Wednesday, January 27, 2010

TELEMOVIE SEZAMAN

Ada la satu pagi tu kan... waktu anak anak sibuk bersiap nak ke sekolah. Tetiba Kak Long datang terpa aku dengan mengadu "Mak, tak aci la macam nih". Dalam hati dah kata, Kak Long ni nak mengadu domba sapa la pulak subuh subuh sepie' nih. Sepatah jer aku bertanya "Kenapa???". Ada ke dia boleh mengadu, "Tak aci, Iqa mimpi Jun Pyo jadi boyfriend dia, dia jadi Jan Di arggghhhh ....dramatik lak mimpi dia tu". Ada nak kena sekeh pepagi nih, kata aku dalam hati jer. Tapi tak kan nak spoilkan mood anak anak tercinta pepagi buta tu kan. Layan kan lah aje ... boleh nampak lah muka Iqa tersengih bangga, sebab dapat mimpi 'Jun Pyo'... cehhhh




Yang tengah tu 'Jun Pyo', budak pompuan kanan sekali tu 'Jan Di'


Iyer kawan-kawan, bagi mereka mereka yang tak tahu, anak anak aku ni dah tersampuk cerita Siri Korea 'Boys Over Flowers' kat Channel 8TV. Jun Pyo tu adalah Hero dan Jan Di pulak adalah heroin nyer. Nak kata Jun Pyo tu hensem sangat, tak adalah pun. Tapi sebab terbawa-bawa adegan romantik si Jun Pyo tu lah anak pompuan aku ni terperasan nak ada boypren macam tuh. Hish ....




Tapi not bad lah cerita dia. Adalah sekali dua aku terjebak dengan bebudak nih kena paksa tengok. Lalu aku pun teringat lah cerita cerita Korea yang lain. Kes kena beli sebab dapat good result in exam, Kak Long nak 'reward' belikan DVD @ CD cerita Korea. Kalau dah tertengok siri pertama, memang berhantu tak leh stop tengok siri seterusnya. Ada satu hati tu, aku dan Kak Long layan siri 'Full House' yang ada penyanyi 'Rain' tu sampai pukul 4.oo pagi. Tapi tak dapat abis jugak. Itu belum lagi tengok cerita 'My Girl" yang dah entah berapa kali dia orang ulang tengok DVD nyer.



My Girl



Bila sebut pasal drama yang bersambung-sambung ni teringat zaman aku sekolah dulu. Mak aku la suka layan cerita cerita gini. Sampai time jer dia mesti melekat depan TV. Aku pun ikut sama nak tahu, apa lah best sangat cerita yang mak aku tengok ni. Antara yang aku ingat adalah cerita 'ROOTS' yang ada watak Kunta Kinte tu. Drama Latin 'ISORA' (entah betul ker idak aku eja). Hmmm ... dalam banyak banyak tu yang paling mak aku suka Drama Jepun 'OSHIN'. Yang aku ingat makan masa bertahun lah jugak cerita ni nak abis kat TV. Haaa ada lagi satu, ni kira baru lah jugak, drama 'ROSALINDA'. Sampai boleh berdiskusi lah dengan abah aku, agak agak apa akan jadi untuk episod seterusnya. Yang best nyer, abah pun suka gak layan mak tengok cerita ni. Hehehehehe ... mak abah aku memang romantik.





Dulu-dulu aku layan mak aku, asal balik sekolah jer aku dengar ulasan selari mak aku pasal cerita feberet dia. Sekarang pulak, asal balik kerja jer, aku dengar pulak ulasan selari anak aku pasal cerita korea feberet dia. Uishhh ... tak berubah rupanyer perangai nenek dan cucu nyer. Layannnnnnnn .....

15 comments:

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Kak Long tu tau Mak dia sporting, takkan sekeh dia punya walaupun mengadu domba pasal benda merapu pepagi buta - hehehe

I teringat juga cerita Oshin tu masa kecik2 dulu. Agak2 masa you kecik dulu ada tak cerita kartun Jepun bersiri, I tak ingat tajuknya tapi kalau tak salah nama watak utamanya Marco, dia cari mak dia, so dia merantau dari Jepun ke Argentina bertemankan burung Myna? Kalau you tak ingat, tandanya masa I kecik jauh lebih dulu dari masa you kecik...:-D

I suka gila kat ayat penamat you tu - Nenek ngan cucu sama je perangainya!

azieazah said...

Nampaknya ramai sungguh remaja yang gilakan filem-filem dan siri Korea ni kan? Kak Azie pun, budak2 ni kalu dapat bawak balik DVD Korea, layan jugak..

baru jer minggu lepas bercerita kat budak2 di rumah pasal siri OSHIN ni, tapi depa pun pernah gak ler tengok sebab dulu ada pernah RTM ulang tayang balik petang2, kan?

ISORA tu kisah budak yg jadi orang gaji kat rumah orang kaya... siri dari Brazil ni..

semua siri2 tu biasanya di tayang petang jam 5.30, kan?

heeee teringattt...

My Life My World said...

Mia'a Mom - Salam MM. Hehehe ... Kak Long tu saja jer nak menguji tahap kesabaran mak dia. Nasib baik mak dia 'good mood' kan pagi tu.

I suka jugak cerita tu you. Memang selalu tunggu masa kecik dulu. Tapi I tak ingat nama burung dia. Kuat ingatan U yer. Kartun dia very colourful dan cantik. Dia bukan macam kartun yang banyak gerak tu kan. Dia more tu lukisan. Sedih aaa cerita tu.

