Saturday, January 23, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT




Semalam kan semasa drive nak balik rumah, aku ada dengar Sultan Johor dimasukkan ke Hospital disebabkan gering. Pepagi ni bukak radio, aku dengar lagu semua sepoi sepoi bahasa. Selalu kalau pagi pagi tak der lah DJ Radio nak bukan lagu ala ala nak buat orang tidur nih. Dalam hati dah kata, "Agaknyer Sultan Johor dah mangkat kut", masa ni tak dengar pengumuman lagi la. Then semasa nak hantar anak ke sekolah, anak aku yang memang tak reti nak dengar lagu melayu ni dengar Hit/Fly FM jer ... pun dengar lagu lagu instrumental Kenny 'G'. Then masa berita baru lah dengar pengumuman di buat. Hah, memang betul ler tekaan aku.

Sebut pasal anak aku yang fobia dengar lagu melayu ni kan, kekadang geram jugak. Kalau masuk keta, asyik bergaduh jer dengan aku nak tukar channel. Kalau dia start dengar lagu Retro dari Sinar FM kegemaran mak dia tu, mulut cabul dia akan kata "Lagu apa nih mak, geli kita orang dengar" - adui la, geram nyer aku. So sebagai ibu penyayang, chewah! penyayang ler sangat aku ni kan ;). Automatically masuk keta jer aku akan terus 'on' kan Fly atau Hit FM. Yang kelakar tu, anak bongsu aku pun tak reti lagu melayu nih, siap boleh nyanyi lagu omputeh lagi tu, terkezut aku 'Wah terer ek Aran nyanyi lagu omputeh'. Dia akan tersenyum macam kerang busuk lepas tu, bangga tak hengat ler tu.... Woi! woi! Apa nih!, selingan punyer lah panjang, nak cerita pasal lain sebenarnya dah melalut ke lain :) hehehe...

Okay ... sila sentimental balik yer ...
Al-Fatihah untuk Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin,

Adalah satu hari tu kan, kat opis aku dengar orang mengaji kat CD. Datang ler sang kawan ni, terus berkata "Ada orang besar mati ker?", aku senyum jer lalu membalas "Bukan orang besar mati, HATI AKU YANG HAMPIR MATI jadi kenalah hidupkan semula" - dulu dulu orang tak pasang lagu slow kalau ada orang kenamaan meninggal, semua radio akan pasang orang menggaji, kat TV pun macam tu. Kita yang budak budak ni frust giler sebab tak dapat tengok kartun. Masa tu tak reti benda lain lagi, asyik nak seronok jer. Betul lah zaman dah berubah, bukan zaman jer, hati orang pun mudah benar berubah ... heheheh ;)

13 comments:

ayang said...

Ati akak jangan berubah kat ayag dah le...

My Life My World said...

ayang - akak kan jenis 'SETIA', tak mungkin ati akak berubah kat ayang walaupun telah di uji berkali kali ... hehehe ayat poyo akak ;)

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Nasib baik juga you letak dalam blog berita kemangkatan ni cepat jugalah kami dapat news. Al-Fatihah untuk Al-Marhum.

Betul la you kata, dulu kalau orang besar2 meninggal semua saluran TV/Radio siarkan mengaji.

You memang best la MLMW melayan anak2 you. I dulu ada juga suka menyakat anak2 I. Masuk kereta tukar Klasik Nasional!!! Mula2 dia orang stress la jugak tapi lepas tu ikut juga lagu Pantun Budi T.S.S.M. Salim. "Mari menebang... mari menebang... si pohon jati..."

My Life My World said...

Mia'Mom - Wa'alaikumsalam. Hahahaha...you lagi kelakar MM, kalau I ler bukak Klasik Nasional suruh dia orang dengar mahu muntah darah anak anak I ... hehehehehe. Nampak benor I dah tua, suka dengar lagu lama lama.

Tapi kan lagu Tan Sri S.M Salim... "Kalau Menebang Kalau Menebang" (tajuk hapa pun tak tahu)tu memang best. I layan jugak Klasik, suka dengar lagu lama lama, lepas tu teringat masa kecik kecik dulu.

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Gelihati lah I. I silap lirik tu! You betul. Bukan "Mari menebang", "Kalau menebang" la... Apa lah I ni!!! Nampak sangat usia dah naik lif...hehehe. Kalau tak salah tajuk dia Pantun Budi. :-D

My Life My World said...

Mia's Mom - yes 'Pantun Budi' :) Lagu tu ler yang membuatkan Mawi masuk AF DULU hehehehe ... Mawi lah pulak kan I melalut. Dulu minat kat dia, sekarang tak minat langsung, menyampah lak ada hahahahaha

Mrs Taz said...

Acik,

zia hantar anak sekolah pagi2 zia bukak radio IKIM biar diorang dengar lagu nasyid ngan doa pagi .. secara tak langsung diorang turut berdoa setiap pagi .. habis doa pagi terus tukar channel hitz FM tp masa tu diorang dah turun dari keta dah hehehe ..

betul zaman dah berubah .. zia pun pelik gak asal diorang pasang lagu .. zia tengok istiadat pemakaman sampai habis .. setiap yg hidup pasti mati .. takutnye ... semoga dicucuri rahmat ..

dan semoga kita sume bahagia dunia akhirat ..

nur farhanah hashim said...

Zia - satu perkara yang bagus diikuti tu Zia :) berstrategi jugak mak dia ek hehehehe ...

Acik tak sempat nak tengok istiadat pemakaman tu Zia, kerja lah pulak kan ;)

My Life My World said...

Zia - soriiiiii ... terkomen atas nama Kak Long lah pulak, lupa nak tukar, tak sedar ampunnnnnnnnn ... hehehehehe

azieazah said...

Takziah buat seluruh warga Johor...

anak2 ACIK sama ler mcm anak2 Kak Azie... sumer belasah lagu omputeh jerrr... sepatah lagu Melayu pun takdak dlm hp depa..

rancangan tv pun abih nak yg omputeh jer... kita yg tak baper faham ni, kena la baca subtitle jer, kalu takder, jawab nyer memang lena lerrr...

mizadgreat said...

wah....achik aku dan kak long anis mcm sehati sejiwa psal lagu.....aku suka gak lagu latest skrg....tp aku suka pasang hot fm .ada panggilan hangit....kenkanlah aku panggilan hangit..dpt aku mkn kfc freee...hahahhahah

My Life My World said...

azieazah - saya ingatkan saya sorang jer macam ni dengan anak anak saya. Tapi kalau movie, saya lagi suka tengok cerita omputeh, sekarang ni terjangkit dengan Kak Long tengok cerita Korea lak ;)

My Life My World said...

mizadgreat - wah bagus ler kau, boleh nyanyi sama sama hehehehe ... Aku dah lama tak dengar Panggilan Hangit la miza, sebab nyer dah lama tak bukak Hot FM :)