
Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga di tahun ini lebih baik untuk kita semua dari tahun-tahun sebelumnya.
Mencanak-canak naik rezeki seperti letusan bunga api di tahun baru ni.

Malam tadi aku dan anak-anak sempat lah ke Desa Parkcity sebab nak tengok bunga api sempena tahun baru ni. Inilah tempat yang paling dekat dari rumah dan paling senang nak sampai. Tahun lepas jer tak tengok bunga api, dua tahun sebelumnyer kami ke Curve Mutiara Damansara. Seawal pukul 10.15 malam dah keluar rumah, singgah Petronas carik Nescafee nak kasik terang mata dan singgah rumah Nazri sekali, kawan anak-anakku. Kalau ler kereta aku lagi beso, mahu lagi ramai aku bawak. Bak kata anak-anak, mak beli bas jer lah, boleh angkut semua orang... hehehehe korang perli mak ker hapa anak anak ku ;D


Ingatkan aku dah awal ler sampai. Tapi silap andaian, masa sampai tu ... punyerlah banyak keta. Belum masuk ParkCity lagi dah berderet-deret dia orang parking. Aku kena pusing Parkcity 2 kali baru jumpa tempat nak parking. Nasib baik tak jauh sangat dari venue bunga api tu dilancarkan. Hilman sempat berdengkur dalam keta. Sepanjang jalan yang ada kat ParkCity tu penuh dengan kereta. Sekali lagi nasib baik sebab petugas-petugas dia jaga trafik dengan baik.

Siap ada stage beso dengan gerai-gerai makanan lagik. Ada live band dengan penyanyi dan kumpulan yang memang tak dikenali langsung. Agaknyer yang femes tu pergi tempat lagi glamour kut. Itu tak penting kat kita orang, yang pentingnyer nak tengok bunga api ... hehehehe macam budak-budak lah pulak aku ni. Okay ... jom layan gambar bunga api yang tak berapalah nak cantik. Maklumlah jurukamera amatur ;D





Dekat dekat 20 minit lah jugak berdentum dentum tu. Puaslah kita orang bau belerang. Sempat jugaklah sakit tengkuk sebab lama mendongak. Abis jer ... berbondong-bondong balik. Biasa lah bila semua orang balik serentak, sure jem lah lagi. Tapi tak lah seteruk masa kat The Curve masa 2 tahun lepas. Jem dekat sejam duk nak lepas. Kami sampai rumah dalam pukul 1 pagi ... lepas sempat singgah Drive-thru McD dan hantar Nazri balik. Selamat Tahun Baru sekali lagi ;D