Wednesday, June 13, 2012

KAYAP @ HERPES





Itu lah nama nyer ... aku tak pernah sangka aku akan dianugerahkan sakit bernama Herpes ni. Semua nyer bermula Hari Jumaat, 1 June 2012 masa tengah buat kerja mengadap komputer. Tetiba belakang belah atas kiri aku rasa sengal, macam salah urat. Ahhhh ... sudah. Aku memang jarang sakit badan, sementelah aku tak suka berurut badan. Alahai ! adakah ini tanda-tanda penuaan. Huwa !!! Redha ... redha :) Aku terus kan kerja jugak. Balik dari opis aku suruh Hilman tolong. "Man, tolong urut belakang mak, rasa sengal dan lenguh sangat". Dengan rela hati dia urut, sebab kan mamat ni sorang jer yang bertangan lebar dan kuat tenaganya, ikut aku kut ... tangan dia berat. Sedap kalau urut orang. Tapi tak jugak lah kurang sengal aku. So apalagi, carik YOKO YOKO jer lah. Sikit sikit tenyeh Yoko Yoko (selalunyer Kak Long yang selalu perabihkan yokoyoko ni sebab dia selalu lenguh lenguh). Dan malam pun tidur berteman kan Yoko Yoko.



Hari Sabtu, 2 June 2012 ... bangun tidur makin tambah sengal. Eh! aku tido salah bantal kah? Tapi malas nak layan lenguh lenguh ni. Sebab hari ni aku ada perjalanan jauh nak dibuat. Ada kenduri kawin kat Taiping. Siap bawak bekal beli Yoko Yoko baru, sebab semalam punyer dah abih. Siap beli koyok lagi, mana tahu drive jauh nanti takut lenguh lak kan. Perjalanan dari Sg Buloh start pukul 10 pagi dan sampai Taiping pukul 2.30 petang. Jalan ke utara Jem giler ... sampai aku pun redah jer emergency lane bila kesabaran dah abih. Kalau idak tak tahu sampai pukul berapa. Tido di Bukit Merah LakeTown Resort ... ambil kesempatan bawak anak anak Cuti Cuti Malaysia. Bilik aku dah book sebulan yang lalu dah. Nasib baik awal, memang tak ada kosong langsung.

Hari Ahad, 3 June 2012 .... sengal dan lenguh bertambah. Tapi seperti biasa buat tak tahu sahaja kecuali tenyeh dengan YokoYoko jer. Tapi sempat lah duk kat kerusi urut yang bayar sehinggit untuk urutan 3 minit tu. Mana lah nak kurang. Boleh lagi beriang gumbira dengan keluarga berpusing kat  Lake Town Resort tu. Then dalam pukul 3 tolak balik ke Kuala Lumpur ... Jem Giler jugak. Tak per lah sekurang-kurangnyer merasa sengsaranyer orang lain nak balik kampung sambut raya. Hanya singgah di R&R Sg. Perak untuk Solat Jamak dan makan. Sampai KL pukul 7.30 malam. Kali ni memang tak tahan sakit badan giler. Terus telan Panadol Extend dan tido.


Ini bukan aku ... tapi tempat sama macam aku kena

Hari Isnin, 4 June 2012 ... bangun awal solat dan bersiap nak pi kerja. Masa mengelap bawah ketiak lepas mandi tu ... Allah rasa pedih sangat. Apasal pulak lah ni, ada semut atau serangga ker gigit aku. Dah bertompok-tompok merah bawah ketiak. Pedih tok sah nak cakap. So ambik keputusan pergi Putra Medical Centre. Jumpa doktor .... dia kata macam bintik Herpes(nama saintifik), atau Kayap untuk nama kampung dia. Aku dengar nama pun punyerlah suspen. Menda pulak nih, nama pun macam menakutkan jer. Aku tanya dia, serius tak? Doktor kata tak serius tapi ia akan berlarutan paling minima 2 minggu. Itu baru sikit jer tu dia kata. Herpes ni adalah sejenis virus yang menyerang urat saraf dalam badan kita. So kalau macam aku start kat bawah ketiak dia akan pergi sampai ke siku dan merebak ke setengah dari belakang kita. Arghhhhhhhhh .... stresssssss nyer.  Doktor kasik Pil Anti Viral, Ubat Tahan Sakit (walau masa tu aku tak sakit sangat - heran gak apasal dia kasik) dan ubat sapu. Aku ingat nak mintak Time Slip, tapi Doktor punyer lah baik kasik aku MC. Dan MC tu aku tak bawak berehat pun, tapi bawak anak-anak aku pi carik uniform untuk raya. Hehehehe ... 


