Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA 2011

Selasa, 08 Mac 2011

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita di luar sana. Berbanggalah menjadi wanita. Chewah! tetiba semangat giler aku nih. Tak penah-penah nak sambut pun. Tapi tengok kalendar kuda tahun ni ada pulak tulis hari ni Hari Wanita. Sebelum ni tak ambik pot pun sangat pasal hari wanita nih. Takat Hari Ibu jer aku tahu lah. Masa sekolah dulu Hari Guru. Masa kecik kenot dulu Hari Kanak-Kanak. Paling ingat pun Hari Jadi sendiri. Paling tunggu dan suka, sudah tentu lah Hari Raya ;) Tapi semenjak dah makin nak expired nih makin banyak hari lak disambut yer. Seronok gak bila siaran radio duk sibuk wish every wanita hari ni, Acik terasa dihargai gitu ... hehehe.

Khas untuk wanita wanita istimewa di luar sana, saya perdengarkan pada anda semua Video Clip ini. Asal feeling macam DJ radio lak nih :P Video Clip ni tak ada benda pun, tapi lagu dan lirik nyer sangat bermakna. Sila-sila jangan malu dengar yer.




Wanita


Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu

Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan

Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu



19 comments:

Aloka said...

selamat hari wanita juga....

Fadzli Amir said...

Sorry..heheheh..aloka tu officenye email...tak perasan pulak tengah on gmail opis...lagi sekali...Selamat Hari Wanita...hehehe

My Life My World said...

Aloka a.k.a. Fadzli Amir - hehehehe ... Baru tahu itu email opis yang punyer. Sedap nama tu ;)

Terima Kasih dik ... kerana menghargai WANITA ini, tetiba budget syahdu lak.

Fadzli Amir said...

habis..tak de wanita takde la anak haji amir ni...hehhe

azieazah said...

Selamat Hari Wanita juga, buat ACIK dan anak2 dara ACIK yg lawa cun dan cerdik itu.

Semoga terus cemerlang...

Jap nak tanya, FADZLI AMIR tu ker yang selalu join contest DR ZILA?
Tahniah jadi pemenang...!

Hari Wanita Sedunia ke-100: Aku Bangga Bermula Sebagai “Nor”...

Dr. Rodzila Rodi said...

akak layak jd dj duet ngan jamal jamaludin..
selamat hari wanita juga

IXORAROXI said...

dari wanita untuk wanita, apa kata wanita, wanita hari ini...selamatttttttt jua buat FAIROS

Arina said...

Akak tengok gambar Shiela Majid tu terus akak buka website'4 Shared Desktop-MP3' cari lagu favourite akak " Ku Mohon'...Touching la pulak wordingnye...
Anyway, 'Selamat Hari Wanita' untuk adek dan juga bagi semua wanita di dunia ni..... Pengorbanan wanita seorg sampai ke mati...

My Life My World said...

Fadzli Amir - Sesungguhnyer lelaki itu sangat berkehendakan wanita untuk hidup ... hehehehe ;)

My Life My World said...

azieazah - Selamat Hari Wanita juga untuk akak. Wanita yang sangat sangat energetic dan bersemangat tinggi :D Jarang jumpa orang macam akak, serupa tak reti penat. Ada ajer aktiviti akak.

Semoga kita terus sihat untuk menjana ekonomi negara. Boleh tak ucapan macam gini ek?...hehehehe

My Life My World said...

Azieazah - Sori kak nak menyampuk. Fadzli Amir ni ler pemenang untuk GA Dr. Zila tu. Baik, peramah, gagah lagi perkasa ... muahahaha.

Sila-sila ler follow beliau ;D

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - KEBABOM ... Ganda 23. Hahahaha ... lupa nak letak phrase yang tu. Baru sama dengan Jamal Jamaluddin ;D

Selamat Hari Wanita juga untuk Zila ;)

My Life My World said...

IXORAROXI - banyak nyer Wanita dalam ayat kau IX hehehe ... apa apa pun hidup Wanita. Jangan la kita menjadi wanita yang menghancurkan hidup wanita lain. Ingatan untuk diri sendiri jugak nih ;)

My Life My World said...

Arina - Akak minat Sheila Majid ker. Saya juga. Sangat suka lagu Ku Mohon. Lagu motivasi tu.

Selamat Hari Wanita juga untuk akak. Nak tulis jugak hat ni. Wanita boleh hidup tanpa lelaki. Tapi Lelaki tak leh hidup tanpa wanita. Hehehehe. Betapa kuatnya wanita tu kan ;D

s.u.h.a said...

happy woman's day :)

Daddy Ziyyad said...

Selamat Hari Wanita!!

Sejujurnya, saya baru tahu wujudnya Hari Wanita ni...dah disambut 100 kali pun..

My Life My World said...

s.u.h.a. - Selamat Hari Wanita juga untuk Suha. Terima kasih sudi mengomen. Sila datang lagi ;)

My Life My World said...

Daddy Ziyyad - Selamat Hari Wanita untuk Wanita yang penting dalam hidup DZ. Sama lah juga dengan akak kat sini ;)

iDAN said...

Ibu adalah wanita terpilih buat kita sayangi tanpa ibu terasa amat sepi dunia ini...