Thursday, March 10, 2011

SAYA SANGAT SEDIH ...


Bila lampu belakang kereta telah pecah sebab dilanggar oleh penunggang motosikal yang tergopoh-gapah di jalanraya. Itu lah nak cerita ... bila kita berhati-hati, adalah pulak orang yang tidak berhati-hati dan mengganggu kelancaran hidup kita. Pecah lampu ni tak adalah besar sangat, adalah sebesar tapak tangan aku. Tapi still buat aku berdukacita. Nanti hujan mesti masuk air dalam lampu ni. Nak kena cepat pergi betulkan lah pulak.

Dah lah masa dia langgar tu, aku siap suruh dia ketepi sebab aku pun tak tahu dia dah langgar apa kat belakang kereta tu. Aku siap berhenti parking kat tempat tak ganggu orang ramai. Tahu-tahu dia tak berhenti, entah lari kemana. Hish!!! menambahkan kesedihan aku. Biarlah Allah jer yang balas.

Tak tahu nak tulis apa ... nak sambung sedih balik. Sob sob sob :(
Kesian Cik Kiah aku ... terluka lagi dia hari ni.


17 comments:

IXORAROXI said...

alahaiiiii sabar jelah...cermin sisi saya pun pernah dilanggar penunggang motorsikal..berkecai2 jadinya bila cermin tu dilanggar pulak kenderaan lain..sabar ya

sayangsayangibu said...

memang sakit hati walau pun kecik je yg rosak tu

Arina said...

Kalau dah nak terkena tu bukan boleh kira,kadang2 kita berhati-hati pun boleh terkena kalau nak cerita bab bawak kerete ni.....sabor je dek....

ayang said...

Actually kita pembawa kete ni selalu di buli oleh penunggang motorsikal ni. Langgar & pas tu blah gitu je. Memang le pecahnye sikit, yg sakit nye, nak tukau kena sebiji. Bukan murah lak tu.. Ayg turut terasa kesedihan akak tu. Pakcik Jazzy tu dah bercalau bilau dek motor2 yg mencelah ni.. Gerammmmmmmmmmmmmmmm....!!!

Dr. Rodzila Rodi said...

sedih..
tapi saya pun tgh sedih gak..tgh nak buat entri sedih

Fadzli Amir said...

Hai..nak buat macamana, buleh tumpang sedih je la.....diorang memang macam tu....tak sempat ambik no moto tu ka...

nonie said...

redha je la kak...semuanya ketentuan dariNya...

My Life My World said...

IXORAROXI - Sebab sabarlah aku tak kejar mamat tu sampai lubang cacing IX :D Sedih kan bila orang buat harta kita macam gitu.

My Life My World said...

sayangsayangibu - Terima kasih dear, sebab memahami.

My Life My World said...

Arina - Tu lah yang dikesalkan kak. Kita punyerlah berhati-hati, nak naik keta siap baca doa dulu. Tapi sebab kecuaian orang, kita jugak yang kena. Tapi bersyukur lah jugak sebab tak kena lagi teruk dari ni.

My Life My World said...

ayang - Tu lah yang. Nampak dari mata kasar macam kita membuli pembawa motor. Tapi hakikatnya kita yang selalu kena buli.

Tak per, Pak Cik Jazzy bercalar pun still handsome lagi ;D baru macho gitu. Hikhikhik

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - sedih kita pelbagai sebab dik. Nasib baik ada rasa sedih lagi. Kalau tak ada rasa sedih, maksudnya memang ler bukan manusia. Hantu Raya jer tak ada perasaan. Eh! hantu raya tak baca blog akak kan ;D

My Life My World said...

Fadzli Amir - terima kasih dik sebab tumpang sedih. Kurang sikit rasa sedih akak ni. Tu lah, punya lah sedih sampai tak sempat nak baca plat no. Sempat ingat tang atas CCU jer. Pedih ati nak kenangkan.

My Life My World said...

nonie - Ya, nonie ... akak redha dengan segala ketentuannya. Tapi tak dapat ilang lah kesedihan tu.

Terima Kasih yer sudi singgah blog akak ;D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak,

Tau macam mana perasaan akak tu. Geram campur sedih betul kan? Tapi nak buat camna kan; dah nak kena..


Pernah kena jugak masa di The Store dua tahun lepas. Tak tau siapa yang langgar..

alia zarfullah said...

Sabarrrrla. Bunyi mcm nk dpt kete baruu jee!

ayu-zaimi said...

alalalal....sabo je la kak, dah memang lumrah kes langgar lari camtu, cik GEN saya pun pernah kena camtu...apa nak buat...