Wednesday, December 8, 2010

BERJIMBA DI PARKCITY

SABTU, 04 Disember 2010

Masih di hari Sabtu ... lepas balik dari kenduri Endi di Pantai Dalam, terus hantar Hilman ke Perfection. Dia start tuition pukul 4.00 petang. Nasib baik sempat, aku hantar dia sampai kelas lagi. Maklum ler hari pertama, tinggal lagi tak ada adegan airmata kasih jer lagi. Sajer jer aku menyibuk nak hantar sampai kelas, nak tengok kelas dia macammana, classmate macam mana. Tapi Hilman ni jenis mesra alam, warisan Tok Abah yang peramah memang melekat kat budak sorang ni. Jadi aku tak risau nak tinggalkan dia :). Lepas hantar dia ... kami balik Kuang semula. Sepatutnyer aku kena attend kenduri kawin di Nusa Rhu. Faie kawan se'ITM' dan se'CBN' kawin kan anak dia. Tak dapat nak pergi, sodih gak. Cepat nyer Faei dapat menantu. Itu untungnyer kawin awal, anak sulung lak pompuan ;D cantik lak tu, cepat jer kena sambar.



Kami keluar semula pukul 5.45 petang nak jemput Hilman. Tapi sempat lagi sebelum tu singgah Batu 17 ambik Nazri dan BRP ambik Fatin. Dah plan nak ke Parkcity ... kat sana ada garden dan playground yang best. Lepas ambik Hilman kami terus ke Parkcity. Memang best kawasan ni. Walaupun shopping centre di ciput dan kecik jer. Tapi ada banyak kedai best-best standard kedai kat OU gitu. Kita orang tak gi Soping pun, memang nak hala ke Park yang ada kat situ jer.






Mainan kat sini memang lain dari mainan di Park yang lain ... kat sini ada khidmat sewa basikal lagi kat kedai Pak Cik Joo Ngan Soon. Untuk makluman En. Joo Ngan Soon ni adalah bekas pelumba basikal negara yer anak-anak. Pernah mewakili Malaysia satu ketika dulu. Hilman sangat teruja memula tu untuk sewa basikal. Tapi sangat dukacita, sebab masa nak gi sewa tu dah pukul 6.40 ptg. Kami nak balik paling awal pun pukul 7.30ptg sebab nak kejar balik solat Maghrib. Lenkali le Man. Mak pun teringin gak nak naik basikal tu ... hehehehe



Yang paling best kat sini adalah buai Giant ni. Tapi tak ada can lah pulak nak menyelit. Kesian kat Aran dan Hilman aku. Kita orang tunggu kat situ hampir satu jam ... last kali masa dah gelap dan nak balik baru ler lega sikit boleh naik ... hehehe. Tak jadi ler kempunan Aran, boleh tido lena lepas ni :)






Sementara tunggu nak naik buai, anak-anak jalan keliling tasik dulu. Pemandangan sangatlah indah. Parkcity letaknyer atas bukit, jadi angin sangatlah banyak. Sejuk dan damai jer mata memandang. Kalaulah aku banyak duit, memang aku sambar barang sebijik rumah kat sini. Tapi bila dengar harga rumah kat sini paling murah pun harga RM1 Juta ... memang dalam mimpi jer lah ... hehehehe



Kami bertolak balik lebih kurang pukul 7.40 petang. Pemandangan memang cantik. Bawah sikit standard I-City ... banyak gak lampu kat sini, tapi tak ler setanding I-City. Seronok ... sesekali jadi anak-anak memang seronok. Lupa yang aku ni dah tua ... hehehehe

12 comments:

azieazah said...

Sebut pasal Ng Joo Ngan tu, anak dia kan menang Perak di Sukan Asia baru-baru ni..

Parkcity tu memang menarik sungguh. Kalu setakat sejam, memang tak puas melompat tu.

Dr. Rodzila Rodi said...

salam akak
akak sebenarnya leh jadik agen pelancongan tempatan..
semua shot menarik..
sy tak tau pun parkcity tu kat mana...hahahha..
takpe len kali leh usha..
tempat mentenet best jugak tu..hahaha...
leh buat video clip la kat buai giant tu.
*Ng Yen Yen tak bg komisen kat akak ke nih >_<

Mrs Taz said...

mcm best je ... boleh ar sewa basikal tuk exercise ek?? harus ajak yan pegi ni :D thanks acik kat mana ek park city ni?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

haaaa..

tenkiu kak.


boleh tukar port lepas ni..

takyah pergi Dinasour Park lagi. Sini dah dekat.

My Life My World said...

azieazah - Oooo ... Josiah Ng tu anak Pak Cik Ng Joo Ngan tu ker. Hehehe ... saya pun baru tahu, kalau akak tak kasik tahu mahu tak tahu sampai bila-bila ;D

Betul tu kak, memang menarik. Kalau bawak banyak duit lagi menarik...hehehe

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Salam Zila :)

Uish! mesti best kan kalau jadik Agen Pelancongan tu ... akak ni memang suka berjalan dan menjelajah ;)

PARKCITY ni sebenarnya kawasan perumahan Elit di Kuala Lumpur. Terletak diantara Bandar Menjalara Kepong dan Segambut. Dekat sangat dengan opis akak. Kalau Zila lalu lebuhraya PLUS lepas Tol Jalan Duta, lepas lalu diantara bukit boleh nampak rumah-rumah banglo beso kat kiri dicelah-celah bukit. Kat kanan rumah teres dan apartment. Ada Billboard kat tepi jalan tu tulis PARKCITY.
Kalau nak pergi dan sesat, caling2 akak yer.

* Eh! ada kena mengena ker Ng Yen Yen dengan Ng Joo Ngan ni? Nak kena siasat ni :D

My Life My World said...

Mrs Taz - memang best Zia. New Year ni ingat nak lepak sini jer sebab ada mercun dan bunga api nanti. Dekat sikit ;D

PARKCITY - kalau dari rumah Zia, kena melepasi Tol Penchala then terus jer. Ikut lane tengah, jangan ambik kiri sekali ... kiri sekali pergi MRR2. Ikut kiri ...then terus jer. Buat pusingan U kat bawah flyover sebelum simpang penchala/kepong/sg buloh. Then terus jer macam nak hala balik ke Tol Penchala tapi ambik kiri sekali. Ada satu jalan masuk kiri .. terus jer lepas tu jumpa roundabout ambik pukul 3 ... itu ler PARKCITY ... nak sure lagi, call ler Acik ;D

My Life My World said...

Mrs Taz - Eh ! Acik silap ... dah baca balik baru sedar. Lepas Tol Penchala jangan ambik kanan sekali. Hat tu pergi MRR2 ... kan dah pening Zia... hehehehhe

My Life My World said...

azrina03.07 - sama-sama adikku. Anak anak Reen mesti suka nanti. Boleh buat Photoshoot banyak-banyak. Pemandangan kat sini memang cantik. Lepas ni boleh say bye-bye kat Dinosour tu ;)

Mrs Taz said...

hehehe... thank u acik ... insyaAllah ada masa nnt nak pi laa :D

Anonymous said...

salam Ros..parkcity tu sanagt cantik..makcik tenguk gambar je le..entah bilalah nak sampai kesana..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Marilah datang sini. Nanti saya bawa mak cik jalan-jalan. Kalau datang KL kasi la tahu. Insya ALLAH akan luangkan masa untuk Mak Cik :)