Cantiknyer kan kan kan.....
Friday, July 31, 2009
CUBA JADI RAJIN
Cantiknyer kan kan kan.....
Monday, May 11, 2009
HARI IBU
Semalam 10 Mei 2009, Ahad... Hari Ibu sedunia. Dan aku bahagia menjadi salah seorang daripadanya. Biarpun aku tak naik pentas untuk terima hadiah sebagai Ibu Mithali, tapi aku juga sebak, terharu dan bahagia semalam. Untuk pertama kalinya, anak anak ku memberikan Hadiah Hari Ibu, tanpa pertolongan dari Abah mereka. Semuanya mereka usahakan sendiri. Biarpun hadiah mereka tak semahal mana, tapi aku rasa ianya amat-amat berharga.
Siap print out gambar sorang-sorang then lekatkan kat Paper Bag yang comel tu. Siap tulis short poem lagi untuk mak. Rasa nak nangis...
Anak-anak mak ... Sesungguhnya mak amat bahagia mendapat anak macam Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran. Yang sanggup berkongsi susah payah, menangis dan ketawa bersama. Yang sanggup dengar leteran mak yang tak berhenti-henti, yang patuh dengan kata-kata mak, yang senang dipelihara dan tak banyak kerenah. Semoga kita sentiasa di bawah Rahmat dan Perlindungan NYA. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup kita, agar sentiasa di iringi kejayaan, kasih sayang, kebahagian, kedamaian dan keimanan. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk kita semua. Amin.
Mak sayang anak-anak mak, biar apa pun yang berlaku...TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PELUANG UNTUK MAK MENJADI IBU
PADA ANAK ANAK MAK YANG DIKASIHI
Tuesday, April 21, 2009
KENDURI TAHLIL
Gambar yang kat atas ni. lepas kenduri. Keletihan lah tu konon, sebenonya keletihan dah banyak makan lauk kenduri tu... tak ada kerja lain, mengadap TV jer dia orang ni. Nasib baik tak bawak PS2 ke PSP ker, kalau tidak kecoh ... semua berebut nak main. Aku tak sempat ambik gambar kenduri, sebab sibuk buat preparation dan mengemas. Rajin ler kunun. Betulllll ... memang aku rajin. Hahahaha. Yang sempat, ambik gambar bebudak ni jer. Biasalah kalau kenduri ker, raya ker, bebudak lah paling meriah sekali, kita tengok dia orang pun kita rasa meriah jer, kalau tak ada bebudak ni sunyi jer kut, tak syiok ler sunyi kan, hidup mesti meriah. Barulah Happening....
Yang ni dah petang sikit, Hilman dah tukar baju tak tahan panas. Aran masih bertahan lagi. Kerusi meja pun dah masuk rumah balik. Tapi bebudak ni tak habis-habis dengan TV lagi, masih di posisi yang serupa. Nak juga menyelit gambar Kak Long dengan Ain yang tengah bergosip dalam bilik Cik Yah dia orang. Entah hapa la gosip korang kan..... sempat lagi control cun tu bila mengadap kamera. Kenduri kali ni tak lah sesibuk selalu sebab dia orang katering makanan, kita just sediakan tempat jer, dah basuh ler pinggan dan gelas sikit-sikit. Balik Kuang balik dalam pukul 8.00 malam lepas Maghrib. Itu pun Hilman dengan Aran tak mau balik lagi, tapi nak buat macam manakan .. Mak dia, Kak Long dengan Iqa nak tengok konsert AF7. Hehehehe...
Friday, April 17, 2009
JAF NEW MEMBER
Semalam 16 April 2009. Aku dapat anak sedara baru. Jaf Iskandar Bin Jaf Faizal. Anak kelima untuk Abang Long aku, dan anak tunggal lelaki selepas dia dah ada empat orang anak pompuan... Iman , Inas, Iessa dan Iris. Dan cucu lelaki pertama untuk keluarga belah Kak Long. Dilahirkan pukul 1.00 pagi di Hospital Pantai Bangsar dengan BERAT 4.22 KG. Giler berat. Masa lawat dia malam tadi, dan pada pandangan pertama, aku suker giler + geram + happy sangat, sebab dia CHUBBY giler dan beso. Macam budak umur sebulan lebih. Sooooooooo COMEL (mati ler aku puji anak sedara sendiri, menanah telinga korang hahaha)
Aku dukung tak sampai 2 minit tangan dah lenguh. Tak dapat bayangkan mcm mana Kak Long keluarkan dia. Tapi Kak Long cakap doktor tak gunting, jadi dia rasa banyak jugaklah koyak. Aku happy sangat, sampai sekarang terbayang muka baby tu, rasa nak bawak balik rumah. Tak sabar nak jenguk dia lagi. Dia tido jer, tak bukak mata langsung. Bila bukak bedung dia, nampak ler tangan dia yang berketul-ketul macam boxer. Aduh.... best nya. Nampak nya lepas ni aku boleh ler selalu singgah rumah dia kat Menjalara on the way balik, kebetulan opis aku dekat jer dengan Menjalara.

To Abang Long and Kak Long, tahniah. To Iman, Inas, Iessa dan Iris jugak sebab dapat adik baru. Penantian selama ini dah berakhir. Kalau boleh cukup ler anak korang setengah dozen. Alang alang kan. Hahahaha....
Monday, March 2, 2009
SELAMAT HARI JADI IQA!


Mak Sayangggggggggggggg Iqa sangat sangat. Walaupun mak selalu marah Iqa. Mak tahu Iqa budak pandai walau malas nak belajar. Mak terkejut Iqa dapat 5A, sungguh ... mak rasa semua orang pun terkejut, sebabnya Iqa memang tak study pun. Bukak buku 5 minit terus tido. Hehehe. Jadi gunakan lah kelebihan yang Iqa ada, kalau Iqa study, mak rasa Iqa boleh dapat result yang lebih baik lagi selepas ni. Teringat masa Tadika, mak pun tak sangka Iqa dapat jadi Tokoh Pelajar, sebab semua markah 100% untuk semua mata pelajaran. Bangga mak tau.
Harapan mak semoga Iqa berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. dan dapat apa sahaja yang Iqa idamkan.
P/S : Iqa memang suka pose dan 'amik' gambar, tu yang banyak gambar Iqa dari orang lain tu dalam simpanan mak.
Tuesday, February 24, 2009
BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS








Lepas makan semua orang kena berkemas sebab Kak Ngah nak kena serah kunci sebelum pukul 12.00 tengahari. Then lepas pack balik semua barang masuk keta, kami semua bertolah ke Ladang Teh. Kali ni tak masuk ke Boh Plantation sebab semua tak larat jauh sangat. Best jugak ladang teh kat tepi jalan ni. Lalu diperkenalkan anak-anak dengan pokok
Best sangat percutian dengan keluarga ramai-ramai macam ni, harus buat lagi. Anak-anak pun happy giler sebab dapat kumpul dengan sepupu yang tak lah berapa kerat sangat disamping berjalan dan yang paling best aktiviti menghabiskan makanan beramai-ramai. Semoga dapat melalui aktiviti macam ni lagi. Amin.


