Thursday, March 3, 2011

HANTU KAK LIMAH MASUK RUMAH

Aku nak buat entry ni dah lama dah, sejak tengok wayang Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah hujung bulan Disember 2010 lagi. Tapi tak sempat.Aku dah lama tak tengok cerita melayu yang best macam ni. Sebab tu kalau ke panggung wayang asyik nak tengok cerita omputeh jer, sebab takut frust tengok cerita yang tak menepati piawaian Sirim seisi rumah aku. Hari tu gamble jer pergi tengok, sebab kawan anak-anak aku ada yang tengok sampai 3 kali kat wayang. So, nak ler tengok ... best sangat ker. Memang besttttt sesangat :D Rasa macam nak tengok lagi kat wayang, tapi biasa lah "masa amat mencemburui aku" Cheh!!!! PM pun tak sibuk macam aku.



Beberapa minggu lepas masa temankan Kak Long shopping kat OU, tengok-tengok cerita HKLBR dah keluar dalam bentuk DVD. Apa lagi anak anak 'jantan' aku sibuk suruh aku beli. Aku pulak entah kenapa murah hati pulak hari tu boleh hangkut sekali DVD cerita NGANKUNG. Bukanyer apa, cerita Ngangkung ni kan kutipan dia 8 Juta kat panggung. Lagi banyak kutipan dia dari cerita Kak Limah. So nak tahu ler, best sangat ker cerita nih. Balik rumah tengok Ngangkung dulu ... hmmmm, tak menarik langsung. Sorry ler Ahmad Idham ... aku tak suka langsung cerita Ngankung hasil kerja kau. Aku tengok sekali tu jer ... macam cerita-cerita biasa. Tak ada benda yang best. Skrip biasa, lakunan biasa, pendek kata kalau aku tengok kat wayang memang tak ada kepuasan langsung. Patut ler harga DVD dia murah dari cerita Kak Limah.



Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah jugak yang best. Anak anak aku kat rumah, hari-hari duk pasang cerita ni. Sampai dah hafal dialognyer. Siap praktik kat rumah lak tu guna ayat-ayat dalam cerita ni ... 'Cer citer cer citer', 'Nampak sangat menipu ', 'kita bako kita bako'. Itu antara ayat feberet dia orang. Banyak lagi dialog selamba dan lucu cerita ni. Cerita ni boleh lah kira setara dengan cerita lawak P.Ramlee dolu dolu, sebab orang akan ingat hampir semua dialog dia. Watak Usin, Ucop, Abi Hurairah, Cik Nin, Wak Jawa, Bomoh Siam, Tok Penghulu ... memang tinggalkan kesan betullah. Dia orang memang pelakun yang best. Aku bawak DVD ni kasi pinjam kat member opis aku Fiza, dah pulak anak dia kata "Mak, jangan pulangkan dulu kat Aunty Fairos yer, nak tengok lagi. Tak per Aunty Fairos tak marah punyer" ... hikhikhik. DVD ni belum balik rumah aku lagi ni, dan Hilman tengah tak keruan duk tanya aku hari-hari bila Kak Limah nak balik. Tahu dia rindu nak tengok lagi lah tu... hehehe. Aku pun rindu gak nak tengok lagi ;D

33 comments:

IXORAROXI said...

kalau rasa-rasa kat opis banyak sangat keja, BAKOR je!hahahaha..IX pun layan gak citer tu:D

Dr K said...

saya tengok HKLBR tu lepas melanggan Astro 1st. Rasa tak puas pulak, sebab 48 jam aja.

Berapa ringgit DVD ori ni yer?

My Life My World said...

Ixoraroxi - Hahahaha ... IX, saya pun rasa ada gak perasaan nak buat gitu. Sabo jer lah ;D

My Life My World said...

