Muka-muka orang lapar ... hahahaha
Makan 'Time' lagi .... Hari Sabtu Malam Ahad kat rumah Mak Tok. Minggu lepas tu lak kat Opis. Kali ni bersempena ada orang nak berhenti dan ada orang nak sambut Birthday dan nak sambut puasa. Meriah .... kita orang buat style 'pot luck'. Sapa-sapa yang rajin tu boleh ler tunjuk skill masak. Bagi sapa-sapa yang malas 'macam aku' ni, kasik jer duit, kumpul 2-3 orang, jadikan satu group. Beli lah apa-apa yang patut. Aku and the geng hanya beli kuih koci dan muffin jer. Thanks ayang sebab tolong uruskan :)
Birthday orang bulan Julai, dari kiri Hau, Revathy dan Tan ...
sorang sekali siap pose depan kek yang sama.
Meraikan pemberhentian Miss Chong nak sambut study
& Niza yang pindah ke JB
Banyak juga makanan bila dah dikumpulkan. Ada group yang bawak mee kari, siap buat kuah kat opis. Ada yang bawak laksa, nasi lemak, nasi impit, pulut kuning, rendang daging, rendang ayam, rendang kerang. Ada yang bawak puding, rambutan, tembikai . Dan ada kek Tiramisu untuk orang yang nak berhenti dan sambut birthday .... memang meriah lah. . Lebih meriah bila dapat makan ramai-ramai. Hamparkan tikar, siap bersimpuh bersila bagai.
Waktu-waktu gini lah kita orang rasa rapat sekali dengan geng-geng opis, walaupun sebelum ni ada yang tak sekepala. Ada yang tak sebulu ... bila dah berkumpul macam gini, lupa langsung kisah tak sekepala dan sebulu tu. Ini lah bagusnyer kot makan beramai-ramai kan. Bila sampai bab makan, baik lah lupakan segala kisah sengketa dan duka.
1 MALAYSIA ;)
Nadia & Iqa (Alia take note...Iqa macam muka awak) ...budak praktikal
Orang-orang yang merewang
Kali ni 'Floor' opis aku jadi pilihan. Selalunyer buat makan-makan kat Pantry Head Office. Tetapi memandangkan Pantry dah diubahsuai sebahagian menjadi stor, maka dah jadi kecik ruang pantry. So tak ada pilihan, opis aku tempat yang paling lapang untuk buat makan-makan. Sebelum tengahari, bergilir-gilir member opis turun 'Floor' aku, ada yang hantar makanan, ada yang potong buah dan sayur, ada yang masak kuah mee kari. Ada yang tolong buat preparation. Tak ubah macam orang nak buat kenduri, jiran-jiran datang rumah me'rewang'. Gituleh ceritanyer ... beberapa hari sebelum nak sambut puasa.
4 comments:
lorrr tuan tanah amik gambo je ke?tak posing sekali?:D
Selamat berpuasa buat Fairos sekeluarga
Ixoraroxi - tuan rumah jadi kamera women. Tu lah tak dak muka dalam gambar. Lagi pun muka dan badan kita beso tak cukup nak enterframe hehehehe
Selamat Berpuasa juga untuk Ix dan keluarga.
wow.. byk gambau i.. malangnya semua tak berapa nak comei. realiti tu cik safiah.. kena tima.. hehehehe
emm.. memang best aktiviti gini, nanti bln 12, our birthdya kita buat nak.. tetiba teringat zaman dolu-dolu - kat KFC tu..
ingat tak?? ingat tak???
alo alo alo...
ayang - sapa kata u tak comei. Comei apa. Sweetttttttt jer. Bulan 12 kalau orang lain tak buat kita buat lah sendiri ek.
Zaman dolu kat KFC tak boleh lupa, akak tengah sarat mengandungkan Aran. Tunggu hari jer waktu tu.
Post a Comment