Mood yang gembira hari ni terus bertukar duka ... memang aku tak ada banyak masa nak berblogging sejak dua menjak ni. Entah kenapa, tangan rasa gatal nak buka blog dan dua tiga hari ni macam teringat kat rakan blog yang sorang ni. Aku pun bukalah latest update di blog Mak Cik Meriam bertajuk Al-Fatihah buat MAMA. Memula tu ingatkan pasal update Mak tentang ibunya yang baru meninggal. Setelah dibaca dua kali aku baru perasan yang meninggal adalah Mak Cik Meriam sendiri. Dah blog tersebut di up-date oleh anaknya mungkin.
Luluh rasa hati ku, menitis air mata ku. Kenapalah aku lambat tahu pasal ni. Dan Mak Cik sendiri dalam tulisannya tak pernah mengeluh tentang sakitnya. Kuatnya semangat Mak Cik. Dia antara rakan blogger yang paling rajin menjenguk dan mengomen setiap 'Post' aku. Aku rasa sangat rapat dengan Mak Cik, walaupun tak pernah bertentang mata. Kami sering berkata 'rindu' kalau dah lama tak bersapa. Patutlah dah lama aku tak nampak kelibat Mak Cik Meriam di Blognyer atau Blog aku. Dan last sekali dia komen di Blog aku pada 29 March yang lalu ... bercerita tentang kesihatannya yang tak seberapa.
mohdandmeriam said...
salam ros..lama tak jumpa ,makcik tak berapa sihat..syukurnya kita tinggal dimalaysia,pakatlah kita doa agar musibah ni tak berlaku ditempat kita.
March 29, 2011 9:02:00 PM GMT+08:00
Mak Cik seorang nenek, ibu dan isteri yang baik. Bertuahnya Pak Cik Mohd dan anak-anak serta cucu-cucunya dapat Mak Cik. Aku kesal sebab tak sempat nak jumpa dia, walau berulang kali dia menjemput singgah ke rumahnya kalau aku ke Kelantan. Semoga Roh Mak Cik Meriam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan semoga Mak Cik Meriam tenang di sana. AMIN ... saya pasti akan merindui Mak Cik Meriam dan celotehnya di Blog.
4 comments:
Salam Fairoz, terkejut jugak akak baca n3 adek pasal arwah mak cik meriam ni sebab akak teringat satu ketika dulu Fairoz suruh akak buat blog macam arwah mak cik meriam kongsi dengan pakcik mohd...walaumacam mana pun kita sedekahkan Al-Fatihah buat mak cik meriam setiap kali lepas solat..
Alfatihah.
Terperanjat Kak Azie, kerana Makcik Meriam ni pun pernah komen kat blog Kak Azie, dan Kak Azie pun begitu.
Blog dia juga tersenarai di blog list. Patut lama tak kelihatan. Aduhhh.. Kak Azie terlalu sibuk lately, lama tak berjalan ke blog beliau..
Semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
Arina - Salam Kak Rina. Memang sangat sangat terkejut. Macam tak percaya Mak Cik Meriam dah tak ada. Banyak tips tentang hidup yang saya dapat bila baca Blog Mak Cik Meriam. Dia umpama MENTOR saya dalam mendidik anak-anak, sebab anak anak dia semua menjadi.
azieazah - Betul betul macam tak percaya Kak AA. Patutlah dah lama dia menyepi diri. Lewat juga saya baca tentang pemergian dia kak. Saya pun buzy bangat.
Semoga dia tenang dan aman di sana.
Al-Fatihah ...
Post a Comment