ke dalam sumur dan tercenggang kerana apa yang dilihatnya. Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, keldai melakukan sesuatu yang menanjubkan. Ia mengoncang-goncang badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah , lalu menaiki tanah itu.



Sementara tetanga-tetangga si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, si keldai terus juga mengoncangkan badannya dan melangkah naik. Segera saja, semua orang terpesona ketika si keldai meloncati tepi sumur dan keluar dari sumur.






BEGITULAH KEHIDUPAN, sentiasa ada masalah dan kesedihan ... agar kita mampu menjadi kuat dan dewasa. Mengoncangkan segala macam masalah dan kesedihan dari fikiran kita agar tetap jerneh dengan menggunakannya sebagai pijakan untuk melangkah naik keluar dari sumur 'penderitaan' dan melahirkan sikap ke arifan dalam hidup kita.






Kearifan, berasal dari perkataan arab, arofa - ma'rifat-arifin-ma'ruf. Yang mengandungi erti, bukan hanya tahu tapi juga mengenal. Orang arif bukan hanya tahu masalah, tetapu juga mengenali karakteristik masalah, sehingga dapat menyelesaikan masalah dengan pendekatan kearifan, melahirkan penyelesaian yang tuntas, mampu difahami oleh semua pihak, bukan hanya logik. Hal-hal yang logik sering tidak mampu difahami oleh pihak yang kalah. Orang arif sering sengaja mengalah demi memperoleh kemenangan yang sesungguhnya, bukan kemenangan yang formal. Itulah makna puasa. Puasa di bulan suci Ramadhan melatih diri kita untuk meraih kemenangan yang hakiki.



AGUSSYAFIL



P/S : Gambar selingan di ambil masa ke Sungai di Ulu Yam pada Jun 2009. Tiada kena mengena langsung dengan cerita kat atas. Tapi sebabkan kalau tak tempek gambar akan membangitkan keboringan, makan itu terima lah gambar yang tak seberapa ini. Hehehehe...




Saturday, August 22, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1430 HIJRAH




Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdullilah, berpeluang lagi melalui Bulan Rahmat ini. Rindu nyer pada Ramadhan, dan akhirnya ketemu jua. Semalam, sebelum hadirnya 1 Ramadhan, aku diuji oleh NYA. Sedap-sedap drive keta on the way to Main Con. office di Shah Alam, sesampai jer kat Tol Bukit Jelutong (Guthrie Expressway) tetiba enjin keta mati sendiri. Nasib baik ler waktu tu tengah turun bukit, dan dah sampai kat Tol. Tak tahu lah macam mana kalau kat tengah tengah 'Highway' benda ni berlaku. Lepas call pomen semua, dia check kata 'Timing Belt' putus. Padan ler muka aku, sapa suruh tak tukarkan masa last month punya servis. Dah benda nak jadi nak buat macam mana. Redha kan sahaja lah. Aku ikut pomen balik workshop dan tinggalkan Cik Kiah aku kat tol sementara tunggu Towing datang tarik bawak workshop. So semalam dan malam ini Cik Kiah aku akan bermalam di worksyop. Tadi call kata mungkin hari Ahad baru siap. Ahhh...rindu la aku dengan Cik Kiah. Terus semalam tak ada mood nak pergi opis, iyalah sedih lah pulak, Cik Kiah tu sebahagian dari aku, kalau dia sakit, aku pun sakit lah jugak. Lagi aku aku sakit bila pomen kata, bil medical untuk Cik Kiah adalah RM1k +++. Tak per lah demi Cik Kiah, aku Redhakan sahajalah. Nak buat macam mana kan. Tak yah lah nak sedih sedih, hidup perlu diteruskan.

Cik Kiah - Gambar Ehsan Google Image

Waktu waktu gini aku harus ucapkan terima kasih Cik Siti kepunyaan Encik Hashim. Nasib baik ada Cik Siti, tak ler acik patah kaki. Boleh ler bawak pergi kerja hari ni. Malam tadi aku pergi Terawih dengan dua anak bujang ku. Anak dara ku semalam dia orang last day datang bulan (dah pakat sama sama ek), so tak pergi ler Terawih. Ramai semalam orang kat Masjid Al-Hikmah, Kuang. Hari pertama biasala, makin lama makin susut ler tu. Aku akan cuba untuk tidak memontengkan diri. Itu azam aku, kecuali kalau terpaksa balik Kelang, atau berbuka kat luar, atau datang bulan. Harap harap berjaya. Tau semalam ada NUR KASIH, tapi dibandingkan dengan Terawih yang tak selalu datang kan, hari pertama lak tu. Ala cerita tu leh tengok kat YOUTUBE jer.

Cik Siti - Gambar pun ehsan google image ( kes malas nak tempek gambar)


Hari ini anak bujang dua orang sibuk nak berbuka kat Klang, anak dara lak nak berbuka kat Kuang. Aku ... tersepit. Tetiba jap tadi mak aku call, suruh berbuka kat rumah dia, sebab katanya dia masak banyak, dan Abang Long pun nak berbuka kat Kuang. Esok lah agaknya berbuka di Klang...