Daddy Ziyyad - Terima Kasih sudi datang :)

Tak Mahal pun DZ ... dua puluh satu hengget sembilan poloh sen jer. Sila carik di kedai kedai berhampiran. Kedai runcit tak yah terjah yer ;D

sahromnasrudin said...

mesti best kan..try nak carik kat jusco lah huhuhhh

My Life My World said...

sahromnasrudin - best sesangat. Carik carik jangan tak carik ;)

Arina said...

3 minggu lepas anak akak langgan astro yang boleh tengok 3 hari tu sebab akak dok membebel teringin nak tengok cerita 'hantu kak limah balik kampung tu'......Akak rasa dah sampai masanye si Awie tu berlakon watak2 kelakar macam tu tak payah lah dg watak2 cintan cinton lagi kan....buang karan aje....setuju tak??

My Life My World said...

Arina - Setuju sesangat kak. Untung akak ada Astro First, tak yah nak gi tengok wayang. Ni pun saya tengah tunggu Teater Mamat The Kampung Boy kat Istana Budaya. Teringin sangat nak tengok Awie berlakun jadi Mamat. Sure kelakar ... Jom kak, kita gi tengok ;)

p/s: akak ada blog tak? Kenapa saya tak leh masuk? Apa alamatnya?

Arina said...

Akak takde blog dek non..,akak ni memang teringin sgt ade blog sendiri tapi cik abg bebel, dia kate kalau akak ade blog sure ngadap PC takde keje lain silap2 nanti tak kenal dia,...tapi akak make sure dah habis kerja rumah sebelum ngadap PC. Teringin gak nak tengok Mamat The Kampong Boy tu,boleh suggest dg anak akak...tapi kalau adik tengok dulu nanti .."cerciter ".., " cerciter "...kat akak pulak ye.....

Dr. Rodzila Rodi said...
This comment has been removed by the author.
Dr. Rodzila Rodi said...

hantu kak limah pun dah merasuk keluarga saya..
padahal majoriti dh tgk citer ni kt wayang..abg sy siap langgan astri 1st..tengok ramai2..berulang2...
sampaikan anak buah sy yg berusia 13bulan dah pandai mengajuk..
"usiiiinnn"
"jomba...jomba...jombi!"
"ce citer"
budak kecik tu pun suka ngan citer tu apatah lg kami sekeluarga..
siap suruh nyanyi enjit enjit semut

Dr. Rodzila Rodi said...

hantu kak limah pun dah merasuk keluarga saya..
padahal majoriti dh tgk citer ni kt wayang..abg sy siap langgan astri 1st..tengok ramai2..berulang2...
sampaikan anak buah sy yg berusia 13bulan dah pandai mengajuk..
"usiiiinnn"
"jomba...jomba...jombi!"
"ce citer"
budak kecik tu pun suka ngan citer tu apatah lg kami sekeluarga..
siap suruh nyanyi enjit enjit semut

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak !


entri yang sama lahhhh.Pasal HKLBR. macam ada chemistry lak kita ni.. kekekeke..






meh joget sole-sole... suka betul saya !

My Life My World said...

Arina - Kak ... buat la Blog. Nak jugak kenal dengan akak dan baca cerita akak. Mesti banyak pengalaman yang boleh dijadikan pedoman. Akak pujuk pujuk la Cik Abang ;) share share 1 blog dengan Cik Abang macam Mak Cik Meriam dan suaminya. Cer baca kat ;) http://mohdandmeriam.blogspot.com/

My Life My World said...

Dr Rodzila Rodi - hehehe ... akak dapat bayangkan,lepas korang nyanyi enjit enjit semut tu, mesti satu famili Zila dengan budak budak kecik tu sekali berpoco-poco kan ;)

Cerita ni memang best dan berhantu. Tak jemu nak tengok berulang-ulang, budak kecik pun suka.

My Life My World said...

azrina03.07 - Rina!!! kita memang ada chemistry. Kalau bergabung leh meletop ... hahahaha. Ini belum jumpa muka lagi nih ;)

Joget sole sole tang nak gerak perut tu yang tak reti tu. Takat angkat tangan ... no problem :D

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam ziarah di pagi Jumaat :-)

Fadzli Amir said...