Masa tu I sekolah rendah lagi, adakah kita ni sezaman MM ... hehehehe ;)

My Life My World said...

azieazah - saya rasa cerita Oshin tu kan dah jadi macam satu FENOMENA kat Malaysia. Sapa tak tahu cerita Oshin tu memang agak pelik lah. Saya tak pernah concentrate tengok cerita ni, tapi tahu lah sikit jalan cerita dia. Tapi cerita Korea sekarang ni pun best gak kan akak.

Kalau di teliti, banyak cerita korea ni ada sikit sikit unsur cinderalla. Orang kaya jatuh cinta dengan orang miskin, dapat tentangan dan sebagainya.

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Ya.... lebih kurang le kita tu! Anyway, benda2 macam kartun tu (ye lah benda2 yang takkan dapat markah dalam exam tu...) memang senang I ingat!!? Apalah kenanya I ni kan? :-D

iDAN said...

Empat anak teruna saya tu samalah, pandai belaka muat turun filem korea * jepun dari internet. Ayahnya terpaksa jadi tukang beli VCD kosong sekarang tukar DVD pula.

Bayangkan bil elektrik asyik RM150 ke atas bukan ada penghawa dingin pun kat rumah ini. dah asyik layan filem tu!.

Saya sesekali sahaja tenguk siri drama jepun tu; dulu banyak juga beli. Dah lama tak layan drama jepun ini. Filem korea kurang minat.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

dah berjangkit lak kan kak.. tahun lepas version korean language saya yg dah mak orang ni pon sama... terjebak..hahahaha... mandarin ni mcm kureng sikit...


kata ngan anak2 akak tu Ji Hu tu pon comei gak..cool jek..

*****************************

dulu suka betul tengok Oshin tu... dan lagi satu citer
tajuknya dah lupa tapi pasal nak jd stewardess..

"lagu dia yang tak boleh lupa tu..

cikgu hiroshi cikgu yang baik hati !...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ops lupa lak .terover2 saya ni, sampai kirim DVD Ori Boys Over Flower kat husband masa dia kat sana last week.. tapi tak sempat beli.huhu..

Last year harga DVD tu RM180 kak...
Ingatkan tahun ni dah lama sikit boleh dapat murah sikit...tp tak dapat...sedey betul..

Norfatin Suraya said...

salam auntie. auntieeeee, tahu tak sejak iqa mimpi jun pyo tuu , kalau kat sekolah takde keje nak buat, dia akan cakap ,

' weh fatin, aku teringat jun pyo aku. ahh ! '

kitorang sampai dah dapat teka bila dia nak cakap. hahah. boleh gaduh dengan hajar sbb hajar pun minat gila kat jun pyo xD

My Life My World said...

Mia's Mom - Agak nyer lah kan MM kalau subjek kartun tu masuk exam mesti kita score giler giler punya lah kan...hehehehe. Teringat masa anak pompuan I kecik dulu, suka sangat kartun 'Sailormoon'. Sampai semua barang nak ada 'Sailormoon' :)

Pssttt, you ada FB tak?

My Life My World said...

iDAN - Salam bang Idan :)biar budak budak habis masa dalam rumah, biar bil api tinggi tak per, sebab depan mata, tak merayau tak tentu hala kan.

Abang dah tak layan cerita Korea/Jepun sekarang nih kan, sebab nyer abang suka layan cerita Hindostan kan kan kan ;)

My Life My World said...

azrina.03.07 - Wah!Rina pun suka cerita Boys Over Flowers ni yer. Tahun lepas anak akak tak tengok. Kawan kawan sekolah dia lah yang kasi peringat kat dia suruh tengok.

Akak ingat cerita Stewardess tu, cerita Jepun kan, yang dia suka sangat bershopping. Akak ingat masa tu setiap petang akak selalu tengok sebab berpantang anak ke 4. Cerita 8 tahun dulu tuh :)

Rina, hubby pergi Korea ek, tak bawak balik DVD pun tak per, mesti dia bawak balik benda lain kan. Jangan dia bawak balik awek's Korea udah ... wehehehehehe

My Life My World said...

Norfatin Suraya - Iqa tu memang dah angau tu fatin. Lain kali kalau dia kata gitu Fatin simbah jer dengan air, kasi dia sedar diri sikit ;)

Ada ker jap tadi dia kata kat Auntie, kalau dia teringat Jun Pyo dia rasa nak nanggis. Angau tahap tak hengat dah tu :( ... nak kena babab Iqa nih.

mohdandmeriam said...

salam acik. mak cik baru tahu 'rumah' acik.itu pun kerana acik singgah rumah mak cik dulu. terima kasih kerana sudi.singgah kejap nak borak. bila dah kenal rumah ni hari2lah mak cik singgah janganlah jemu pula.
mak cik dulu pun suka cerita korea. jatuh cinta juga dengan hero dan heroin winter sonata tapi sekarang agak sibuk dengan blogging dan cucu jaadi tak swmpat tengok. kena start semulalah ya.

My Life My World said...

mohdandmeriam - salam mak cik .. eh okay ker panggil mak cik nih :) Seronok dapat menerima mak cik di sini. Hari hari datang lagi acik suker ;) pasti tak jemu menerima kehadiran mak cik.

Iyalah mak cik, Winter Sonata lah starting untuk semua cerita telemovie drama dari Korea ni. Kalau tidak kita ni asyik jer lah di sogok dengan cerita industan, tak tahu kat Korea/Jepun pun ada cerita best.