Gambar Ehsan dari Pak Cik Google

Sesuatu yang sangat mengharukan ... anak-anak aku semua concern giler pasal sakit aku. Sebab aku kata, "Mak Tok penah cerita ... Kayap ni boleh bawak maut" ... semua dah suspen giler. Tu yang sampai time makan ubat jer, semua duk pakat ingatkan aku ... Hilman sanggup suruh aku berhenti kat Stesyen Minyak dan turun pergi beli air sebab masa shopping tu dah terlewat makan ubat. Kak Long duk asyik SMS tanya "Mak, dah makan ubat ker?" Aran siap buat timer kat phone dia pukul 2 pagi sebab takut aku tak bangun untuk makan ubat" ... Iqa pulak dengan rela hati letak ubat kat tempat yang tak sampai dek tangan sendiri. Tanpa rasa takut benda ini berjangkit ker hapa. Terima Kasih lah sayang sayang mak semua. Sob Sob Sob ... 


Thank You Pak Cik Google ... sama tempat dengan kayap yang aku kena
Memang dia akan pergi takat sampai tengah tulang belakang tu jer

Hari Selasa 5 June 2012 ... baru aku tahu kenapa doktor kasik ubat tahan sakit. Pedih, perit, bisa, sengal dan pening pening lalat tak tercerita. Aku gagahkan diri masuk opis. Masa ni Kayap tu dah makin banyak keluar (mungkin sebab makan ubat doktor kut). Tak boleh kena baju sikit .. pedih. Aku start Google carik apa benda lah Kayap ni .... aku jumpa laman web ni. Sangat sangat berguna dan buat aku faham apa benda lah Kayap ni. Aku print nak kasik anak anak baca, supaya dia orang tak adalah suspen sangat. Dan aku jumpa laman web ini jugak. Alahai belakang opis aku jer lokasi nak rawat kayap ni. Apakah ini petunjuk Allah yang sayang kan aku ... Rawatan moden cuba, rawatan tradisional pun apa salahnyer cuba jugak kan.


Ini kes Kayap yang ada nanah. Sangat bahaya sebab dia akan serang saraf mata.

Hari Rabu 6 June 2012 - pukul 10 pagi. Aku betul betul tak tahan sakit. Bisa giler ... so aku call akak yang belakang opis aku. Alhamdullilah ... dia free dan suruh aku datang. Dia suruh bawak air mineral 2 liter tu sebanyak 2 botol. Dengan bertemankan P.A. aku, Yati ... jumpalah rumah akak tu. Sangat baik dan ramah. Dia hembus 3 kali kat tempat kayap aku tu dan air yang diberi tadi dia baca-baca dan masukkan kunyit serta beras. Dia suruh aku stop makan ubat doktor dan minum air yang dia buat tu serta lap tempat kayap tu dengan air yang sama. Akak tu kata Kayap aku ni Kayap Semut ... tak serius sangat. Dia ada jumpa macam-macam kayap yang lebih teruk lagi dari aku. Dia suruh aku pantang makan macam orang kena demam campak. Penyakit ni lebih kurang sama, sebab dia serang nerves (saraf) tapi Kayap tidak berjangkit seperti 'Campak'. Serius ... lepas kena hembus dan dia kasik minum air tu aku rasa kurang sengal dan bisa.


Kayap kat tangan ... macam ni ler rupa bila dia nak kering

Dan Alhamdullilah 2 hari lepas tu kayap aku mati. Dia kering dan berkuping-kuping jadi nyer. But bila malam-malam tidur tu terasa-rasa macam orang cubit jer tempat sakit tu. Mungkin kesan pengecutan dari kayap tu kut. Siksa gak nak tidur malam. Mak dan opis mate aku masih suruh aku berpantang. Ish ramai nyer sayang kat aku ... hehehehe. Syukur walaupun hingga kini aku masih belum sembuh sepenuhnya. Kak Long dan Hilman kata, "tu lah mak kata nak kurus nak kurus, tapi tak kurus gak, Allah mendengar kehendak mak, tu dia turunkan sakit ni, supaya mak kena pantang makan" Hehehehhe ... pandai nyer korang kan. Tapi masalahnyer bila pantang makan ni, mak tetap lah jugak makan banyak. Macam mana tu .......