Memang dah lama tak ke panggung..ari tu tengok kat astro first HKLBR...memang best... nak carik gak DVD dia..anak2 pun suka...buadk 2 org tu pun hafal dialog dia....

My Life My World said...

sahromnasrudin - Wa'alaikumusalam. Salam Jumaat kembali. Jemput datang hari hari yer ;) Acik suker

My Life My World said...

Fadzli Amir - Betul tu FA, tak rugi beli DVD dia. Anak akak si Hilman tu pasang, pakat dia panggil kengkawan keliling rumah tengok sama. Dah lah pulak budak budak tu semua ketagih nak tengok. Hari hari rindu kat Kak Limah ... hahahaha

solo mum said...

memang kelakar.. & ada info jgak la.. kawan yg beli tp dia dtg umah satu fmly semata2 nak tengok beramai2 cam dlm panggung wayang sudahnya siap mkn2 lagi

My Life My World said...

solo mum - setuju sesangat. Kelakar abis. Mesti lagi seronok tengok ramai-ramai kan. Lagi kecoh dan meriah gitu ;)

Arina said...

Dik,

Nanti lah akak cuba2 pujuk cik abang tapi rasanye payah dia nak setuju,nak share dg dia?hhmmmm...takde harapan...kalu nak cerita pengalaman hidup akak ni,berbab-bab....very colourful.....hehehe....tapi alhamdulillah sekarang lebih tenang dan bahagia.....

My Life My World said...

Arina - begitulah kehidupan. Serupa jer dengan saya. Memang lebih dari kaler pelangi lagi ... hehehe. Nak sangat kenal akak :)

Azian Elias said...

Hubby akak ari tu beli kat Astro FIrst. Mcm nak pengsan depa ketawa.

My Life My World said...

Yan - Salam ... cerita ni dari lah kanak-kanak sampai ke orang tua memang sesuai gitu. Saya pertama kali masuk panggung pun, semua orang dalam panggung gelak macam nak giler. Tak pernah lagi tengok macam gitu ;D

Arina said...

Hari ni Sabtu,akak baru je tengok 'khurafat',anak2 langgan astro 1st tapi akak nak komen cerite tu sikit, nape lah lighting tak kena,gambarnya asik lah gelap malap.....tak logik lah pulak,kalau pun shooting malam takkan lah masa babak kat hospital tu pun malap je,kan kalau building kerajaan ni malam2 pun kurang2 koridor ade pasang lampu. yg si johan tu( lakonan shamsul) masa dlm ofis dan bilik mayat tu walaupun malam tapi takkan lah tak buka lansung lampu,ape ke he?? ..Dah lah mata akak ni dah kelabu asap..almaklumlah umur dah menuju senja ni puas nak focus tak nampak sgt...ingat akak aje tak nampak tapi anak2 pun komplen...pasal lah gelap je cerite ni.........adik dah tengok tak 'khurafat' ni?

Arina said...

Nak kenal akak lebih dekat? Occay je....kalau nak cerita panjang boleh email kat akak d...noorarina60@gmail.com

My Life My World said...

Arina - Khurafat, saya tengok kat Utube jer. Memang asyik gelap jer gambo nyer. Macam "Eh! tak puas nak tengok", rasa nak tolong pasangkan lampu kat setiap adegan yang gelap tu ... hehehe

Okay kak, nanti saya email akak yer. Jangan tak layan tau ;D

iDAN said...

Kampung Pisang ada kat Batu Gajah Perak... sebalah kampnung teman tu entah-entah kat situ ada bebenor antu kak limah... teruja juga nak beli DVD ni; ala siannya si Hilman kut balik rumah nanti gambo dah tersangkut-sangkut... emaknya kena beli yang baru pulak...

Unknown said...

Ada Lagi tak jual Dvd yang dua dua

Unknown said...

Ngangkung zoom movie sale

Unknown said...

Ngangkung sekali brp