Thursday, November 26, 2009

BENGANG



Aku tengah Bengang, diulangi Bengang ... bukan bangang yer. Ya bangang tu untuk mereka mereka yang tak prihatin langsung pada kerja. Kerja hanya buat syarat, masuk pukul 9 pagi keluar pukul 5 petang. Tapi kerja yang diberikan tak jugak siap-siap. Kalau siap pun hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Jangan tanyalah mereka buat apa, asyik lah duduk depan PC chatting. Nasib ler bukan aku yang bagi gaji.


Dan pada mereka yang tak ada 'Teamwork' langsung. Tak tahu 'How Important' lah assignment yang diserahkan, tapi duk buat main-main. Yang penat nyer aku jugak. Sebab bila kerja aku dah siap, tapi terpaksa tunggu orang lain yang buat kerja macam siput. Tapi selalu kata "aku lah yang terbaik" "Akulah yang terhebat" "kat ofis ni aku lah yang paling pandai buat kerja" - HAMPEHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!!! ...


Aku tak kata aku bagus lah sangat, tapi aku sanggup 'stay' kat ofis sampai malam malam buta (rasa bersalah kat anak aku yang selalu kena tinggal) sebab nak kasi siap kerja, tak nak menyusahkan orang lain. Kita penat stayback, kehulu kehilir nak siapkan kerja, tapi dia boleh duk relax jer, macam tak ada benda. Bila dah terdesak, baru lah terhegeh-hegeh menggelabah tanya aku itu ini. Mana aku tak bengang. Dah serupa macam nak salahkan aku lak sebab tak tolong dia. Walhal kerja aku 2 KALI GANDA dari kerja dia pun boleh siap.


Esok raya, aku serupa tak raya, dahlah aku korbankan cuti sabtu minggu lepas sebab nak siapkan kerja. Inilah erti raya korban untuk aku. Berkorban masa kerja yang sepatutnyer adalah untuk anak-anak. Untuk korang semua, anak anak aku yang sporting dan anak-anak auntie yang tersayang...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ... SELAMAT BERCUTI.

10 comments:

IXORAROXI said...

sabar jelah awak, sabar tu memang tak pernah manis
IX ni pun bersabar jek ni, ada ke malam2 raya ni nak kena stay back buat kerja2 ni..mujo lerr ada maid dengan emak, kalau tak mau makan nasi goreng je abah ngan anak2 pagi raya :D

azieazah said...

Benar tu, sabar jerk laa..

Pengalaman Kak AA, memang tak kasi chance..

Kitaorang dah memang terbiasa, seorang yg dah diassignkan job tertentu (siap ada kod tertentu) mesti siapkan kerja sendiri. Orang lain tak akan take over (kecuali kecemasan)

Kalu lewat siap dari dateline, sendiri jawab. Kena rekod lagi, list dalam fail performance, silap2 dikira sbg incident record lak..

Dan kalu ada yg cuba-cuba nak soh orang lain buat, jawabnya keja itu akan jadi lebih lewat, sbb ada yang akan sengaja jadikan kerja tu lebih delay... so ada berani nak curi tulang?

Kerja itu kan suatu ibadah?

Budaya kerja macam tu la antara sebab AA susah nak lepak Tangling, susah gak nak apply cuti suka2 hati..

My Life My World said...

Ixoraroxi - alahai Ix, awak kena stayback ke malam raya. Saya balik awal semalam. Malas nak fikir. Tetiba mood raya datang, terus tak der mood nak kerja langsung ;) hehehehhe

My Life My World said...

azieazah - kesabaran itu memang pahit, tapi hasil nyer sunnguh manis. Tapi kekadang tak sabar jugak. :)

azieazah said...

Kak AA dah bercuti hari Khamis.. pi pasar beli ayam.

Beraya kat rumah jer.. dengan anak-anak. Malam baru bertolak ke Santan, Perlis.

Ada kawan kahwin pada ujung minggu. Pergi bawa Along dan Chak jer. Yang lain taknak ikut. Ika masih dalam musim exam dan dia memang taknak ikut..

My Life My World said...

azieazah - amboi jauh jalan. Itu kira cuti cuti Malaysia ler tu kan bawak anak anak jalan cuti sekolah ni ;)

^@mr!^ said...

biase lah tu auntie
dlm dunie nie bukan semuanye rajin..
cnth mcm saya yg x rajin...
hahaha

kate orang
rambut same hitam,
hati lain lain...

My Life My World said...

^@mr!^ - Amri tak rajin! Iyer ke, auntie nengok rajin jer :) ker yang auntie nengok tu hanya lakunan semata mata ... hahahahaha ... auntie gurau jer

ayang said...

Fuhhh!!! marah kat sapa tu makcik tahi lalat besau... Takut la i baca... Kira tahap maksimum tu punya marah... Relax la akak.. macam tak biasa. Normal tu kat opis ni.. if tak kena cam tu kira tak normal la pulak jadinya... hahahahah

My Life My World said...

Pandai nyer ayang ... sebab dah terbiasa terkena kan, sampai dah 'imun' ... kekadang kena jugak luahkan. Agar tenang kepala otak.