22 comments:

ayang said...

Aiii.. akak memlm rasa ala2 kena cubit tu.. entah2 3rd party datang cubit buang kot.. hihihihi..

My Life My World said...

Ayang ... Hahahaha, kau jangan nak buat misteri lak yang.

Mrs Taz said...

alahai sian acik ... semoga acik cepat sembuh seperti sediakala ...

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal kayap… sharing is caring :) - Kayap Menggelembung dan Menjalar

My Life My World said...

Mrs Tza ... terima kasih Zia. Tu lah dia penyakit ni, meminjam kata kata Kak Anim (Kawan Blogger dan FB) "Sakit datang macam ribut, tapi pergi nyer macam semut" - tengah memulihkan diri lah sekarang ni.

My Life My World said...

armouris ... Terima kasih Dear, nanti I bukak yer. Tak pulih sepenuhnyer lagi saya ni.

Yana Idryana said...

salam,saya nak tanya kat mana nk buat ubat ni untuk yg tradisional?saya duk kat sg buluh,harap puan boleh membantu

Unknown said...

Salam.. Nak tanya kat mana ye tempat berubat kayap tu.. sbb sekarang bapak mertua saya kena kayap ni. Tolong bagi alamat atau telefon no.. email saya.. zulhisham.ahmad@bepakitek.com
Terima Kasih..

akmal said...

salam.sy pn bru je sminggu kena kayap..kt mne ye tmpt akak berubat tu..mntk tlg email details kt sy akmal.laptop@gmail.com
tq

My Life My World said...

Yana Irdiyana - Sorry dik, akak dah lama tak bukak blog sendiri. Baru perasan ada messega. Kat dalam story akak ni ada satu link yang boleh pergi tempat orang berubat kayap tu dik. Atau adik call no. ni 013-282 7224. Insya ALLAH ni no anak dia, nanti dia akan uruskan dengan mak dia. Sekali lagi sorry yer, lambat reply.

Sebatique's Collection said...

berspa lama amek masa nak sembuh eh lepas ubat ngan makcik tu? saya baru terkena ni..

Sebatique's Collection said...
This comment has been removed by the author.
My Life My World said...

To Sebatique's Collection ... maaf yer lambat menjawab. Saya jumpa mak cik ni dalam sehari jer dah okay, hilang rasa sakit dan sengal. Tapi ambik masa seminggu jugak untuk hilang kayap ni kat badan. Tapi dalam masa seminggu tu dah tak rasa sakit sangat lagi. Cubalah contact dia. Nama dia Mak Cik Asmawiah 03-62526453

Unknown said...

sy kena kayap...sakit xleh tdo..hbis satu lengan...camne nk buat rwtn yg akak suggest tu...

insy aizil said...

hi.. boleh sy tahu tempat rawatan yg akak g tu? tq kak..

Dr Wan said...

Salam hormat.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar kayap sudah ditemui.Sudah ramai yang sembuh dengan izinNya.Dapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

Mahfuza Mohd Mukhtar said...

Alhamdulillah akak sihat.. Bestnye ade anak anak penyanyang.. Jaga dri sis.. Nanti pape penyakit camnie.. Leh la refer sis.. Hehe 😊

Farha IbuCergas said...

Tengok gambar memang ngeri. Parut kayap IbuCergas tu lambat tak nak hilang?

The Me... said...

Assalamualaikum

Saya dah cuba cari contact pakar-pakar kayap ni. Susah betul ye nak cari. Boleh saya dapatkan detail kat mana awak buat rawatan tu tak?

Syariltalib said...

Salam kak masih ada nombor makcik ni tak saya call dua2 nombor xdpat

My Life My World said...

Assalamualaikum semua. Mintak maaf baanyakk banyak. Saya dah lama tak bukak blog. Pada yang bertanyakan No.Phone orang yang rawat saya tu cuba No. ni. 03 - 6252 6453. Nama dia Asmawiah
Saya harap no dia boleh digunakan lagi
Maklumlah sejak 2012. Tapi ni bukan no phone. Ni no rumah, so Insya Allah ada lagi tu.

Mohon maaf sekali lagi yer, saya lambat sangattttt respond

My Life My World said...

Maaf no kat atas tak boleh digunakan lagi.

Sila call guna nombor ni 014-2348133 Mak Cik Asmawiah

Atau kalau tak dapat boleh call no anaak dia 013 - 6770282